Sunday 6 January 2008

Jihad Akademik dalam medan yang getir



Salam...
Hari ini, 6/1 ..cadangnya mahu mulakan jihad untuk subjek pembunuh - Medicine Design 1..
Tapi hari ini jugak..hari yang sangat dull...
Medan latihan untuk jihad melawan pembunuh utama agak getir hari ini..medan yang penuh cabaran.

Semalam, 5/1..
Lampu bilik saya buat hal..
Berkelip-kelip macam lampu disko, dan ada kesan macam terbakar..
`Alamak, lampu bilik rosak!!..'..
Dan hari nih hari Ahad, laporkan masalah dekat ofis pun, takkan ada yang datang baiki hari ini..
Akibatnya :


Saya hanya ada 2 sumber lain untuk menerangi bilik : Lampu meja & lampu sinki..dua-duanya cahaya kuning..begitu romantik sekali bilik saya pada hari nih, sangat sesuai untuk meninggalkan latihan jihad untuk tidur..


Kalau lama-lama macam nih, saya pasti lepas nih saya kena tukar kaca mata baru..kesian mata saya nak teropong..

Kutubad ajak saya ke bilik dia..dan saya ada lagi satu pilihan, iaitu untuk belajar di dapur..
Tapi, tak apalah, saya pilih untuk berada di bilik saja, segala pedang, tombak, dan perisai untuk peperangan ada di medan sendiri, susah nak membawanya ke tempat lain...

Lagi satu masalah :
Heater saya tak berfungsi!!..
Saya terlupa hantar borang kepada accom office memberitahu yang saya akan kembali dari cuti pada tarikh sekian sekian. Bila balik dan pergi office, office kata dia dah switch on, saya cuma kena adjust dekat heater sendiri, tapi bila saya try adjust, tak boleh pun!!..
Saya kena report dekat office yang heater tak berfungsi, but again, it's sunday, no one will come..
Saya masih boleh menahan kesejukan ini, bilik saya kecil, dan Manchester ini agak panas, tapi 2-3 hari nih saya asyik bersin & selsema walaupun baru jerk habis amik Antibiotic untuk sakit tekak...
Aduhai dugaan-dugaan..dahlah nak belajar membunuh pembunuh utama, medan latihan pulak tiba-tiba serba kekurangan..

Tapi mak kata :
1. Dulu dia belajar guna lampu pelita saja, sebab tak ada elektrik, lagi romantik..
2. Dulu dia belajar dekat lantai saja, tak ada meja belajar pun..
3.Apa guna awak ada serba-serbi kalau dah diri sendiri tak kuat semangat?
4.Mak duduk jauh, awak complain banyak-banyak pun, mak tak boleh nak buat apa, apa kata awak tahan saja & terus belajar?

Yerlah mak, baiklah baiklah...( Jawapan yang membunuh saya daripada mengomel byk-byk)
Moga dugaan ini tidak lama..saya takut lampu meja nih yang tetiba terbakar pulak sebab dah terlalu lama switched on..
Mungkin ujian ini dapat menjadi kayu ukur terhadap diri sendiri : Adakah saya betul-betul tabah, redha, & sabar dalam semua kondisi?..
Wallahua'lam..
Apa pun, back to study, loads to go!!..

Terima kasih.Full stop.

p/s : Can't wait for Monday.Cepatlah datang tukar lampu!!

Friday 4 January 2008

Belajar & belajar...


Salam..
Saya agak kebosanan dan berserabut menelaah Pharmaceutical Analysis sekarang...
Hari ini 4 Januari, bermakna ada 10 hari lagi untuk saya menelaah semua subjek untuk 5 paper yang akan datang..
Argh..agak berserabut juga kepala..tapi nak buat macam mana, saya yang memilih untuk berjalan-jalan tak ingat exam sehingga 1/1, sekarang terpaksalah saya study tak ingat benda lain jugak..
Ada orang ajak saya beruzlah di perpustakaan..
Hmm..bagus jugak nak beruzlah di perpustakaan, sebabnya bila beruzlah di bilik nih, dengan laptop di depan mata & makanan di sebelah sahaja, maka tangan pun asyik nak menaip website-website yang best, mata melilau melayar senarai YM membaca status-status orang lain, end up masa lebih banyak habis depan laptop..
Tapi...walaupun begitu, saya memilih untuk beruzlah di bilik jugak.
Kenapa?..Lihatlah cara saya mcm mana!..


Kertas yang bersepah-sepah...


Saya mesti mendengar muzik sewaktu belajar..dan satu-satunya sumber muzik saya ialah laptop ini..dulu cikgu beritahu saya, kalau belajar sambil dengar muzik, hanya dapat 40% daripada apa yang dibaca..tapi kalau tak dengar, saya tidur..antara 0% dan 40%, baik pilih 40% kan?


Bersepah-sepah..sungguh buruk tabiat ini, jangan tiru perbuatan ini di rumah..tapi ok jugaklah bersepah-sepah, at least saya tahu saya tengah belajar...


Haha..di Grosvenor Place dulu, saya menjadikan top of heater sebagai pantry..sekarang sebab heater kat bowden court ini jenis lekat ke dinding, maka terpaksalah membeli rak kasut untuk buat kafe sendiri di dalam bilik..lengkap dengan kettle untuk buat nestum waktu pagi, coffee/tea waktu mengantuk ( x ngantuk pun minum nescafe jugak ), hot chocolate waktu kesejukan, & ada supply kerepek,keropok sedia untuk dimakan bila-bila masa..tak perlu keluar bilik untuk makan benda-benda ringan..( membuatkan saya lebih banyak makan bila di bilik :( )

Saya taknak beruzlah di perpustakaan kerana saya rasa takkan mampu belajar di perpustakaan, library makes me sleepy, seriously..dan berada di bilik sungguh menyelesakan..walaupun ada banyak gangguan internet & makanan, at least I study,not sleeping..and at least I can scream as loud as possible to memorize and understand what I'm revising about, or to express dissatisfaction of myself if I have no idea of what I'm reading about..( kat library takleh shout,kena senyap, buusan,ngantuk.. )...

Oh satu lagi sebab kenapa saya nak berada di bilik sewaktu belajar dan mengadap internet :


Wikipedia - sumber penyelesaian sewaktu berserabut denganwording textbook..Lecturer kata, jangan percaya Wiki..tapi sometimes, content dia sama jerk mcm textbook, cuma wording dia simple,lagik best nak baca & faham..

Hmm...belajar & terus belajar, dah namanya student, tak perlu komen banyak-banyak, kalau taknak membaca untuk exam tak payah masuk universiti..( a reminder to myself )..

Ok, back to study, loads to go!!...

Terima kasih.Full stop..

p/s : Rasanya entry ini khusus untuk menjawab persoalan - kenapa saya tidak mahu study di library,huhu...