Friday 18 April 2008

Lasagna,Poverty, NHS, & Welfare State..

Assalamualaikum warahmatullah...

Malam ini, dinner saya, Meaty Lasagna, dari PizzaCo, Oxford Road.Apa rasanya?Bolehlah, mengisi perut dengan sesuatu yang lain tanpa perlu memasak, kalau tidak asyik seketul ayam dan kentang yang murah dari Pakcik Gemini.


Meaty Lasagna. Bersama Sweet Chilli Sauce.Saya tambah sendiri.Sos cili PizzaCo x sedap.



Bila tengok lasagna nih, teringat suatu insiden yang berlaku saat saya pergi membeli makanan ini senja tadi.

Saya memang merancang nak masak, asalnya. Maka saya keluar sebentar, hajat ingin membeli susu, foil aluminium, sedikit keropok mungkin, sebab dah tak ada benda lain yang boleh saya kunyah selain hampir 50 biji tablet Calcichew yang sedap dikunyah dengan perasa orennya tetapi bahaya kalau overdose sebab setiap tablet ada 500 mg Calcium.
Bila ke kedai untuk membeli foil aluminium tuh, saya nampak PizzaCo yang selang beberapa kedai sahaja dari situ. Mengenangkan kerja yang ada lagi, mengenangkan lama juga saya tak menjengah ke situ, maka malaslah nak masak, let's treat yourself tonite!..
( Walaupun duit sekarang hanya elok-elok saja untuk bayar bil telefon dan bertahan hingga hujung bulan. Orang lain yg saya berhutang, tunggu hujung bulan nih ya :P ).

Keluar dari premis kedai yang terkenal dengan khidmat photocopy semurah 2p/copy, saya menghala ke PizzaCo.Namun di pertengahan jalan di hadapan semua kedai, saya lihat 3-4 orang berkerumun di situ.Kemudian saya nampak jugak kehadiran kereta peronda polis ambulans.
Saya turut terhenti di situ, seketika.Ada satu lembaga yang sedang terbaring di hadapan kedai muzik yang dah tutup tu.Terlindung dengan jaket, tak dapat dipastikan lelaki atau perempuan.Polis ambulans dengan sopannya mengejutkan lembaga tersebut, cuba mendudukkan dia, dan mula bertanya butir peribadinya. Oh, namanya Leo. Lelaki rupanya.
Saya bertanya kepada orang yang berada di situ, apa yang berlaku?Rupanya, mereka yang berada di situ juga seperti saya, cuma lalu-lalang di situ.Mereka nampak lelaki yang terbaring ini, seperti sudah mati, tidak bergerak langsung. Maka mereka meminta kedai photocopy tadi menelefon ambulans. Sungguh prihatin.
Berdasarkan perbualan polis ambulans dengan lelaki tersebut, seperti yang dijangka, Leo ini tidak ada rumah. Dan orang di kawasan tersebut memang selalu nampak dia meminta-minta makanan di kedai-kedai di kawasan itu.Cuma kali ini, dia nampak seperti orang yang sudah mati, tidur tanpa ada sebarang pergerakan yang menunjukkan pernafasan pun, atas jalan yang sejuk, berselimutkan jaket yang nipis, di hadapan premis yang sudah pun tamat waktu operasi hariannya, dengan 3-4 kedai makanan segera berhampirannya.
Saya tinggalkan sebentar.Masuk pizzaco.Tunggu lasagna.Tengok laporan berita sukan. Everton 0, Chelsea 1. Tak hairanlah. Kalau vice versa, baru pelik kot.
Lasagna dah siap.Saya keluar.Belok kiri.Nak balik hostel.Nampak ambulans National Health Service.Ada 2 orang tengah memapah lelaki tersebut masuk ke ambulans NHS.Yang menyentuh hati, lelaki tersebut tak boleh gerakkan kakinya langsung.Kedua-dua kakinya seperti terlekat sewaktu dipapah.Kakitangan NHS yang memapahnya cuba memaksanya menggerakkan kaki untuk memudahkan dia berjalan ke ambulans.Akibatnya ada satu ketika sebelah kakinya seperti menendang ke hadapan, seolah tak mampu mengawal kakinya sendiri.Saya tengok dari jarak yang agak dekat.Sampai pintu belakang ambulans tersebut tutup.Asalnya, nak tangkap gambar. Tapi, taknaklah. Sudah cukuplah dia sengsara dengan keadaannya yang macam tu, tak perlulah saya ambil gambarnya sebagai simpanan peribadi.Kalau Leo itu saya, rasa terhina dibuatnya kalau orang ambil gambar saya dalam keadaan tak berdaya macam tu.
Saya jalan balik rumah.Dalam perjalanan, ada kedai makan Abduls'.Kedai nasi yang sedap.Harga nasi kat situ, paling kurang 4 GBP. Saya singgah kedai pakcik Salam, beli susu.Dalam beg plastik saya, ada Lasagna dan susu whole milk 2L, harga keseluruhan 4 GBP jugak.
Saya habiskan 4GBP untuk dinner sahaja malam ini. Orang yang membeli di Abduls', habiskan paling kurang 4GBP untuk sekali makan. Leo tadik, mungkin berhempas pulas melawan kesejukan dan pandangan hina orang lain, meminta-minta dan merempat dari satu kedai ke satu kedai, hanya untuk mendapatkan sesuap cebisan makanan.Dan mungkin, hanya secebis sahaja yang dia dapat, dalam sehari.Mungkin kerana itu, dia berhibernasi, di mana sahaja kakinya berpijak.
Ini postulate saya.Tak tahulah kes betulnya macam mana.
Antara dua darjat.Enjoyment and suffer.Wujud di atas satah yang sama.Bukan hanya di Manchester.Kuala Lumpur apatah lagi.Sejauh mana pun kemajuan sesebuah negara, sejarah, dan keadaan sekarang membuktikan, tetap akan wujud golongan yang dengan seronoknya menikmati kehidupan, dan tetap akan wujud golongan yang asyik bertanya : bilakah aku akan mati untuk mengakhiri penderitaan ini?

Saya harap Lim Guan Eng dapat benar-benar merealisasikan apa yang dia katakan : ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.Khalifah yang pada zamannya, walaupun hanya dua tahun, namun tiada penduduk yang layak menerima zakat.Wang zakat berlebihan..
Khalifah Umar Abdul Aziz bukanlah seperti Khalifah Umayyah lain yang terkenal dengan perluasan kuasanya, ataupun terkenal dengan kehebatan perkembangan ilmu pada zamannya.Umar Abdul Aziz sangat terkenal dengan keadilannya, mengutamakan rakyat dan tanggungjawab sebagai pemerintah.Dan pada zaman inilah, seluruh rakyat, menikmati kehidupan yang baik..
See, lihat bagaimana nak membolehkan seluruh rakyat menikmati pembangunan?Dengan menjadi ADIL.
seluruh Rakyat itu, umpama badan manusia.Fitrahnya, manusia itu berkembang, dan membangun, dari kecil, sehingga besar.Segala projek-projek pembangunan,Rancangan Malaysia,Koridor-koridor,Projek mega, hanyalah substrat yang akan bertindak balas dengan enzim-enzim dalam badan Tanpa distribution substrat yang seimbang dan adil dalam badan, dari jari kaki, ke kulit kepala,maka metabolisme juga tidak seimbang.Akibatnya, tangan mungkin membesar kerana begitu aktif sel-selnya bermitosis,kaki pulak mungkin mereput,apabila sel-sel yang mati tidak diganti. Rakyat mungkin bangga, dengan tangan yang besar,boleh masuk boxing,senjata tumbukan maut. namun apakah gunanya, kalau tidak mampu berdiri untuk lawan boxing, dengan kaki yang mereput tuh?..Seorang rakyat mungkin boleh berasa bangga, melihatkan unjuran-unjuran ekonomi, melihatkan tingginya peratusan GDP,melihatkan ramainya pelabur asing yang datang, namun apa gunanya kalau tiada wang yang dirasa di tangan??..Apa gunanya kalau harga minyak tak naik tapi harga beras naik mendadak?..
Dulu PM cakap : harga minyak naik, ubah cara hidup.
Sekarang : Harga beras naik, mari ubah cara hidup, tolak nasik tanam jagung,tanam ubi keledek.

Atas sebab semua inilah, maka wujudnya gagasan, mewujudkan negara berkebajikan, mengutamakan rakyat dalam semua hal. Dalam soal kesihatan misalnya, sistem National Health Service yang dilaksanakan di UK, merupakan antara contoh yang sering dilihat, sebab kebanyakan servis terutamanya untuk golongan yang susah, adalah percuma.Untuk stop smoking pun,percuma.Untuk international student pun, boleh mohon untuk dapatkan khidmat rawatan percuma.Sekolah anak-anak postgrad pun, percuma..bersalin pun, percuma.Balik Malaysia mau kena RM 1000 lebih..
Namun, dalam nak ambil contoh negara berkebajikan nih, kena ambil yang baik, kaji betul-betul sistemnya.Sebab NHS pun dah terbukti ada lompong dalam perlaksanannya.
Saya bukanlah orang yang banyak sangat membaca.Cuma pasal NHS ini, saya baru seminggu dua belajar Self Care, satu mekanisme yang diterapkan oleh Department of Health UK,untuk menggalakkan rakyat menjaga kesihatan sendiri, untuk mengelakkan pesakit daripada terus-menerus menyerbu NHS centre, because NHS is running out of resources...Servis yang percuma menyebabkan orang tidak menghargainya. Wujud kumpulan yang digelar, Doctor seeker.Mereka nih, dalam apa jua hal pun, sakit sikit-sikit saja pun, pergi cari GP.Akibatnya, kebanyakan doktor hanya berurusan dengan penyakit batuk-demam, dan kurang masa untuk pesakit lain yang lebih kronik. Dan jugak, NHS masih tetap kena bayar untuk GP's yang berurusan batuk-demam nih, sedangkan batuk-demam nih boleh diatasi sendiri kalau patient pergi saja ke pharmacist mintak Over The Counter Medicines, consult saja dengan pharmacists.NHS is running out of money for very simple diseases. Jadi kerana itu Department of Health mewujudkan Self Care, to educate patient to treat themselves in case of minor ailments, tak perlulah benda kecik-kecik pun nak jumpa GP. In one way, this reduces the payment that NHS need to pay to GP's, dan mewujudkan masyarakat yang sihat secara keseluruhan..
Beruntung jugak kita nih negara yang tak membangun sangat. Kita dapat lihat apa yang negara membangun telah lakukan,ambil pengajaran, dan improvise..Masalah yang dihadapi oleh NHS sekarang membuktikan bahawa, PERCUMA walaupun nampak dan dengar macam best, tapi dalam jangka masa panjang,kebajikannya tidak mampu berterusan.Perlu diingatkan dan ditekankan bahawa untuk menjadi sesuatu yang berkebajikan, maka pokok pangkalnya bukannya PERCUMA, atau SUBSIDI,atau HADIAH atau BONUS atau GANJARAN tetapi ADIL, iaitu meletakkan sesuatu perkara,sesuai pada tempatnya...


Licin.Selepas 15 minit.

Saya tengok bekas lasagna yang kosong nih. Masih ada sisa.sedikit.Saya mungkin basuh saja bekas nih,dan simpan.Atau kalau malas nak simpan, buang saja untuk recycle.Bekas plastik tak elok pakai banyak kali.
Tapi orang-orang seperti Leo, ataupun pengunjung setia tong-tong sampah besar di lorong-lorong belakang di Kuala Lumpur, mungkin mengharapkan saya buang bekas ini terus, tanpa cucian, dengan sisa yang masih ada.Kerana mungkin, mereka dapat menikmati, cebisan yang saya tinggalkan, dalam bekas ini..
Yang mana satu, patut saya buat?..

Wallahua'lam.Alhamdulillah kepada Yang Maha Kuasa, yang memberi ilham, melalui perantara bernama Leo, di luar PizzaCo..

Terima kasih.Full stop.

p/s : Jadilah manusia yang berfikir tentang kejadian di sekitar kamu.

Saturday 12 April 2008

Dispensing separation - Rebellion of a pharmacy student

Assalamualaikum warahmatullah..
Lama benar saya tidak update blog kan..
Macam saya cakap dalam shout box haritu, bukannya sibuk sangat, cuma bila buku-buku belajar dan ilmiah yang lain pun tak cover lagik, rasa bersalah nak luangkan masa utk blog..
Ohh..adakah maksudnya saya dah habis ulang kaji? Semestinya TIIIDDAAKKK!!..
Masalah betul nak belajar..bila mengadap buku, mata layu, maka bukaklah youtube, even baca harakahdaily pun, segar semula..kemudian bila mengadap lecture notes balik, maka dia mula menguap kembali..mungkin saya kena invent satu ubat utk lecture-notes & textbooks intolerances, haha..

Ok-ok..ada satu isu yang menarik di Malaysia sekarang..tapi banyak orang tak tahu, sebab hanya NST dan The Star yang asyik siarkan isu ini..isu tentang Dispensing Separation, isu yang telah diperjuangkan oleh Malaysia Pharmaceutical Society( MPS ) bertahun-tahun lamanya, dan muncul kembali sekarang, mungkin sebab dah dapat Menteri Kesihatan yang baru yang bukan doktor mahupun pharmacist, huhu..

MPS menuntut supaya ahli farmasi mendapat sepenuhnya hak untuk dispense ubat.Memang itu tugas profesional pharmacist pun. Jika ini dilaksanakan, maknanya doktor-doktor di klinik persendirian tidak akan dibenarkan dispense ubat. Doktor hanya akan prescribe ubat, dan patient akan ambil ubat itu di farmasi.
Perhatikan, saya tulis : `doktor-doktor di klinik persendirian'. Ini kerana sistem sebegini sudah pun dilaksanakan di hospital kerajaan dan hospital persendirian yang besar. Sebab tuh dekat hospital kita nampak pembahagian yang jelas antara unit klinik dan jabatan farmasi. Tetapi perkara ini peliknya tidak berlaku di sektor swasta- doktor masih boleh dispense ubat. Yang menimbulkan persoalan : apahal discriminate nih?Adakah doktor dekat hospital lagi rendah tarafnya dari doktor klinik smp dia takleh dispense ubat? Adakah pharmacist dekat community pharmacies ilmunya kurang dari pharmacists dekat hospital sampai x dapat sepenuhnya hak utk dispense?..

Mungkin ada yang bertanya : Apahal ko sibuk dan passion sangat pasal nih?Most of pharmacy students even kat Malaysia pun tak bising pun pasal nih, tak sedar pun...
Jawapan saya : Saya passion sebab ini bukan hanya berkait dengan profession saya, saya bising sebab ia telah menjadi hidup saya, masih menjadi hidup saya, dan akan terus berada dalam hidup saya!Sekurang-kurangnya dah dekat 20 tahun..

Kedua-dua ibu bapa saya merupakan community pharmacists, dan mereka buka farmasi sendiri, di Kangar dan Langkawi. Farmasi pertama mula dibuka pada 1989 di Kangar, dan merupakan satu-satunya farmasi bumiputera di Kangar pada waktu itu. Kami tinggal di rumah kedai,tingkat atas buat rumah, tingkat bawah buat farmasi.Keliling kami mana ada keluarga melayu ( Kedai melayu adalah, tapi keluarga melayu semua dok taman, keluarga cina saja nak duduk rumah kedai mcm tuh )..jadi waktu kecil kawan-kawan sepermainan kami semuanya budak cina, india..petang-petang main lompat tali ( zero-point,zero jump, zero chocolate ) dengan kawan-kawan cina dan Sikh kat tepi kedai, time tak ramai orang dekat kedai ( tima ramai orang mak marah, tak kasik, kacau customer lalu lalang )..sungguh kami gembira bermain sama, x ada masalah pun berlainan bangsa, malah kakak kat farmasi pernah kasik saya penampar sulung bila saya celupar dengan tokey cina kedai makan sebelah ( wooho, mulut saya sangat laser dulu )..farmasi itulah hidup saya, tapak permainan saya, tapak saya bersosial dan berkawan-kawan.Kakak-kakak kat farmasi dah rapat lebih dari keluarga sendiri, kebanyakkanya dah kerja dekat 10 tahun, yg kasik penampar dekat saya tuh dah 16 tahun kerja dengan kami ( sebab tuh paling baik dengan dia, hee ), salesmen pun dah baik dengan kami budak-budak kat situ, ada salesmen tuh yg saya kenal dari saya tinggi paras pinggang dia sampai saya sama tinggi dengan dia, selalu membantu mak saya dalam urusan bisness..


Farmasi Teratai Kangar, di lokasi sejak 10 tahun lepas..tapi rumah bkn kat sini, kat tmn dah..


Kakak di tengah tuh dah 16 tahun kerja.Dia jugaklah yang telah menampar saya dulu, dan kakak saya juga ( kerana mulut kami sangat best ).Mak sangat bagus, dia tidak pernah menampar kami tapi dia buat tak heran pun bila kami ditampar oleh orang lain kerana kebiadaban kami.Saya sangat menghargai penamparnya.

Saya telah dengar tentang isu dispensing right ni sejak saya sekolah lagi. Saya selalu ke ofis mak dan baca surat yang dihantar oleh MPS - Addressing this issue.Dah bertahun-tahun dah.

Saya rasa agak `hot' membaca artikel dalam NST Online bertarikh 31/3/2008, bertajuk :
A need for 24-hour pharmacies.
Artikel ini menyiarkan hasil temuramah dengan dua individu dari dua organisasi penting yang terlibat dalam isu dispensing separation : MPS dan MMA ( Malaysian Medical Association )..
Sungguh, saya agak kecewa dengan cara MPS tackle isu ini, orang tak berapa faham apa benefit di sebalik dispensing separation ini, tapi saya lebih annoyed dengan MMA nih, sebab nampaknya, mereka memandang isu ini dari sudut `the best for convenience of patient', bukannya `the best for health of patient'!..Spot the difference?

BaiKlah marilah saya terangkan dulu apa itu dispensing separation. Dispensing separation is actually division of labor where doctors will focus on diagnosing, detecting disease,and recommending appropriate treatment including medications. Spot the word `RECOMMENDING'. Pharmacists will then AUDIT THE PRESCRIPTION, dispense the medication, along with appropriate counselling on the drugs. The main aim is to allow patients to get service and consultations from both experts - The experts in drug and the experts in disease itself. Yang sebenarnya untuk menguntungkan patient dan mengurangkan risiko kesilapan ke atas patient. Kita nih deal dengan kesihatan orang, kena betul-betul berhati-hati...
Jadik sekarang..setuju tak kalau saya cakap :

1. Doctors are experts in disease and human body itself
2. Pharmacists are experts in drug.

Note the word `EXPERT'. Saya tak kata doctors tak tahu pasal ubat langsung, dan tak jugak kata pharmacists tak tahu pasal disease langsung..
Setuju?
Kalau tak setuju takyah baca dah. Shuh shuh dari entry ini. Buang karan saja..

Jadik bukankah bagus kalau patient dapat servis2 yang berkenaan ( servis diagnose dan servis ubat ) dari yang pakar?Kalau nak cuci toilet pun gunakan Harpic yang pakar, apatah lagi pasal sakit sendiri kan..

Ok. setuju ya dari aspek `better for the health of patient'?..

Sekarang kita tengok pulak dari sudut perkara-perkara yang diperdebatkan.Perkara-perkara ini menyebabkan dispensing separation nampak impossible di Malaysia.

1. Acute shortage of pharmacists and pharmacies to cover current dispensing job of private clinics.
- Absolutely true.Kekurangan ahli farmasi lebih parah berbanding doktor sebenarnya.Kalau dispensing right nih dilaksanakan serta merta, memang sangat-sangat payahlah utk patient nak pusing cari farmasi pulak lepas dapat prescription.tapi MPS pun tak cakap SEKARANG. Di sinilah gunanya PELAN JANGKA PANJANG. Sekarang nih, kalau dah setuju yang dispensing separation nih bagus utk kesihatan patient, maka set lah satu deadline supaya kita dapat capai satu keadaan dalam jangka masa tertentu yang membolehkan dispensing separation ini memudahkan patient. Contohnya, buat study, berapa lama masa yang diperlukan utk menambah bilangan ahli farmasi dan farmasi utk take exclusive dispensing right. Say 10 tahun. Maka dalam masa 10 tahun nih, promotelah dekat public, apa pentingnya dispensing separation nih utk `improve' kesihatan diorang. ( saya tak kata current system tak bagus utk kesihatan diorang, saya kata `improve ).Dan dalam masa 10 tahun nih, tambahkan bilangan ahli farmasi.Sediakan kursus utk dispenser( lepasan sekolah pun boleh ) utk mengurangkan bebanan pharmacist dalam dispensing.Dispenser dispense, pharmacist pantau, maka dia bolehlah concentrate lebih masa utk beri lebih counselling kepada patient tentang penggunaan ubat.Jika ada deadline mcm nih, maka ramai ahli farmasi yang akan bukak farmasi senirik..dalam keadaan skrg,doktor boleh dispense ubat, sapa nak bukak klinik sebelah farmasi sedangkan pesakit dapat ubat terus dari klinik tuh?Considerla skit....pastuh dekat tempat mana yg memang pharmacies dah cukup utk cover clinic, maka mulakanlah dispensing separation nih step by step. Tak menyusahkan patient banyak mana pun, lepas dapat prescription pergilah farmasi yang 2-3 kedai sebelah tuh, daripada nak menunggu dalam klinik yang selalunya sesak dengan pesakit pada waktu lepas office hour terutamanya..kalau kat bandar kangar yg kecik nih pun , mcm dah cukup jugak sebenarnya, sebelah farmasi mak, ada klinik...ada satu lagik farmasi, di tengah2 antara 2 klinik..ada satu lagik, pun dekat dgn klinik, takyah pusing cari parking kereta lagi sekali pun..itu PEKAN KANGAR , bandar lain sure lah lagik ok..kat kampung kita teruskanlah dengan current system sampailah kita dapat cakap kondisi yang sesuai utk laksanakan dispensing right nih di kawasan tuh..kita mula step-by step la..yg penting, SETUJU,SET-UP DATE, LONG & SHORT TERM PLANS , WORK ON IT ..benda nih kan dah belajar kat sekolah, haish..

2. Syndrome `Pharmacists Not In' menyusahkan patient utk mendapatkan ubat..
Ok......mak saya selalu dok complain pasal nih. Pharmacist dekat farmasi tuh, ada kerja lain jugak nak buat selain dari berada di farmasi tuh.Kurang-kurang nak amik-hantar anak sekolah.( Not me, I cycled to school ).Keadaan lebih parah kalau pharmacist dan manager adalah orang yang sama, which us most of the case of independent community pharmacies ( Bukan chain pharmacies mcm Guardian tuh ).Jadik pharmacist tuh bukan saja kena manage dispensary, dia kena manage business, kena urus stok, kena deal dengan salesman, kena pergi bank, kadang2 urusan yg lama di bank kalau pasal business loan la, kadang2 kalau mcm mak-abah, kena turun KL kalau nak uruskan pinjaman perniagaan yang baru....itulah namanya berniaga, and most of community pharmacies, kes dia mcm nihlah, manager dan pharmacists adalah orang yang sama,.bersyukur jugaklah sebab ada invidividu yang sanggup ambil 2 kerja nih, kalau tak community pharmacies tak naik langsung kot, lagik menyusahkan nak cari ubat..jadik, kadang-kadang, kena meninggalkan premis, adalah suatu perkara yg perlu dan tidak dapat dielakkan, tapi masalahnya, kat Malaysia, pharmacist tak boleh buat LOCUM macam doktor!..
Saya pernah jumpa iklan locum pharmacists, tapi tak meluas, mungkin ada sikit-sikit ja kat bandar besar..
Kalau mcm locum yang doktor nih, kadang-kadang kalau doktor nih nak pergi bercuti ka,dia boleh panggil doktor lain datang datang uruskan klinik dia, nanti dia bayarlah kat doktor tuh, klinik tetap jalan, patients dapat service..
Kalau kat UK, kita ada locum service utk pharmacist..let's say pharmacists nih nak tinggalkan kedai dia utk 4 jam, maka dia telefonlah agensi locum tuh, mintak pharmacistst..maka time pharmacists pemilik kedai tuh pergi makan ker apa ker, farmasi tuh masih ada accredited pharmacists, dan boleh dispense Prescription Only Medicine ( POM ) & give appropriate counselling on the drug..
There is no such thing in Malaysia...mungkin sebab belum ramai pharmacists utk service locum nih..tapi kalau dibuat, ramai jerk rasanya nak..

3.Pharmacists play doctor's role in diagnosing
-Kesnya, pharmacists check blood pressure, glucose level, pastuh kasik ubat high BP & diabetis..Ok, ini memang menyalahi undang-undang dan profesionalisme pharmacist itu sendiri.Pharmacists memang ada kemahiran dalam benda-benda yg dia nampak, symptom yang jelas,symptom luaran,usually local effects disease.. mcm rash on skin, eye redness..pharmacists kena hafal symptoms tuh dan tahu apa drug yang sesuai..tapi dalam kes yang pharmacists sendiri tak sure, tak tahu, tak nampak, mcm kes systemic diseases, maka pharmacists memang kena suruh patient pergi jumpa doctor..saya selalu nampak kes mcm nih at least dekat farmasi mak.Patient datang, sakit telinga, tapi dia pun tak dapat provide reason kenapa dia sakit ( contohnya, sometimes orang sakit telinga lepas telinga dia masuk serangga, so kita tahulah jugak apa sebab dia sakit )..dalam keadaan dia tak dapat provide maklumat sebegitu, maka pharmacist memang kena suruh dia pergi jumpa doktor sebab tak nampak apa yg jadik dalam telinga tuh, tergambar kekecewaan di muka patient tuh sebab dia maleh nak gi klinik, nak buat mcm mana pakcik, itu bukan bidang kami nak diagnose...takperlah kalau ada pharmacists yang diagnose jugak, amik jerlah tindakan undang-undang, memang menyalahi peraturan..tapi peliknya..kes doktor dispense ubat, itu menyalahi professionalism, tapi DIBENARKAN UNDANG-UNDANG..maunya pharmacist tak marah..( seperti saya yg marah )..

Hmm..cukuplah tuh.Kalau saya membebel panjang lagik pasal benda nih, tak buat kerja lain.
Cuma ingin saya jelaskan beberapa perkara lagik :

1. Bila kita kata dispense ubat, ubat nih ada banyak kategorinya.GSL, P, PO, POM, CD .Kalau GSL ( General Sale List ), sesapa saja boleh jual. Orang persoalkan,kalau patient datang dalam keadaan parah, takkanlah patient tuh nak kena gi cari ubat kat pharmacy pulak kan..dalam most of the case, doktor akan kasik painkiller sekali dengan ubat untuk kecederaan/disease tuh kan? Maka yg boleh dibuat, klinik tuh kasik painkiller, membolehkan patient tuh bertahan sementara datang amik ubat kat pharmacy. Ataupun kalau dalam keadaan urgent, perlukan segera, maka mungkin doktor boleh ada very limited amount of certain drugs in case of emergency.Even kadang-kadang, kalau ada kecederaan seperti accident ka, patient datang terus ke pharmacy..dulu time saya lepas-lepak kat pharmacy,saya pernah berdepan dengan keadaan yg mana, patient tuh baru saja accident motor dekat simpang traffic light x jauh dari pmacy, dalam keadaan luka sana sini, dia terhincut-hincut jalan ke farmasi, datang mintak bandage, kapas, flavin ( ubat luka ), orang2 kat farmasi tolong jadik bidang terjun first aider, pastuh baru dia pergi klinik utk diagnose lebih lanjut..see, kerjasama yang bagus kan?We should cooperate la doctors to maximize the service to patients, and that's the ultimate aim of dispensing separation.

2.Dispensing separation tak akan merugikan doktor sebab kehilangan pendapatan dari ubat. Anda akan dapat mengurangkan kesesakan di klinik, org takyah tunggu dah utk amik ubat. Kurangkan kos, takyah sibuk dah kos nak membeli ubat dah. Kurang risiko, takyah risau sangat kalau anda tersilap recommend ker sebab kalau pmacist nampak something wrong dengan prescription anda,dia boleh telefon anda, betulkan anda, dan kasik drug yg betul dekat patient.dan anda boleh luangkan lebih banyak masa utk patient, terutamanya untuk kes-kes kronik.memang hilang pendapatan ubat, tapi tambah pendapatan diagnosis, dan tambah compliance patient dekat anda, sebab patient kan suka kalau doktor lebih fokus dengan diorang, diorang tak suka tunggu setengah jam tapi masuk jumpa doktor tak sampai 5 minit..

Hmm..in a nutshell, dispensing separation will benefit all parties..pharmacists, doctors, and most importantly patients..but the implementation is Loooooong way to go, in effect of the system that we are currently in..tapi soalnya, it's good for all, so nak ker tak? Kalau tak nak, ok fine, let's stick to the old rotten way until we can't escape from it anymore..kalau nak,that's where SHORT-LONG TERM PLANS NEEDED...kalau wawasan 2020 pun boleh plan tahun 1993, takkanlah dispensing separation nih tak boleh...........................

Ok. Tunggu report from MPS. Diorang tengan conduct pilot study.

Sekian bebelan setelah 2 bulan membisu.Wallahua'lam..

Terima kasih.Full stop.

p/s : Moga usaha dipermudahkan.Aaamin..