Saturday, 13 March 2010

Perhatikan Wanita itu!

Pada suatu petang,
saat pulang dari Stopford Building,
Dalam Magic Bas yang umpama bas sekolah Manchester,

Aku terlupa,
Jalan di Rusholme tengah ada pembaikan,
Maka bas berhenti begitu lama,
di hadapan Lidl...
Arrghhh..patutnya ku sudah turun di perhentian sebelumnya dan jalan kaki saja!!..

Aku toleh ke luar.
Nampak seseorang yang dikenali. Ohhh..Pegawai Kucing Belang!
Baru pulang dari pejabat gamaknya.
Maka aku pun tersenyum, mengharapkan dia berpaling.
Dia ada berpaling, menghadap bas, menghadap aku, tetapi tidak nampak aku!
Ces, mujur aku tidak terfikir untuk tersengih-sengih seorang diri.
Apa kuman yang sedang kau fikirkan wahai Encik Belang sampai gajah depan mata ini jugak tidak kau perasan?

Tak apalah, Encik Belang tidak sedar akan kehadiranku.
Maka aku menoleh lagi keluar.
Oh, wanita itu! Di luar Lidl itu! Yang bermain alat muzik itu!
Aku akan terserempak dengannya kalau aku pulang ke rumah berjalan kaki.
Suatu yang sangat jarang aku lakukan dengan pas tahunan yang memanjakan kaki.

Dia tengah minum. Kopi Nero.
Alhamdulillah, ada juga sesuatu yang dia ambil buat mengalas perut.
Selalunya kalau aku terserempak dengannya,
Aku seluk poket saja, aku tidak buka dompetku,
Apa saja dalam poket, aku keluarkan.
Walaupun aku tahu kadangkala ia tidak cukup untuk secawan kopi pun.
Alaa..malasla nak ambil dompet...!
Walaupun aku hanya perlu buka zip beg untuk ambil dompet.

Selepas minum, dia kembali bermain alat muzik itu.
Aku lupa, apa namanya.
Ada seorang kanak-kanak perempuan. Comel sekali. Pakai baju merah jambu.
Masuk ke Lidl bersama ibunya. Dan dia senyum pada wanita itu.
Dan wanita itu senyum kembali.
Oh, mungkinkah dia juga ada anak secomel itu?
Oh, mungkinkah dia juga ingin membawa anaknya ke situ?
Bolehkah?sedangkan aku hanya selalu nampak syiling 10-20 pence di dalam kotaknya..

Orang keluar dari Lidl, bawa beg penuh barang.
Biasalah, Lidl tak beri plastik percuma, pandai-pandailah bawa sendiri.
Oh, penuh sekali barang orang itu! Keperluan seminggu agaknya.
Dan wanita itu, dia memerhati, sambil duduk di bangkunya.
Oh, mungkinkah dia juga ingin membeli barang seperti itu?
Oh, mungkinkah ada anak menanti di rumah dengan makanan dan keperluan?

Aku tak tahu, aku mudah menangiskah?
Tak, aku tak mudah menangis, tapi aku sangat sebak.
Memandang wanita itu, yang bermain alat muzik itu,
sambil mengharap ihsan dari orang yang lalu lalang,
orang yang keluar dengan Sandwich lazat dari Subway,
orang yang keluar dengan barang-barang yg banyak dari TESCO,
orang yg keluar selepas menikmati minuman dari Kafe Nero,
doktor dan student-doctor yang berjalan pulang dari MRI,
pelajar Manchester yang sekurang-kurangnya dapat pinjaman pelajaran,
kesimpulannya yang lalu lalang, semuanya berpoket tebal,

Tapi yang ada dalam kotak di hadapan wanita itu,
hanyalah syiling-syiling 10, 20, 50 pence,
Dan aku termasuk yang menyumbangkan syiling-syiling itu,
tapi menyimpan note £5GBP dalam dompetku,
untuk kubelanjakan di Subway, membeli Chiken Teriyaki Footlong.
Atau di Lidl membeli coklat Praline,
Atau di Nero Cafe untuk Capuccino minuman ruji.
Dan wanita itu...hanya beli kopi dari kafe nero,
atau mungkin...hanya bekas sahaja dari kafe nero tapi airnya hanya air kosong?
Hanya tuhan yang tahu.

Aku sebak sendiri.
Betapa aku selalu merungut atas kurangnya benda,
sedangkan ada orang lain yang tidak punya apa-apa.

Teringat aku padamu, Encik Belang,
apa yang mengganggu fikiranmu, sampai aku ini kau tidak hiraukan?
Apa kau susah hati dengan kerja-kerja yang ada.

Apa ada lagi orang lain, selain Encik Belang,
yang susah hati dengan segala kerja yang ada?

Pergilah perhatikan wanita di luar Lidl itu.
Di depan Lidl, berhampiran perhentian bas, ada kerusi,
duduklah di situ!

`Apa kau gila, orang akan memperhatikanku!'

`Apa kau gila, sejuk sekali di situ, kerana mentari Manchester ini memang menipu!'

`Apa kau gila, apa yang aku dapat dengan memerhatikan wanita itu?'

Ya, kalau kau duduk di situ,
Kau tak akan dapat wang, kau tak akan dapat makanan,
kau akan dapat sejuk, kau akan dapat pandangan orang yang lalu lalang,

Tapi,

Kau akan dapat, senyuman wanita itu,
yang bermain alat muziknya,
dalam dingin yang mengcengkam,
Dalam pandangan orang, yang lebih sinis dari simpati,
Tapi dia terus senyum, dan senyumnya lebih manis lagi,
jika ada orang yang meletakkan duit dalam kotaknya, walau sekadar 50 pence.

Kau sedang melayari blog ini,
Dengan internet access yang kau peroleh,
maknanya kau lebih berkemampuan dari wanita di luar lidl itu,

kalau kau tidak mahu tersenyum,
kalau kau terus bermuka serabut,
kalau kau terus merungut..

MALU LAAA SIKITTTT KAT WANITA TU!

Sebab dia punya alasan untuk lebih susah hati daripadamu,
Tapi senyumannya lebih manis daripadamu.

Ok...senyumlaaahhhh..




Encik Kucing Belang, sila senyum macam itu.

Maka nikmat manakah lagi, yang kau dustakan?

wsalam warahmatullah,

-Nadranadia-


Share

Tuesday, 23 February 2010

-HeartBroken-


Salam warahmatullah.

Sedari Khamis minggu lalu, FB saya menunjukkan mood yang sangat sedih.

Ya, saya sangat sedih. Sangat kecewa. Patah Hati. HeartBroken.Sampai saya jumpa satu gambar profile yang sangat unik dan menjadikannya profile Pic di Facebook saya. Sampai sekarang gambar ini masih di situ. Sampai ada orang yang ingin add saya dan bagi remark :

'Nice art there.'

Padahal bukan saya yang lukis pun.

Saya tidak berhajat untuk menceritakan kenapa saya berkeadaan sedemikian. Dan saya juga jarang melahirkan kesedihan saya di Facebook kalau saya tidak berniat untuk memberitahunya kepada orang lain. Cuma kali ini, saya memang mahu sesetengah pihak tahu, tetapi sampai sekarang masih tak tahu, maka biarlah gambar profile itu sampai sekarang. Saya sudah semakin sembuh dari luka itu Alhamdulillah, walaupun isu utama masih belum selesai.

Sedih itu perasaan yang ekslusif dan tidak dapat diterangkan dengan kata-kata. Walaupun sesetengah masalah itu sudah dihadapi sejak sekian lama, bila datang rasa sedih, maka akan mengalir juga air mata, merintih ( dan merengek ) juga, dan berserabut juga kepala.

Semua orang pun menghadapi masalah dan akan sedih. Dan tahap kesedihan kita bergantung kepada sejauh mana kita bersedia menghadapinya. Dan hanya orang yang sedih sahaja tahu perasaanya, walaupun semua orang kata : Jangan sedih, itu masalah biasa, semua orang pun ada masalah', tapi bila diri yang menghadapinya, kata-kata orang lain tak akan berguna lagi.

Memang, kata-kata orang tidak akan berguna sebenarnya dalam saat-saat sebegitu.

Saya menelusuri surah-surah Juzuk Amma, surah yang biasa dihafal, dibaca dalam solat, walaupun maksudnya ada yang tahu, ada yang tak tahu. Dan saya tersentak, bila sampai ke bait-bait ini :

Surah Ad-Duha surah 93 : 1-8

Demi waktu dhuha.Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

Kaum Musyrikin mengejek Nabi Muhammad SAW dan mengatakan bahawa Allah telah melupakan baginda saat wahyu tidak turun sejak sekian lama.Dan ayat ini turun membantah penyataan itu. Dan Allah mengingatkan baginda yang Dia telah memberi banyak nikmat kepada baginda sedari baginda kecil lagi, saat baginda masih anak kecil.

Surah Seterusnya, surah 94, 1-8 juga membuat saya termenung seketika :

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Allah mengingatkan baginda sekali lagi bahawa Allah telah memberi baginda, begitu banyak nikmat, dan darjat yang tinggi. Dan menegaskan, bahawa kesukaran akan disertai kemudahan. Dan tidak ada bertangguh-tangguh di dalam hidup ini. Dan hanya kepada Allah, kita memohon apa yang kita inginkan.

Allah, saya malu sendiri. Sejak saya kecil, saya telah diberikan begitu banyak nikmat - lulus semua peperiksaan dengan cemerlang dari sekolah sampai ke university (insya allah), rakan-rakan yang baik, kebolehan berbicara, kebolehan menulis, kebolehan berfikir,dapat ke UK, dapat jaminan kerja, dan yang lebih penting lagi : Nikmat Islam dan Iman. Tapi baru saja datang satu dugaan, dan saya sudah berasa sangat-sangat patah hati sampai rasa : `Oh, apa nak jadi hidup aku ini?'

Ya, saya perlu malu kot. Kerana saya telah membaca kedua-dua surah ini berpuluh-puluh kali sejak kecil, tapi tak pernah betul-betul menghayati, apa yang dimaksudkan.

Hanya kepada Allah, saya berserah. Dan isu utama belum diselesaikan. Saya pun tak tahu bila, dan bagaimana. Sudah begitu lama rasanya. Tapi seperti lagu yang saya poskan dalam entry yang lalu :

If this has been a test
I cannot see the reason
But maybe knowing
I don't know is part of getting through
I tried to do what's best
But faith has made it easy
To see the best thing i can do
Is to put my trust in You.

Kepada Allah, saya memohon ampun, kerana saya menangisi satu nikmat yang saya hilang, sedangkan Dia telah memberi saya begitu banyak. And to Him, I put my trust.

wassalam warahmatullah.

-Nadranadia-




Saturday, 13 February 2010

-Kembali-

Assalamualaikum warahmatullah.
Sudah lebih setahun blog ini ditutup. Pada mulanya hanya untuk sementara, tetapi ia tidak dijenguk sekian lama, sampai seorang teman menyindir : 'Ini macam dah tutup terus saja'.

Ada yang bertanya, kenapa saya menutup sementara?Yang dah jadi macam terlalu lama.

Sebabnya, beberapa post sebelum post terakhir lalu, saya amati, sudah menjurus kepada diari kehidupan saya, penuh dengan komen dan keluhan tentang hidup, mungkin tanpa sedikit ulasan tentang apa pengajaran seterusnya daripada diari hidup saya itu.

Maka saya berhenti sementara, kerana saya tidak mahu blog saya, hanya menjadi sekadar diari.Orang membaca hanya tahu kisah hidup saya, tanpa mendapat apa-apa refleksi dari kisah hidup itu.

Sepanjang setahun ini, saya terlibat, dalam sangat banyak perkara, yang tidak pernah saya terfikir sebelum ini. Juga membina circle of friends yang baru. Maka banyak perkara baru bermain di kepala. Tapi kerana saya malas mahu mula menulis, maka saya hanya paparkan secebis dari idea saya di status facebook, di notes facebook, itu pun kalau saya rajin. Kalau tidak, ia hanya bermain di kepala saya, dan hanya saya bicarakan, dengan orang yg saya rasa, memahami idea itu.

Sekarang, cukuplah ia hanya bermain di kepala saya. Izinkan saya berkongsi sekali lagi dengan masyarakat di alam maya ini.Dan terima kasih kepada orang yang selalu menjenguk blog ini, walaupun sudah lama benar tidak di-update..

Insya allah, akan kembali lagi dengan post yang baru. Mungkin, hayati dahulu lirik lagu di bawah. Saya sangat suka, lagu ini.Ini ialah kehidupan. Ada banyak perkara yang kita tidak tahu kenapa ia terjadi dalam kehidupan kita. Dan mungkin, yang terbaik, ialah untuk meletakkan kepercayaan. Kepercayaan pada yang selayaknya.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA





-You Know Better than I-

I thought I did what's right
I thought I had the answers
I thought I chose the surest road
But that road brought me here
So I put up a fight
And told you how to help me
Now just when I have given up
The truth is coming clear

Chorus 1:
You know better than I
You know the way
I've let go the need to know why
For You know better than I

If this has been a test
I cannot see the reason
But maybe knowing
I don't know is part of getting through
I tried to do what's best
But faith has made it easy
To see the best thing i can do
Is to put my trust in You.

Chorus 2
For, You know better than I
You know the way
I've let go the need to know why
For You know better than I

Coda:
I saw one cloud and thought it was a sky
I saw a bird and thought that I could follow
But it was You who taught that bird to fly
If i let You reach me
Will You teach me.


For, You know better than I
You know the way
I've let go the need to know why
I'll take what answers you supply
You know better than I

Wassalam warahmatullah.

-Nadranadia-