Thursday 6 December 2007

Laporan Penuh - If I come from Ape, what's the point in praying?..

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


* Another Day in Paradise by Phill Collins..Piano version, nice to listen to, Have a click *


Assalamualaikum warahmatullah..
Sebagaimana yang telah saya sendiri promosikan selama seminggu di blog ini, saya telahpun menghadiri suatu debat yang saya kira sangat menarik dan `intellectually stimulating'..adakah tuhan ini wujud atau hanya layak dicampak ke muzium atau hanya layak dianggap fiksyen atau hanya dikomersialkan dalam drama dan filem seperti cerita-cerita Hercules, Xena, dan Journey to The West? :

God, Delusion Or Truth? Organized By Challenging Ortodhoxies Society..Rosce, Tue 4th Dec..

Ramai yang hadir, penuh Roscoe B tuh...tapi dalam kelompok yang ramai itu, target saya hanya 2 sahaja : 2 orang Coursemate saya yang agnostic..mereka pada mulanya kata taknak datang, tapi alhamdulillah Allah yang memegang hati-hati manusia itu menggerakkan juga kaki mereka ke situ..saya sangat gembira nampak mereka, memang kepada & perhatian saya tertumpu kepada mereka petang tuh..jadik mintak maaf kepada kawan yang lain yang hadir sekali kalau saya kurang memberi perhatian..saya ada 2 bahan eksperimen petang tuh!..

Majlis dimulakan dengan pengenalan kepada Challenging Orthodixies Society ( COS ) .Sesungguhnya saya tidak pernah tahu akan kewujudan persatuan ini..( My Bad..)..

Yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, Debat akhirnya bermula!..Ada 2 orang pembahas, seorang dari setiap pihak, setiap mereka diberi masa 15 minit untuk membentangkan hujah masing-masing, seterusnya diikuti dengan sesi Q & A bersama hadirin, sebelum ucapan penggulungan ( Wah, format macam bahas ala parlimen :P )..Mari tengok satu-satu apa yang dihujahkan :

* Segala hujah di dalam penulisan ini adalah berdasarkan hujah-hujah speaker, tapi sesetengahnya berdasarkan hujah saya seniri*

Tuhan itu wujud

Sharif Hafizi, seorang ahli falsafah Islam, penulis Buku, dan seorang ahli farmasi!..

Beliau memulakan ucapan dengan memetik kata-kata Abdullah Ibnu Abbas :
What Illuminates faith is thinking.

Memang benar, untuk mengetahui tentang sesuatu dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar hal, kita perlu berfikir. Dan Dalam soal mencari kebenaran sama ada tuhan itu wujud atau tidak, ada banyak pemikir yang menyarankan kita untuk mencari bukti dengan berfikir secara empirikal sebagaimana dalam sains, kerana sains itu membuktikan kewujudan tuhan. Kaedah berfikir secara saintifik adakah kaedah pemikiran yang empirikal.

Apakah pula makhluk yang bernama pemikiran empirikal ini?..Bekas-bekas pelajar Kolej Kelapa Sawit yang belajar Theory of Knowledge mesti tahu, haha..:P

Saya memang tidak tahu apa definisi sebenar pemikiran empirikal, saya bekas pelajar Kolej Tepi Lombong. :p..
Namun aplikasi berfikir secara empirikal ini dapat kita lihat dalam kaedah saintifik. Segala sesuatu mesti berdasarkan bukti yang jelas, dan daripada bukti tersebut, kita bergerak selangkah demi langkah sehingga mencapai satu kesimpulan.Dalam sains, suatu hukum atau Law yang diterima untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian ini sebenarnya datang daripada hipotesis yang dibuktikan melalui eksperimen. Eksperimen dijalankan kerana ada inferens. Inferens itu datang dari pemerhatian..Jadi dalam kaedah saintifik, pemerhatian, observation, adalah bukti yang nyata.

Namun kaedah berfikir secara empirikal ini ada kelemahannya. Sains hanya terhad untuk perkara yang dapat kita kesan dengan deria.Contohnya dalam mengesan takat lebur atau takat didih,kita dapat kesan apabila bahan kita mula cair atau mendidih. Namun dalam kes Tuhan, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dikesan dengan deria yang ada pada badan kita, suatu yang kita tak nampak pun..oleh itu suatu cara berfikir yang baru diperlukan...
Kita perlu berfikir secara rasional..saya sangat tabik dekat Sharif Hafizi, walaupun dia Muslim namun dia tidak menggunakan pengetahuan Islamnya untuk berhujah kerana dia faham yang hanya Muslim menerima cara berfikir secara Islam, mana mungkin Kristian mengakui kebenaran cara berfikir Islam?Sebaliknya Sharif Hafizi cuba mengubah minda semua hadiri supaya berfikir secara rasional, pemikiran yang semua orang dapat lakukan tanpa mengira agama dan kepercayaan.

Apakah pulak makhluk rasionaliti dalam pemikiran nih..banyaknya cara fikir..
Pemikiran secara rasional ini sebenarnya mempunyai 4 komponen. Saya tidak dapat mencatat semua komponen itu, namun di bawah ini merupakan perkara-perkara yang dihujahkan di bawah rasionaliti ini.

1. Untuk berfikir secara rasional tentang suatu perkara, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu pernah mengalami perkara tersebut dalam realiti..( To think rationally, you must have a previously sensed reality )..Contohnya kalau anda beritahu saya yang anda suka makan mee goreng, saya boleh berfikir dengan rasionallnya kenapa anda suka mee goreng kerana saya tahu mee goreng tuh rupanya mcm mana..ada mee, sayur, ayam, warna kuning-coklat, pedas, haha...Namun cuba anda tanya kepada orang yang buta sejak lahir : Cantikkah baju raya aku?..
Tidak masuk akal untuk anda bertanyanya dan tidak masuk akal juga untuk si buta menjawabnya kerana dia tidak nampak pun baju anda, dan dia memang tak pernah tahu pun baju raya itu rupanya bagaimana..Begitu juga dalam soal tuhan.
Bagi saya, tak masuk akal untuk anda kata kepada non-believers : Saya percaya tuhan itu ada kerana Allah itu begini dan begitu..
Mesti non-believers kata : Your reason doesn't make sense coz at the first place, I never accept Allah to be true'.

2. -Everything is limited, and everything limited is also dependent-Semua yang kita nampak dalam realiti ini terhad. Kalau berubah pun, ada faktor yang menyebabkannya berubah. Dia tak saja-saja bermutasi..
Sharif Hafizi memberikan contoh yang mudah : Telefon bimbitnya sendiri..


Ini bukan telefon dia. Ini telefon bimbit yang saya nak, hehe..

Telefon bimbit ada itu limited. Ada saiz, warna, jangka hayat, ketahanan, dan power yang tersendiri. Power boleh berubah, bateri akan berkurangan apabila anda menggunakan telefon anda berterusan. Jadi untuk terus menggunakannya, telefon itu perlu charged. Untuk cas, anda perlukan charger. Charger pulak tak mungkin tiba-tiba buat magic menghidupkan bateri telefon adan yang `zero'. Charger kena letak kat soket. Soket tempat kuasa elektrik. Power kat soket bergantung kepada `powerbox' yang ada satu untuk setiap rumah tuh.Powerbox bergantung kepada pencawang elektrik di sesuatu kawasan. Pencawang elektrik datang dari generator. Kuasa elektrik di generator dihasilkan oleh pusingan turbin..waa..panjangnya, mcm belajar fizik waktu sekolah...

3. - The sequence of limited events is always dependent something which is also limited and dependent, and this happens over time -..Macam mana turbin nak berpusing? Kena ada steam. Steam dihasilkan daripada sesuatu yang mendidih. Nak mendidih kena ada bahan api. Bahan api datang dari decay or organic materials seperti haiwan dan tumbuhan..Organic material dalam haiwan itu juga datang dari tumbuhan. Organic material dalam tumbuhan dihasilkan daripada fotosintesis.. Tenaga cahaya matahari membolehkan fotosintesis.Tenaga itu terhasil disebabkan tindak balas antara atom-atom Hydrogen di Matahari..atom-atom itu pulak datang dari..haduih, saya bukan ahli kosmologi, tak terhafal semuanya..Tapi tengok kan, sequence of event to produce a functional mobile phone that you have now has actually started from the formation of Sun which occured billions years ago..And there is other sequence before formation of Sun, because the sun itself is limited..maknanya...ada ker penghujung kepada siri event ini?

aaa....japs?Ini macam infinite regression saja..
Merujuk wikipedia :

An infinite regress in a series of propositions arises if the truth of proposition P1 requires the support of proposition P2, and for any proposition in the series Pn, the truth of Pn requires the support of the truth of Pn+1. There would never be adequate support for P1, because the infinite sequence needed to provide such support could not be completed...

Panjangnya nak fikir..bukankah dengan bukti-bukti sequence yang panjang lebar sebagaimana kat atas tuh, kita dapat simpulkan yang kitaran atau siri itu tidak akan pernah berakhir?Sequence tersebut akan terus bergerak ke belakang satu langkah lagi..kita tidak akan pernah menemui penghujung sequence tersebut, everything is just depending on things before its existence..


Adakah siri hidup kita umpama susunan khemah-khemah ini..yang kita tidak pernah tahu penghujungnya..mungkinkah tak ada penghujung?..

Ok..logik kalau fikir begitu..tapi rasanya, can we ourselves function well if the sequence of events that lead to our functions lay within infinite regression?..
Mari kita tengok seorang askar yang nak menembak nih..


Ini ialah M16...Yang pernah kena rompak dekat depoh tentera di Malaysia..

Seorang askar yang nak menembak, perlu dapat arahan ketua platun. Ketua platun rujuk ketua Kompeni. Kompeni rujuk orang atas-atasnya,sampai dekat Panglima Tentera. Panglima tentera rujuk Kementerian Pertahanan. Kementerian rujuk menteri. Menteri rujuk PM..PM rujuk kongres...untuk buat satu tembakan saja, perlu melalui siri yang paaanjang untuk dapat kebenaran bertindak...askar itu hanya boleh menembak kalau ada orang yang dalam sequence sebelumnya kata : Tembak sekarang!..dan orang yang suruh tembak tuh pulak mestilah tidak perlu merujuk mana-mana, dia yang buat arahan ikut suka hati dia..Kalaulah sequence nak menembak ini merupakan infinite regression, sampai bila-bilalah askar tuh tak menembak sebab di akhirnya, tak ada yang buat keputusan..
Itu askar..nak menembak...
Kalau sequence untuk menghasilkan telefom bimbit awak tuh pun berada dalam infinite regression, rasanya, mestilah sampai bila-bila pun handphone tu tak dapat berfungsi..macam kes askar nak menembak tadi..
Kalau kita simpulkan balik point 2-3 nih :

~Everything that we sense is limited, and everything which is limited is dependent on a sequence of limited things, which themselves depends on another limited things before them, and so forth, and there must be an initiator for this looooong sequence, if not the things around you would never function, or would never make sense..~

That Initiator is undoubtedly so powerful such that He is the pioneer of everything..and that is what we call, God..

Sharif Hafizi mengakhiri ucapannya dengan tepukan yang gemuruh..waah, seronoknya tengok dia, ahli farmasi yang sangat bijak berfikir, dah kahwin ke belum tak tahulah..:P..

"God belongs in the museum alongside jupiter, zeus, odin, mithras and zoroaster.
"


Guy Otten
Senior Crown Prosecutor and member of the British Humanist Association,
Was a revolutionary student of Manchester, mb old version of current Rob Owen & Alex Castro..

Guy memulakan hujahnya dengan menekankan kepentingan berfikir sebagaimana yang dinyatakan oleh Sharif Hafizi tadi..Bezanya, dia berdiri sebagai seorang penegak humanisme,bahawa manusialah yang menentukan segala-galanya di muka bumi ini, manusia perlu menggunakan pemikiran yang rasional dalam bertindak..Dia juga mengakui bahawa sebelum ini, dia pernah menjadi God-Believer,dan dia mempercayai tuhan dengan hujah2 seperti yang dibentangkan Sharif Hafizi tadi..tetapi kemudiannya setelah beberapa tahun ada beberapa faktor yang mengembalikan dirinya semula ke alam atheis.

Katanya..dia pernah jumpa Jesus Christ 2 kali..sekali, Jesus Christ ini berpakaian serba putih, terbaring di wad psikiatri di sebuah hospital..( Ada yang ketawa, saya tak terkata apa, apa pun Jesus Christ adalah sesuatu yang suci bagi orang Kristian dan tidak wajarlah saya mengetawakannya )..Bagi Guy, kepercayaan dan agama ialah sesuatu yang dibina dan dibangunkan oleh manusia itu sendiri..beza antara dahulu dengan sekarang, manusia telah berubah daripada polytheism kepada monotheism...Sekarang kita lihat hujah Guy :

1. -The whole concept of God is not realistic and doesn't make sense.-He has read through all Holy Books and Scriptures,the descriptions of God in each religion are not logic, merely speculations, and cannot be confirmed. Besides, some of the statements in the Scriptures show contradiction to each other. He quoted a sentence from Surah al-Maidah : 5 : 98 :

`Ketahuilah bahawa Allah sangat keras siksanya, dan bahawa Allah Maha Pengampun Maha Penyayang '..

Of course he read the english Translation. He highlighted this sentence, emphasizing that this illustrates self-contradiction. How can you say that Allah is merciful whereas He imposes the most severe punishment?..( This is what he claimed, not me )....
aha,one more thing,among other God believers, his sympathy is the most towards Muslims, because there's no other religion except Islam that says in the Holy Book
God is unknowable..
Ohh Muslims, how can you firmly believe something which you yourself don't know?That's stated clearly in Koran...


Hmm...his points make sense and his argument about al-Quran's sentences might be convincing for those who assess the sentences literally..

Point No 2 : -We don't know the answer of something outside creation, so do not conclude-.....
He accept the explaination about sequence of events pointed out by Sharif Hafizi, yet the end of that sequence is not necessarily God, you can't grasp what it is, you can't sense it, you can't see it using Hubble Telescope, the end of the sequence might be human itself living in other planets or galaxies,or even aliens, there are many possibilities of what is the end of the sequence, with every possibility possessing fairly small probability, how can you simply assume that the end must be God, whereas there are so many options available?The problem with believers ( Like me & Most of you, I think ) is that we create something to answer our curiosity about the end of the sequence!..You create something that you don'even know, and accept it to be true.
How can you invent an answer yourself just to satisfy your `so-called' inquisitiveness?..

Humanism is a power on earth.Yes, human die, that's the cycle, but matter never die..that's the Law of Conservation of Matter,not forgotten its counterpart, Law of Conservation of Energy..Matter and energy can never fade away, after death human body turn into something else, our flesh decays, decomposes, becoming dust, producing organic materials that support the growth of plants on our graves, or we might even a part of fossil fuel millions of years from now, huhu..see, Man still contributes to earth and Life of others after his death, how powerful a man is..huhu..
( This was the argument used by Double Y as well during our conversation last semester )..


Nitrogen Cycle..a more complicated version of memorized chart for a-Level Biology..


Another thing, if God is so powerful, why he allows evils to stand side by side with angels?Why he let human suffering during catastrophies?..If the calamities are because of Human ignoring God, why those good muslims at Acheh suffered the most during tsunami?..


Can we escape?


He finished his talk, accompanying by a large applause fro the audience, leaving me with one conclusion of this reason for disbelieving : God is an illogical concept, There are so many questions that are unanswerable for the time being, do not invent the answers until u find an undoubted proof..
( Basically, I do not have to come here just for this conclusion, Double Y already gave me this answer during our conversation )..

Sesi Soal Jawab...

Sesi inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua hadirin rasanya..semua orang mula mengangkat tangan tak henti-henti, satu demi satu..antara soalan yang menarik dan saya ingat ialah :

Guy, why your turned into atheism?You said, you was a believer..
Because I found that the concept of God is not logic, unacceptable ( Point 1 )..

Hafizi, rational thinking also needs a proof, u never see the God, how can u say u deduce the existence of gOD by rationality?..
Yes, you never see the God..but you can feel and conclude its presence. If you heard that your door is knocked, you know that there is someone behind it, you just dont know who, but someone must have cause the knocking sound..same applies to electricity..have u ever seen electron in real? No ..but you believe its existence because you feel the electric force, you sense the effects of electrons that move around..

Hafizi, how can you deduce that the pioneer of the sequence is God?I think it is quite a large jump, from initiator to God.(My agnostic friend ).
Can you readers answer this?Heh, I'll leave the answer first..

There are many other questions and statements which mostly defending or asking about God in context of religions..mostly Islam & Christian..and I didnt really like those questions, because we are debating about existence of God regardless of numerous faiths that the audience embrace,we should discuss it based on common sense, a property that every mankind possesses so that it's relevant to every single audience,this is not an inter-religion debate!..yet what can we do, the second speaker himself defended his stand from religion point of view..( is my point understandable here ? )..

Pandangan saya secara keseluruhan :
Saya suka cara Sharif Hafizi. Seorang practising muslim, yang berhujah tanpa menggunakan langsung pemikiran-pemikiran atau fakta-fakta yang dipegang benar hanya oleh Muslim, kerana mana mungkin non-muslim atau disbelievers mengakui kebenaran pemikiran cara Islam,mereka tidak menganggapnya sebagai suatu kebenaran..cuma di saat-saat akhir dia perlu mengeluarkan juga hujah-hujah dari al-Quran kerana orang mula membincangkan soal ini dari sudut agama, suatu perkara yang dia sendiri cuba elakkan pada mulanya...Semua audience termasuk Guy sendiri mengakui kebenaran hujah yang dibawanya : There must be an initiator of the sequence.

Oh ya, apa maksudnya bila saya kata, saya tak suka Guy( Bukan tak sukalah, saya rasa point dia tak relevan dengan context of discussion ) kerana berhujah dari sudut pandangan agama?

Tengok satu-satu ya..Guy mengatakan bahawa dia menjadi atheis kerana mendapati konsep ketuhanan adalah sesuatu yang tidak masuk akal..Tuhan banyak tangan, Tuhan atas arasy..
Baiklah..Sharif Hafizi ada menjawab soal ini dalam satu jawapannya terhadap audien..
Dengan menggunakan pemikiran yang rasional, kita sampai ke satu konklusi bahawa sequence of event itu mempunyai initiator..and you can call the initiator with whatever names you like, pioneer, starter, creator..ada banyak pilihan nama..dan soal Initiator itu rupanya bagaimana, kuasanya bagaimana, cara dia mengawal dunia nih macam mana..itu adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan dalam konsep rationality..Kita berfikir secara rasional menggunakan pertimbangan berdasarkan realiti yang kita tahu, dan realiti kita dipenuhi perkara-perkara yang diciptakan ( Creations )..Kalaulah kita menggunakan pertimbangan berasaskan creation ini untuk menilai creator, bukankah seolah-olah kita menyamakan creator dan creation?Kalau maca tuh, telefon bimbit pun boleh menjadi creator, sebab dia ialah creation..Creator itu tidak mungkin akan sama dengan creation, ( That's Y it's an initiator, different from sequence of events after it, unlimited, independent )...Jadi kalau Guy mengatakan bahawa konsep tuhan itu sendiri tidak logik, for me it's not valid, kerana pertimbangan logik ialah berdasarkan creation..tapi tuhan dalam konteks yang dibincangkan bukannya suatu ciptaan tetapi permulaan..mana mungkin sama, mana mungkin dinilai guna logik akal..

Habis tuh macam mana nak nilai bahawa suatu konsep ketuhanan itu betul kalau tak boleh guna logik akal?Akal ialah sumber ilmu..apa lagi?..
Aha..sebab itulah Sharif Hafizi kata, soal konsep ketuhanan itu sepatutnya tidak termasuk dalam konteks debat pada hari itu, kerana debat hari itu hanya bertujuan untuk membuktikan sama ada tuhan itu wujud atau tidak,menggunakan logik akal yang semua orang ada, tuhan tuh konsepnya bagaimana, itu bergantung kepada deskripsi dalam agama, dan kita memerlukan perbincangan lain, diskusi antara agama..
Konsep ketuhanan memang tidak dapat dinilai dengan akal, kerana kepercayaan terhadap tuhan ini, soal hati,soal perasaan, soal keselesaan..bukan soal tuhan saja, banyak benda lain lagi yang tak dapat dinilai dengan pemikiran logik..Cinta contohnya, paling mudah dan paling umum..Kenapa kawan saya contohnya boleh sukakan seseorang, saya tak suka orang tuh pun, sedangkan orang itu memaparkan karakter yang sama terhadap kami berdua?Semua pastinya pernah mendengar :

`Kenapalah kau suka kat mamat tuh, mamat itu begitu, begini, kau suka jugak??'..
`Ntahlah, soal hati dan perasaan nih, bila nak datang, datang jerk'..

See?Kalau anda tidak pernah mengalami situasi begini, tengok saja dalam drama, berlambak-lambak..begitu juga soal konsep ketuhanan..kepercayaan kepada suatu konsep ketuhanan sebenarnya lahir daripada perasaan cinta terhadap Tuhan itu..dan cinta itu kan, anda semua tahu, it's undefinable, tak boleh diterangkan guna logik akal...so , I evaluated Guy's point as invalid..you can never talk about concept of God using rational thinking..coz it's related to love, and love is simply undefinable and irresistable...( Once you are caught into loving Allah, if he Loves you, you will not escape from Him )..

Satu lagi point dia..dia menjadi disbeliever sebab konsep tuhan itu tidak logik..
Hmm..bagi saya, ini suatu `jump' yang besar..anda mulanya percaya tuhan itu ada, tetapi bila anda mengkaji agama, anda mendapati konsep tuhan dalam agama-agama itu tidak dapat diterima dan terus buat konklusi : Tuhan itu tidak ada...
Oh, ada beza yang besar antara kepercayaan kepada kewujudan tuhan dan kepercayaan kepada konsep tuhan..itulah yang membezakan antara Islam, Kristian, dan agama-agama yang lain..kita semua mempercayai kewujudan tuhan tetapi kita berpegang kepada satu konsep ketuhanan masing-masing..
Guy, anda boleh sahaja menjadi believer tanpa perlu berpegang kepada mana-mana agama kalau anda mendapati bahawa konsep ketuhanan dalam agama itu tidak memuaskan anda..ramai saja orang yang macam tuh, seperti non-practising muslims & christians..anda mungkin boleh set-up agama anda sendiri kalau anda sudah menjumpai suatu konsep ketuhanan yang anda rasa sesuai dan bertepatan dengan kehidupan manusia sebenarnya..tetapi, walaupun ada banyak konsep ketuhanan, tidak mungkin semuanya betul, pasti hanya ada satu yang betul..adalah tanggungjawab anda untuk mencari mana yang betul itu, kerana kalau anda kata anda percaya tuhan,anda percaya ada initiator, tidakkah anda terfikir yang initiator itu sangat berkuasa??..

Point terakhir awak Guy..-Just, do not conclude-..
Terpulanglah Guy, dan non-believer yang lain, ini adalah suatu perkara yang tidak dapat saya tangkis dengan hujah-hujah lain lagi..Bukti sudah banyak, kesan-kesan sudah dapat dirasa sebenarnya, itu terpulang kepada anda untuk membuat keputusan sama ada untuk memikirkan kebenaran bukti-bukti itu atau menunggu lagi sehingga sampai jumpa satu bukti yang meyakinkan anda..saya tertanya-tanya, apakah lagi bukti yang anda perlukan untuk meyakinkan anda untuk membuat kesimpulan?...ya, saya berdoa semoga Awak bertemu bukti itu secepat mungkin...

Anda tidak menjawab soalan saya di dalam lecture hall itu Guy :

Since you refuse God because the descriptions of God in religions are unacceptable,
If there's no Christian, Islam, Hinduism, or Buddhism, do you believe that there is an initiator?'That's the key point of this discussion, either there's a god or not....

Pengerusi majlis kata soalan saya dah dijawab..tapi jawapannya yang tadilah : Do not conclude...

Majlis berakhir dengan ucapan penggulungan dari kedua-dua pihak, and both of them were given a large applause.
Saat hendak meninggalkan dewan, coursemate agnostic saya, yang saya ajak dari minggu lepas lagi, berpaling ( dia duduk depan saya ), menunjukkan ibu jari tangannya, tanda `best'..
Alhamdulillah, saya tidak tahu apa kesan experiment ini ke atas mereka berdua, tak sempat sembang lagik pasal ini, tapi yang pasti experimen ini memberikan sesuatu kepada mereka, bukan sekadar membazirkan masa mereka..
Cumanya, setiap kali saya jumpa coursemate saya, 1-2 hari nih, dia mesti tanya :

U are a member if COS?..
Not yet I think, but I've just joined the group on Facebook!..

Ya..COS ada facebook sendiri..Type saja : Challenging Orthodoxies Society...jumpalah nanti..
Ada event seterusnya..semester depan..tentang perbandingan agama rasanya..
Maklumat lanjut, sila rujuk COS : Facebook or its own website..
( Anyway, saya bukan AJK Publisiti COS ya, harap maklum )..
Experiment kedua ke atas coursemate saya semester depan..harapnya, mereka rela lagi untuk menjadi bahan ujikaji..:)..

Kata flatmate saya : Lebih susah mencari alasan untuk menjadi disbeliever berbanding mencari sebab untuk menjadi believer..hm
Ada banyak lagi persoalan yang sebenarnya tidak terjawab kat atas tuh..kalau anda nak jawab, silakan...

Budak-budak kolej kelapa sawit, kalau saya ambil TOK, boleh dapat excellent tak?huhu..

Sekian, syukur kepada Allah yang memudahkan segala-galanya, dan yang memegang hati-hati manusia.. Jauhkanlah kita daripada sifat riak & bangga yang menjadi virus kesucian niat dan perbuatan manusia..

Terima kasih,Full stop..

p/s : Entry yang panjaaang...maksudnya lepas nih kena rehat blogging kejapp...