Malam ini, dinner saya, Meaty Lasagna, dari PizzaCo, Oxford Road.Apa rasanya?Bolehlah, mengisi perut dengan sesuatu yang lain tanpa perlu memasak, kalau tidak asyik seketul ayam dan kentang yang murah dari Pakcik Gemini.
Meaty Lasagna. Bersama Sweet Chilli Sauce.Saya tambah sendiri.Sos cili PizzaCo x sedap.
Bila tengok lasagna nih, teringat suatu insiden yang berlaku saat saya pergi membeli makanan ini senja tadi.
Saya memang merancang nak masak, asalnya. Maka saya keluar sebentar, hajat ingin membeli susu, foil aluminium, sedikit keropok mungkin, sebab dah tak ada benda lain yang boleh saya kunyah selain hampir 50 biji tablet Calcichew yang sedap dikunyah dengan perasa orennya tetapi bahaya kalau overdose sebab setiap tablet ada 500 mg Calcium.
Bila ke kedai untuk membeli foil aluminium tuh, saya nampak PizzaCo yang selang beberapa kedai sahaja dari situ. Mengenangkan kerja yang ada lagi, mengenangkan lama juga saya tak menjengah ke situ, maka malaslah nak masak, let's treat yourself tonite!..
( Walaupun duit sekarang hanya elok-elok saja untuk bayar bil telefon dan bertahan hingga hujung bulan. Orang lain yg saya berhutang, tunggu hujung bulan nih ya :P ).
Keluar dari premis kedai yang terkenal dengan khidmat photocopy semurah 2p/copy, saya menghala ke PizzaCo.Namun di pertengahan jalan di hadapan semua kedai, saya lihat 3-4 orang berkerumun di situ.Kemudian saya nampak jugak kehadiran kereta peronda polis ambulans.
Saya turut terhenti di situ, seketika.Ada satu lembaga yang sedang terbaring di hadapan kedai muzik yang dah tutup tu.Terlindung dengan jaket, tak dapat dipastikan lelaki atau perempuan.Polis ambulans dengan sopannya mengejutkan lembaga tersebut, cuba mendudukkan dia, dan mula bertanya butir peribadinya. Oh, namanya Leo. Lelaki rupanya.
Saya bertanya kepada orang yang berada di situ, apa yang berlaku?Rupanya, mereka yang berada di situ juga seperti saya, cuma lalu-lalang di situ.Mereka nampak lelaki yang terbaring ini, seperti sudah mati, tidak bergerak langsung. Maka mereka meminta kedai photocopy tadi menelefon ambulans. Sungguh prihatin.
Berdasarkan perbualan polis ambulans dengan lelaki tersebut, seperti yang dijangka, Leo ini tidak ada rumah. Dan orang di kawasan tersebut memang selalu nampak dia meminta-minta makanan di kedai-kedai di kawasan itu.Cuma kali ini, dia nampak seperti orang yang sudah mati, tidur tanpa ada sebarang pergerakan yang menunjukkan pernafasan pun, atas jalan yang sejuk, berselimutkan jaket yang nipis, di hadapan premis yang sudah pun tamat waktu operasi hariannya, dengan 3-4 kedai makanan segera berhampirannya.
Saya tinggalkan sebentar.Masuk pizzaco.Tunggu lasagna.Tengok laporan berita sukan. Everton 0, Chelsea 1. Tak hairanlah. Kalau vice versa, baru pelik kot.
Lasagna dah siap.Saya keluar.Belok kiri.Nak balik hostel.Nampak ambulans National Health Service.Ada 2 orang tengah memapah lelaki tersebut masuk ke ambulans NHS.Yang menyentuh hati, lelaki tersebut tak boleh gerakkan kakinya langsung.Kedua-dua kakinya seperti terlekat sewaktu dipapah.Kakitangan NHS yang memapahnya cuba memaksanya menggerakkan kaki untuk memudahkan dia berjalan ke ambulans.Akibatnya ada satu ketika sebelah kakinya seperti menendang ke hadapan, seolah tak mampu mengawal kakinya sendiri.Saya tengok dari jarak yang agak dekat.Sampai pintu belakang ambulans tersebut tutup.Asalnya, nak tangkap gambar. Tapi, taknaklah. Sudah cukuplah dia sengsara dengan keadaannya yang macam tu, tak perlulah saya ambil gambarnya sebagai simpanan peribadi.Kalau Leo itu saya, rasa terhina dibuatnya kalau orang ambil gambar saya dalam keadaan tak berdaya macam tu.
Saya jalan balik rumah.Dalam perjalanan, ada kedai makan Abduls'.Kedai nasi yang sedap.Harga nasi kat situ, paling kurang 4 GBP. Saya singgah kedai pakcik Salam, beli susu.Dalam beg plastik saya, ada Lasagna dan susu whole milk 2L, harga keseluruhan 4 GBP jugak.
Saya habiskan 4GBP untuk dinner sahaja malam ini. Orang yang membeli di Abduls', habiskan paling kurang 4GBP untuk sekali makan. Leo tadik, mungkin berhempas pulas melawan kesejukan dan pandangan hina orang lain, meminta-minta dan merempat dari satu kedai ke satu kedai, hanya untuk mendapatkan sesuap cebisan makanan.Dan mungkin, hanya secebis sahaja yang dia dapat, dalam sehari.Mungkin kerana itu, dia berhibernasi, di mana sahaja kakinya berpijak.
Ini postulate saya.Tak tahulah kes betulnya macam mana.
Antara dua darjat.Enjoyment and suffer.Wujud di atas satah yang sama.Bukan hanya di Manchester.Kuala Lumpur apatah lagi.Sejauh mana pun kemajuan sesebuah negara, sejarah, dan keadaan sekarang membuktikan, tetap akan wujud golongan yang dengan seronoknya menikmati kehidupan, dan tetap akan wujud golongan yang asyik bertanya : bilakah aku akan mati untuk mengakhiri penderitaan ini?
Saya harap Lim Guan Eng dapat benar-benar merealisasikan apa yang dia katakan : ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.Khalifah yang pada zamannya, walaupun hanya dua tahun, namun tiada penduduk yang layak menerima zakat.Wang zakat berlebihan..
Khalifah Umar Abdul Aziz bukanlah seperti Khalifah Umayyah lain yang terkenal dengan perluasan kuasanya, ataupun terkenal dengan kehebatan perkembangan ilmu pada zamannya.Umar Abdul Aziz sangat terkenal dengan keadilannya, mengutamakan rakyat dan tanggungjawab sebagai pemerintah.Dan pada zaman inilah, seluruh rakyat, menikmati kehidupan yang baik..
See, lihat bagaimana nak membolehkan seluruh rakyat menikmati pembangunan?Dengan menjadi ADIL.
seluruh Rakyat itu, umpama badan manusia.Fitrahnya, manusia itu berkembang, dan membangun, dari kecil, sehingga besar.Segala projek-projek pembangunan,Rancangan Malaysia,Koridor-koridor,Projek mega, hanyalah substrat yang akan bertindak balas dengan enzim-enzim dalam badan Tanpa distribution substrat yang seimbang dan adil dalam badan, dari jari kaki, ke kulit kepala,maka metabolisme juga tidak seimbang.Akibatnya, tangan mungkin membesar kerana begitu aktif sel-selnya bermitosis,kaki pulak mungkin mereput,apabila sel-sel yang mati tidak diganti. Rakyat mungkin bangga, dengan tangan yang besar,boleh masuk boxing,senjata tumbukan maut. namun apakah gunanya, kalau tidak mampu berdiri untuk lawan boxing, dengan kaki yang mereput tuh?..Seorang rakyat mungkin boleh berasa bangga, melihatkan unjuran-unjuran ekonomi, melihatkan tingginya peratusan GDP,melihatkan ramainya pelabur asing yang datang, namun apa gunanya kalau tiada wang yang dirasa di tangan??..Apa gunanya kalau harga minyak tak naik tapi harga beras naik mendadak?..
Dulu PM cakap : harga minyak naik, ubah cara hidup.
Sekarang : Harga beras naik, mari ubah cara hidup, tolak nasik tanam jagung,tanam ubi keledek.
Atas sebab semua inilah, maka wujudnya gagasan, mewujudkan negara berkebajikan, mengutamakan rakyat dalam semua hal. Dalam soal kesihatan misalnya, sistem National Health Service yang dilaksanakan di UK, merupakan antara contoh yang sering dilihat, sebab kebanyakan servis terutamanya untuk golongan yang susah, adalah percuma.Untuk stop smoking pun,percuma.Untuk international student pun, boleh mohon untuk dapatkan khidmat rawatan percuma.Sekolah anak-anak postgrad pun, percuma..bersalin pun, percuma.Balik Malaysia mau kena RM 1000 lebih..
Namun, dalam nak ambil contoh negara berkebajikan nih, kena ambil yang baik, kaji betul-betul sistemnya.Sebab NHS pun dah terbukti ada lompong dalam perlaksanannya.
Saya bukanlah orang yang banyak sangat membaca.Cuma pasal NHS ini, saya baru seminggu dua belajar Self Care, satu mekanisme yang diterapkan oleh Department of Health UK,untuk menggalakkan rakyat menjaga kesihatan sendiri, untuk mengelakkan pesakit daripada terus-menerus menyerbu NHS centre, because NHS is running out of resources...Servis yang percuma menyebabkan orang tidak menghargainya. Wujud kumpulan yang digelar, Doctor seeker.Mereka nih, dalam apa jua hal pun, sakit sikit-sikit saja pun, pergi cari GP.Akibatnya, kebanyakan doktor hanya berurusan dengan penyakit batuk-demam, dan kurang masa untuk pesakit lain yang lebih kronik. Dan jugak, NHS masih tetap kena bayar untuk GP's yang berurusan batuk-demam nih, sedangkan batuk-demam nih boleh diatasi sendiri kalau patient pergi saja ke pharmacist mintak Over The Counter Medicines, consult saja dengan pharmacists.NHS is running out of money for very simple diseases. Jadi kerana itu Department of Health mewujudkan Self Care, to educate patient to treat themselves in case of minor ailments, tak perlulah benda kecik-kecik pun nak jumpa GP. In one way, this reduces the payment that NHS need to pay to GP's, dan mewujudkan masyarakat yang sihat secara keseluruhan..
Beruntung jugak kita nih negara yang tak membangun sangat. Kita dapat lihat apa yang negara membangun telah lakukan,ambil pengajaran, dan improvise..Masalah yang dihadapi oleh NHS sekarang membuktikan bahawa, PERCUMA walaupun nampak dan dengar macam best, tapi dalam jangka masa panjang,kebajikannya tidak mampu berterusan.Perlu diingatkan dan ditekankan bahawa untuk menjadi sesuatu yang berkebajikan, maka pokok pangkalnya bukannya PERCUMA, atau SUBSIDI,atau HADIAH atau BONUS atau GANJARAN tetapi ADIL, iaitu meletakkan sesuatu perkara,sesuai pada tempatnya...
Licin.Selepas 15 minit.
Saya tengok bekas lasagna yang kosong nih. Masih ada sisa.sedikit.Saya mungkin basuh saja bekas nih,dan simpan.Atau kalau malas nak simpan, buang saja untuk recycle.Bekas plastik tak elok pakai banyak kali.
Tapi orang-orang seperti Leo, ataupun pengunjung setia tong-tong sampah besar di lorong-lorong belakang di Kuala Lumpur, mungkin mengharapkan saya buang bekas ini terus, tanpa cucian, dengan sisa yang masih ada.Kerana mungkin, mereka dapat menikmati, cebisan yang saya tinggalkan, dalam bekas ini..
Yang mana satu, patut saya buat?..
Wallahua'lam.Alhamdulillah kepada Yang Maha Kuasa, yang memberi ilham, melalui perantara bernama Leo, di luar PizzaCo..
Terima kasih.Full stop.
p/s : Jadilah manusia yang berfikir tentang kejadian di sekitar kamu.
Tapi orang-orang seperti Leo, ataupun pengunjung setia tong-tong sampah besar di lorong-lorong belakang di Kuala Lumpur, mungkin mengharapkan saya buang bekas ini terus, tanpa cucian, dengan sisa yang masih ada.Kerana mungkin, mereka dapat menikmati, cebisan yang saya tinggalkan, dalam bekas ini..
Yang mana satu, patut saya buat?..
Wallahua'lam.Alhamdulillah kepada Yang Maha Kuasa, yang memberi ilham, melalui perantara bernama Leo, di luar PizzaCo..
Terima kasih.Full stop.
p/s : Jadilah manusia yang berfikir tentang kejadian di sekitar kamu.