Assalamualaikum warahmatullah..
Akhirnya,selepas seminggu lebih,saya berjaya jugak menulis post yg baru.Ini rekod paling lama saya tidak menulis setakat ini,seminggu lebih.Mintak maaf,saya terlalu sibuk,dengan mcm-mcm perkara..Tapi,saya terkejut jugak harituh apabila selepas 3,4 hari tak update blog,seorang member bertanya : `Bila nak update blog?'...mcm manalah saya nak menulis blog kalau essay tak siap lagik?..skrg bila essay dah setel,barulah boleh tulis blog..tapi after this pun,ada byk keja nak buat,huhu..moga Allah memudahkan segalanya..
Ok..dalam seminggu lebih nih,saya rasa antara berita paling popular di Malaysia ialah tentang Keputusan SPM..hmm..mcm-mcmlah..bermula dengan spekulasi 19 1A seminggu sebelum SPM,diikuti keputusan sebenar : Hanya 14 1A..Diikuti berita pelajar 15 thn dapat 17 1A,then yang paling membanggakan tapi paling kurang digembar-gemburkan : Adik Siti Fatimah Mukhtar,pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan,mendapat 17 1A,1 2A..dan hafal 13 juzuk al-Quran..Allahuakbar,Allah menolong hamba-hambanya yang berusaha ke jalan-Nya..wahai Adik Siti Fatimah,if ever u read my blog,jangan bimbang,walaupun anda tidak dilantik menjadi duta kepada apa-apa persatuan,ataupun dipaparkan di muka hadapan akhbar,sesungguhnya rakyat Malaysia YANG BERFIKIR tahu bahawa anda sepatutnya menjadik PELAJAR TERBAIK SPM MALAYSIA..( Secara directnya saya kata akhbar2 Malaysia TAK TAHU BERFIKIR, atau TAK NAK BERFIKIR,betulkan? ).
Saya tidak tahu kenapa hebahan keputusan spm dan penghargaan kepada pelajar cemerlang SPM sangatlah pelik tahun ini,anda mungkin lebih tahu kenapa..yang saya sedar,kalaulah sistem pendidikan terus dicampur aduk dengan masalah sistem perbezaan politik,sampai bila-bila pun perkembangan ilmu itu akan terbantut..takkanlah kita mahu melahirkan seorang lagi Galileo Galilei yang menemui fakta bahawa bumi beredar mengelilingi matahari,tetapi dia dihukum oleh gereja kerana pendapat itu bertentangan dengan gereja?..
Cukuplah kot..saya nih pandai kritik org jerk,dahlah saya bukan expert..tapi,ikut suka sayalah kan?Ini blog saya,dan saya memberi peluang untuk anda mengkritik saya,ikut suka anda..saya mahu belajar dari kritikan-kritikan anda..
Hmm..about SPM result..a record this year,2 students got 18 A'S..one student took 19 subj..saya teringat,Mr Loo,cikgu Physics saya kat Sunway dulu,pernah sebut time result SPM Nur Amalina Bakri yg 17 1A tuh keluar :
`I see that students tend to take more and more subjects now..in one or 2 years time,sure there'll be students taking up to 20 subjects'..
True Mr Loo.In just 2 years time,a student attempted to take 19 subjects and got 18 A'S out of them..since the maximum subject allowed by Exam Board is 21,in 2 years time sure there'll be students getting 20 or 21 A'S..tak caya?kita tengoklah nanti.
At the first place,I'm impressed with those students.Saya dulu amik standard 11 subjek pun rasa nak botak kepala,apatah lagik ambik 17,18..fuh,hebat-hebat..tahniah-tahniah..
Tapi,buat apa amik banyak-banyak subjek nih?..One of the reasons,to expand academic ability..another one,to challenge ourselves..another one,to challenge the best students in previous years..hmm..
Betullah reasons tuh.Tapi saya tengok,ada jugak reason lain yg lebih `memaksa',that is to GET A SCHOLARSHIP..setiap tahun,bilangan pelajar pintar semakin bertambah.Jadik kalau ada seorang student mendapat 9 1A,seorang lagik 15 1A,dua-duanya straight A'S..jadik yg mana akan dipilih dulu?if by JPA,JPA will choose the 15 1A's one..that's one I see in my batch,SPM 2003..Student amik banyak-banyak subject to increase the probability of being sponsored,sedangkan untuk peringkat seterusnya mereka mungkin hanya akan menggunakan 3,4 subjek drpd subjek2 yg diambil time SPM tuh..banyak kawan-kawan accounting saya mengambil subjek2 sains sewaktu SPM..and most of them just forgot those science subjects now..so what's the purpose of taking an exam if u forget what have u studied after that?what's the purpose of studying those subjects for 2 years just for 2 hours exam,and u don't touch those subjects at all after the exam?..rugi,rugi masa,rugi duit mak bapak bayar yuran exam..
Saya analyze satu-satu bagaimana saya study for SPM..belajar dgn tujuan nak excel SPM..SPM nih penting sebab kalau anda dapat phD pun tapi takder spm,anda takleh keja di Malaysia..3,4 bulan sekalik,ada exam,ada test..kalau dapat jawab exam or test dgn excellentnya,maka saya dikira ok sedangkan soalan itu mungkin dah bocor atau dah sangat-sangat popular..pastuh bila masuk form 5, struggle lagik sebab sekolah target nak habiskan silibus by august,nak trial exam..after trial,exchange exam papers,jawab soalan lagik..bila dah soalan itu common,maka mind pun set : these are spot questions..kemudian datanG spm,jawab soalan lagik,kalo kuar soalan spot tuh jawab dgn happynya..kalo sekali tak kuar soklan spot tuh,semua students jawab dgn haru-biru giler,tapi akhirnya ramai gak org dapat A sebab graf diturunkan( this happened to history I think,2003)..after SPM,yey-yey,time to enjoy!..aduhai,kesimpulannya,saya belajar SPM cuma untuk menjawab soalan-soalan..dan sesetengah soalan SPM tuh memang saya dah jawab time trial,time exchange exam papers..aduhai bodohnya saya!..tapi inilah cara yang telah menilai saya,dan menilai anda semua..
Tak ubah mcm teknology doraemon..anda tahu apa teknologi itu?..
Saya dan adik beradik saya adalah pengumpul koleksi doraemon yg setia,sejak kami sekolah rendah lagik.Kami beli komik doraemon setiap edisi,dari edisi 1 sampai edisi 40 lebih..itu tidak termasuk lagik edisi `Cerita Panjang Doraemon' yg ada 10,11 judul rasanya..tapi skrg semua mak dah dermakan kepada `kanak-kanak' lain yg lebih sesuai baca komik-komik tuh..tapi marah adik saya bila mak dermakan komik-komik tuh,sebab seronok..
Dalam edisi ke 8 kot,ada 2,3 pages yg menceritakan teknologi-teknologi yg doraemon ada,antaranya Pintu Suka Hati,Mesin Cahaya Masa,Pokok Kacang Jack..dan ada satu device yg tak kurang bestnya..yg berbentuk ROTI.
Roti ini hebat.Anda boleh tekapkan roti itu ke buku-buku anda.Nota-nota akan disalin ke roti itu.Kemudian anda makan roti-roti itu..secara automatiknya anda dapat ingat roti-roti itu..seolah-olah substrat roti itu tak masuk digestive tract langsung tapi terus ke neuron..wah,hebat-hebat..kalau Nobita tak study atau paham pun,makan roti itu terus boleh ingat..
Itulah jugak kita.Tak kisahlah kita betul2 paham topik atau subjek itu,tak kisahlah kita seronok ker tak dengan subjek tuh,tak kisahlah kita dapat relate topik itu dengan life kita atau tak,janji kalau dapat jawab exam dgn excellentnya,maka dah OK..dan after exam,kita pun lupa.tak ubah mcm Nobita yg makan roti tuh banyak-banyak sekaligus,and after that dia sakit perut,muntahkan balik roti-roti tuh,dan tak ingat satu apa dah..aduh,tak sangka saya mengikut jejak langkah Nobita..( Sekarang,saya sedar,Doraemon memang penuh dengan sindiran )
Saya masih mencuba,setiap masa mempurify niat saya bahawa saya belajar setiap subjek bukannya untuk exam.Saya mahu belajar dengan seronoknya,dengan penuh pahamnya,thinking out of the box..terus terang,kadang kala saya tidak mempercayai sistem exam ini..because sometimes the exams set up your mind in one way of thinking,restict your creativity and ability..memanglah,kalo subjek sains,kenalah jawab factual..tapi cikgu Bahasa Melayu saya pernah kata :
`Saya bosan mendapat isi-isi yg sama dalam karangan-karangan pelajar.Tak kreatif'..
Betul.Kalau karangan itu bertajuk `Cara-cara menangani gejala sosial'..maka student akan jawab : pendidikan agama,media massa,kawalan keluarga..:..kalo ada 100 exam script,99% kot akan jawab mcmtuh..bukannya tak betul,saya pun jawab gitu..tapi,takdak ka benda lain?takder ker yg terfikit perkara lain?..nak buek mcm mana cikgu,dah diajaq mcmtuh,skema exam pun kata mcmtuh..how could we expect more? ( skema exam pun satu,sometimes kita rasa dah confident,yakin jawapan kita betul,ada reason yg jitu,tapi tak diterima sebab takdak dalam skema.Aperkah ini?belajar supaya dapat memenuhi skema?Sampai bila-bilalah skema exam itu memandomkan cara kita berfikir dan belajar)..
Hmm..panjang dah saya komen.Walau berjuta-juta lemon pun saya komen,inilah sistem yg telah membentuk saya,menilai saya,dan memilih saya,dan anda semua,untuk sampai level skrg.Saya tidak dapat menyalahkan sistem dan cara ini 100%..kerana saya yakin,org2 yg mula-mula mengasaskan sistem ini adalah sangat bijak,bagus..dan inilah cara terbaik yg dapat mereka fikirkan untuk menilai pelajar dan memilih yg terbaik..dan saya pun cuma sedar tentang sistem ini setelah lebih 12 tahun dbentuk oleh sistem exam nih..maka apa yg boleh saya lakukan skrg ialah,mengubah cara saya berfikir dan belajar..supaya saya tak jadik mcm Nobita..saya harap anda jugak tak jadik mcm Nobita yg memuntahkan kembali roti-roti ilmunya kemudian tak ingat apa..
Walaupun kita kata taknak belajar untuk exam,tapi bila dapat teruk,kita sedih gak.aDUH nak buek gena,kita masih dinilai berdasarkan exam-exam ini..but we must ensure that we'r not confined to exams only..
Kenapalah takder org yg pernah kaji dan ikut sistem yg telah melahirkan Ibnu Sina,al-Khawarizmi,ar-RAZI..sedangkan sistem yg mereka ikuti telah membolehkan mereka menguasai ilmu sains dan falsafah dalam masa yg sama..hebat,menguasai kedua-dua ilmu otak kiri dan kanan..all rounders beb..
As usual,taking a deep breath after a serious thought. I still have at least 2 exams per year for the next 3 years..and one exam at the end of provincional year ( pre reg year)..sabor jerlah..semoga exam-exam ini tidak me'nobita'kan saya...dan semoga exam-exam anda tidak menobitakan anda jugak..
Sekian.Full stop.
Saturday, 17 March 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
"kawan2 amik accounting belajar gak subjek sains mase spm dulu"..adoii..terkena batang hidung. After Pdc2 haritu, rase cam rugi sangat belajar mase spm dulu..coz matlamatnya adalah untuk excel dalam exam, bukannya untuk betul2 ambik pengetahuan dan isi kandungannya. Tapi takper, skrg dah tau, dan bleh amik iktibar. Dan tgh berusaha memecahkan bola besi dalam diri supaya fikrahnya lebih indah dan diberkati, mudah2an hendaknya.
betul kata nadiah, ilmuan dhlu byk benda yg diorg belajar
maka skrg, marilah kita belajar di luar kepakaran...kita xbelajar agama sbb nk jd ustaz/ustzh (klu jd bagus juga walaupn dlu2 mgkn belajar sbb nk jwb exam, tp knpa kita belajar juga ttg Islam? sbbnya kita nk jadi hamba Allah yg punya aqidah yg benar, nk buat amal yg baik dsb..(insyaAllah)
benda2 lain juga brmanfaat, walaupn bukan bidang kita...
lihat setiap perkara krn iman, utk jalan kebenaran, pasti ada gunanya dan ada kiraannya
KERANA ISLAM ITU ADALAH SEGALANYA
sbb itu ilmuan2 dulu, apapun yg mereka usahakn,/belajar, pasti direlatekan dgn islam
bersemangat sggh baca entry ni
ya fattahu ya 'alim, iftah qulubana futuhal'arifinn...
eh... bukan buku no 8 lah.. buku no 6 rasanya..
eh, ke mmg btol buku no 8? ke no 6? ke 8? ke 6? hoho..
tp yg pasti is dalam buku tu ada cerita pasal kapal selam and puting beliung mini..
so dah ingat buku no berapa?
Post a Comment