Thursday, 2 August 2007

Mencari Ketenangan..

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini hari Rabu, 2/8..

Alhamdulillah Hari Isnin pagi yang lepas, saya selamat sampai setelah travel ke area KL-Selangor-Kuantan selama 2 minggu..

Ada orang yg kata, rajinnya saya berjalan ke sana sini..

Ya,saya akui, lepas balik travel nih, saya hampir bankrap,sebab duit banyak habis naik-turun bas, LRT, Teksi lagik..

Tapi saya puas hati, sebab saya dapat jumpa kawan-kawan yang dah 3-4 tahun tak jumpa, sedara yang dekat 10 tahun tak bertemu,dapat menceriakan kawan-kawan sekolah yang tahun lepas merungut sebab bila saya nak fly,saya tak bagitau mereka pun..maaflah, waktu tuh sangat-sangat kalut..

Ada jugak yang sindir saya, katanya saya pun dah buat tabiat orang putih, berjalan ke sana sini,mentang-mentang ada duit..

Heh.statement itu separuh benar, saya memang suka travel dari dulu lagik,Cuma dulu tak cukup budget nak berjalan sesuka hati..tahun depan nampak gayanya saya kena kerja dulu sebelum balik kalau nak berjalan mcm nih lagik..

Saya berjalan untuk berjumpa kengkawan dan sanak-sedara..

Ada orang berjalan sebab nak tambah pengalaman, ada yg nak shopping..ada jugak nak cari ketenangan..

Hmm..mencari ketenangan?..
Mencari ketenangan mestilah kerana berserabut kepala kan?..
Hmm…realitinya..banyak antara kita yang ada penyakit `tak tenang’..

Ibu bapa saya merupakan ahli farmasi dan mengusahakan farmasi senirik.
Pada suatu hari ibu saya didatangi seorang bapa yang membawa prescription :

`Risperdal 1 mg solution’..

Ibu saya Tanya, ubat ini untuk sapa..rupanya untuk anak pakcik itu yang baru tingkatan 5 di sebuah MRSM di utara nih..

Ibu saya tak terkejut sangat, dia dah biasa..tak tahu anda akan terkejut ker tak..Risperdal ialah UBAT TIDUR..maknaya, anak pakcik itu kini di bawah rawatan psikiatris, sebab itulah psikiatris prescribe ubat tidur..dan the dosage form is liquid, sebabnya si anak itu kata, dia tak sakit, kenapa nak makan ubat?jadik di ayah tuh kenalah sembunyi-sembunyi campur Risperdal tuh dalam air si anak tuh supaya anak dia amik jugak ubat tuh..KESIAN..

Itu satu kes saja..ada banyak lagik kes lain..ada budak-budak sekolah yang overdose ubat tidur seperti Stilnox dan Paragin Forte untuk tenang,ada yang sengaja makan ubat selsema banyak-banyak..yerlah,ubat selsema yang murah kan mengantuk, mcm Became,Polarax,Polarine..

Orang yg under psikiatris nih..selalunya kita tak nampak yang dia sakit..kita memang nampak dia normal..dia makan, tidur, solat lagik..Kadang-kadang kalau dia senirik kata dia sakit, kita susah nak percaya, kita mungkin akan anggap dia buat alasan..tapi, hanya orang yang pernah mengalami dan orang yang pernah berhadapan dengan kes sebegini yang tahu kesakitan itu

Dalam masyarakat kita, kita mungkin hanya akan anggap seseorang itu mengalami tekanan jiwa, tekanan perasaan apabila orang itu dah dimasukkan dalam wad sakit jiwa , apabila orang itu dah mengamuk-ngamuk lupa diri, sanggup lari ke sana-sini..waktu tuhlah,baru kita sibuk-sibuk nak mengakui bahawa orang itu sakit,orang itu perlukan perhatian..

Tapi normally, penyakit ini bermula secara senyap..tapi masalahnya, bila senyap ini, orang tak berapa memberikan perhatian..bila dah jadik teruk mcm apa yang saya sebut di atas, baru nak sibuk-sibuk..tapi nak buat apa?

Penyakit tekanan jiwa nih, mcm sakit kanser..selalunya orang tak sedar..bila pergi check, tengok-tengok dah sampai stage 3-4, tengoklah azean Irdawati…

Orang yang sakit begini..kesian…selalunya symptom awal mereka,malam-mlam tak boleh tidur..kalau tidur, mereka mimpi buruk..mimpi buruk sangatlah..mereka mimpi jumpa mayat,mereka mimpi nak bunuh orang, mereka mimpi nak dibunuh orang, mereka sedar mereka berada di alam mimpi dan mereka nak keluar dari alam tuh tetapi tak boleh..dan bila tersedar, mereka ketakutan,tak boleh tidur dah..sebab tuhlah, ada yang memang kena amik Risperdal setiap malam supaya mereka tak mimpi buruk..tuh pun kadang-kadang, dosage yang doctor beri tak cukup, mereka overdose lagik…

Mereka juga, bila dah tekanan sangat..ada keberanian yang sangat-sangat luar biasa..sebab itulah mereka sanggup buat apa sahaja ikut kepala otak senirik..ada yang sanggup lari dari rumah, yang perempuan pun, ada yang sanggup ikut lelaki, sanggup berjalan tengah-tengah malam seorang diri..sanggup overdose sebab nak pengsan..ada yang sanggup bunuh kawan senirik, mcm apa yg jadik kat Mesir tuh..

Itulah namanya..TEKANAN JIWA..mereka yang mengalami masalah ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih..and most of the case,after recover,bila datang balik perkara-perkara yang menimbulkan tekanan, mereka sakit balik..Ia boleh jadik penyakit sepanjang hayat kalau tak dirawati betul-betul..

Kenapa boleh jadik tekanan jiwa ini?..Hmm, bermacam-macam sebab..

Ada satu kes..dalam sebuah keluarga..Mak Bapaknya baik, ada reputasi tinggi..anak-anak pun semuanya alhamdulillah berjaya,terkenal jugak…tapi ditakdirkan, si adik bongsu mengalami masalah tekanan jiwa..
Banyak orang tahu, yang keluarga itu ada masalah dalaman, saya pun tahu..tapi yang saya peliknya, si kakak-abang tak jadik mcm tuh pun, tabah dan tough jerk..
Malah si kakak-abang nih pun selalu hairan, kenapalah adik mereka jadik mcmtuh?si Mak-Bapak lagiklah heran..
Jadik si kakak-abang nih pun sometimes kata Harsh jugaklah kat adik diorang nih, bukannya apa, sebab taknak tengok dia lembik,mereka semua menghadapi masalah yang sama, malah kakak-abang nih ada beban yang lebih besar di atas bahu mereka, tetapi kenapa adik mereka nih ikut sangat perasaan?Akibatnya si adik nih selalulah dibebel sebab ikut perasaan sampai jadik tekanan tuh..

Hmm..inilah silap kita, silap si abang-kakak tuh jugak, silap kita kerana memandang bahawa si adik tuh mesti jadik mcm si abang-kakak tuh jugak,sedangkan hakikatnya, level setiap orang itu tidak sama!..

Ketika segala masalah berlaku dalam keluarga mereka, si abang-kakak dah besar, dah sekolah menengah..mereka sudah sibuk dengan aktiviti senirik, dah ada penggantungan dengan kawan-kawan, dah boleh menjadikan aktiviti sekolah sebagai satu jalan keluar kepada tekanan yang mereka hadapi di dalam keluarga..

Tetapi si adik, dia baru umur berapa? Dia baru umur 10 tahun..dia masih bergantung kepada ibu ayahnya, dia masih nakkan perhatian daripada individu-individu lain dalam keluarga..tapi bila dah jadik mcmtuh, dia tak tahu nak bergantung kat sapa, perasaan kecewa, sedih,terkilan,dendam semuanya bercampur-campur dan terpendam lama di dalam hati..akhirnya bila dah terpendam lama sangat, bila tiba masanya, Gunung berapi itu pun meletup..dan barulah orang lain pun nampak,si adik itu ada masalah!..

Saya percaya, orang yang membaca blog saya adalah orang yang waras..yang insya-Allah bukannya pesakit psikiatris..yang insya-Allah, tahu bahawa hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang…

Tapi..tak semua orang paham bahawa ketenangan itu datang dari Allah..jadik sebab itulah, tekanan jiwa,sakit mental menjadik satu masalah yang semakin menular..among primary school kids pun ada..

Kesian..Kesian sangat kat mereka..Kebanyakan mereka tidak imun terhadap tekanan, datang tekanan kecik sahaja, mereka dah down sangat-sangat..

Mereka sesetengahnya boleh menerima kata-kata nasihat kita..bila kita bagi kata-kata semangat,dia kembali bersemangat..tapi bila ada tekanan sikit, mereka down sangat-sangat, seolah-olah impak kata-kata semangat tadik sangat-sangatlah ciput, menyebabkan dalam seminggu, mungkin 1 hari mereka bersemangat, 6 hari mereka down balik…

Orang mcm nih..kita kena banyak bercakap dengan dia..itulah apa yg orang kata, betul, memang betul..

Tapi kadang-kadang, susah bila nak bercakap dengan diorang nih..kita mahu mereka berfikir secara praktikal, bahwa hidup ini memang ada masalah..tapi mereka pulak sangat-sangat dipengaruhi oleh masalah itu..kadang-kadang kita rasa taknak layan, sebab rasa mcm apa yg mereka luahkan itu tak logic dan kita tak boleh terima..sebab itulah bagi pesakit sebegini, orang yang paling mereka suka jumpa ialah psikiatris..sebab psikiatris memang pandai bersembang dengan mereka..

Memang tabik springlah dekat psikiatris..mereka mampu tune otak mereka untuk fikir mcm apa yang pesakit tuh fikir..Orang Normal biasanya tak mampu, sebab we used to adopt to one way of thinking and living, not thinking out of the box…

Hmm..kepala saya dah rasa berat..dah lama saya tak tulis benda yang serius..Saya tulih nih berdasarkan apa yang saya tahu, apa yang saya tengok, apa yang saya faham..alhamdulillah, saya rasa saya ini Normal..tapi kita jangan sombong dengan kenormalan kita ini, jangan pandai-pandai nak mengata,nak mengutuk, orang itu gila, orang ini tak betul, orang tuh tak waras..kerana kita tak tahu apa yang bakal terjadi di masa depan..silap-silap, otak kita jadik lebih tak centre..Nauzubillah..

Cuma boleh berdoa, dan beringat, bahawa hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadik tenang…

Sekian. Full Stop.


p/s : Saya telah cuba menulis entry ini sebanyak 3-4 kali sebelum ini, tapi semuanya stuck di tengah jalan..alhamdulillah kali ini berjaya, bak kata Si Kucing Belang, Ilham itu kerja Langit…

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wbt:) nadiah..

u never fail to write a very lllllllllllooooooooonnnnnnnnnnggggggg and meaningful entry...heheh

alhamdulillah, berjaya juga ana habis membacanya

selamat bercuti ~dayah~

Anonymous said...

bagus infonye..lebih2 lagi perkatan serinik tuh (^_^)

teruskan usaha, dlm sgla2nya

mr bLiNc said...

salam..

hmm, best jugak baca artikel cik nadiah ni.. x sgka plak hebat segini orgnya.. slama sy kenal, x prnh sy dgr kata2 camni yg kluar dr mulut dia ni.. myb dgn bdk laki dia kurg skit kot.. maklum la mnjaga diri kn..

well nadiah, nice entry.. mmg hebat.. just tanyakan pd diri sndiri, betul ke saudari nk jd ahli farmasi?? xnk jd psikiatris ke?? kaunselor?? hehe.. saje je nk main2.. jgn marah ye..

well my fren, need 2 go.. wassalam..

Anonymous said...

hoho..salah ejaan rupenye..senirik..
tbe2 mlm ni rindu pula kt nadiah..
eheh(^_~)