Tuesday, 6 March 2007

Cukuplah kita menjadi kanibal!!

Assalamualaikum warahmatullah..

..Sebetulnya di satu program saya diminta menyampaikan KULTUM(Kuliah 7 minit) berkisar tentang wasiat ke 8,9,dan 10 Hassan al-Bana..tapi sebab tak sempat,maka saya pun `terlepas' dari berkuliah,hehe..saya sampaikan kat sini jerklah,insya-Allah tak sampai 7 minit pun..

Wasiat Kelapan Hassan al-Bana :
Saudara jangan mengumpat seseorang,jangan merendahkan sebarang pertubuhan, dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

So,apakah sebenarnya mengumpat ini?Menurut Hassan al-Bana,mengumpat bermaksud menyebut sesuatu tentang seorang muslim di luar pengetahuannya,yang mana kalau ia mengetahui apa yg dikatakan itu,dia akan dibenci dan berasa sakit hati sekalipun ia merupakan sifat yg benar..

Contohnya : Lotus berkata kepada Wolksagen : `Tahu tak,Wira itu hampeh.Setiap kali accident jerk mesti jatuh bumper '..
Aduh...memanglah betul Wira itu setiap kali accident memang jatuh bumpernya( Ini betul ya,setiap kali saya nampak Wira accident sure bumper dah jatuh)..tapi kalau Wira tahu yg Lotus dan Wolksagen tuh dok kata gitu kat belakang,sure dia sakit hati..

katakanlah kalau anda ini selalu berdengkur sewaktu tidur,sure anda sakit hati bila roomate awak cerita kat org lain : roomate saya,si polan bin si polan nih selalu berdengkur..unless kalau awak tak kisahlah cerita berdengkur awak diketahui org lain..:P.

Dalam al-Quran Allah memang terang-terangan mencela org yg mengumpat.Dalam surah 49,ayat 12 :

`Dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yg lain.Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati,maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya,dan bertakwalah kepada Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang'..

Directly, Allah menyamakan orang-orang yang mengumpat ini seperti anjing.Kerana apa?Kerana anjing yg makan bangkai...tapi saya rasa anjing pun tak sanggup nak makan daging manusia,kerana daging manusia itu adalah daging yg paling tak boleh dimakan..yerlah,manusia kan makan macam-macam..jadik dagingnya jugak paling banyak kerenah,mungkin paling banyak penyakit..sebab itulah kajian saintifik menunjukkan bahawa kanibal memang akan develop penyakit ( saya tak sure penyakit apa,Sunway-Ian sila rujuk AFK)..

sAYA rasa sepanjang dekat 21 tahun saya hidup,saya banyak jugak mengumpat...aduh,hinanya saya,ntah berapa banyak daging saudara saya sendiri yg saya telah makan..dan mungkinkah perbuatan `kanibal' saya ini yang menyebabkan banyak penyakit hati membarah dalam diri saya..susah terima ilmu,susah buat baik,senang buat jahat..aduh,bahana `kanibal'..
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya telah boleh makan bangkai manusia..sedangkan nak pegang bangkai haiwan pun boleh termuntah-muntah,apatah lagik MAKAN BANGKAI MANUSIA..manusia itu kan,kalau menjadik bangkai,pasti menjadik bangkai yg paling busuk sebab manusia nih makan macam-macam..bayangkan kalau anda jugak pernah mengumpat,pastinya anda juga pernah menyertai saya meratah bangkai yg paling busuk di alam semesta!..adoih..( busuknya,kejinya,hinanya saya rasa bila menulis mcm nih..)...

Saya rasa perbuatan mengumpat adalah perbuatan paling mudah kita lakukan..sebabnya apabila kita melihat di sekeliling kita,kita mudah mengomen,mengomel tentang sesuatu keaiban yg berlaku,seterusnya menceritakan keaiban itu kepada org lain,dan kemudian cerita itu tersebar-sebar..aduh,terjadilah `kenduri makan daging manusia'..dan semakin membarahlah penyakit-penyakit hati yg lahir dari kanibalisme ini..

Jadi kalaulah keaiban itu tidak boleh diceritakan,mcm mana nak mencegah atau membaiki keaiban yg berlaku itu?

Sebab itulah syarak mengharuskan perbuatan mengumpat untuk beberapa tujuan,antaranya :

1. kERANA Menuntut keadilan.Sesiapa yg disalimi diharuskan mengumpat org yg menzaliminya di hadapan org yg dapat menghapuskan kezaliman itu.

2. Kerana meminta pertolongan untuk menghapuskan kemungkaran.Contohnya kita cerita kat Ustaz kita tentang keburukan yg rakan kita telah lakukan supaya ustaz dapat tolong rakan kita meninggalkan perbuatan jahat itu.

3.Kerana memberi fatwa.Contohnya kita berasa musykil tentang hukum tingkah laku manusia,sama ada ia halal atau haram,maka kita boleh menyebutkan perkara tersebut kepasa org alim tentang tujuan syarak supaya org alim itu dapat menjelaskan hukum syarak terhadap perbuatan itu.

4. Kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan.Contohnya apabila kita mengetahui ada kumpulan membawa ajaran sesat yg bertentangan dgn ajaran Islam,kita tidak diharamkan memberi amaran kepada orang-orang Islam tentang bahaya kumpulan itu.

5.Kerana mengisytiharkan kefasikan.Fasik maksudnya berterus-terusan melakukan kejahatan.sIAPA yg terang-terangan melakukan maksiat,tidaklah haram mengumpatnya sebab org itu sendiri telah mendedahkan kejahatannya sebelum org lain mendedahkannya.

Maknanya,mengumpat ini diharuskan dalam usaha mencegah kemungkaran ya?..tapi saya notice,kengkadang usaha kita nak mencegah kemungkaran ini pun,berakhir dgn kemungkaran gak..bagaimana?..

Saya notice..(and sometimes I involved)..bila contohnya kita tetiba terserempak rakan kita buat benda yg tak sepatutnya..hati ini meronta-ronta untuk cerita dengan rakan kita yg lain,sebab kita rasa rakan kita tak sepatutnya buat begitu..tapi selalunya bila berdiskusi begitu,it ends up with sorang cerita itu,sorang cerita ini,saling menambah cerita tentang keburukan rakan yg sorang ini..and at the end,no action is taken!!..aperkah?..bukannya dapat menyelesaikan apa-apa,sebaliknya saling menambah dosa mengumpat..

Dan selalunya dalam kita nak menegur rakan kita yg buat jahat nih,kita selalu cenderung untuk mengatakan..`Teruknya dia nih,tak patutnya buat itu,tak patutnya buat ini,jahilnya dia nih'..aduh sayang,bila kita mengatakan orang lain teruk,apakah maksud lain di sebaliknya?bukankah apabila kita mengatakan org lain itu teruk,maka kita mengatakan diri sendiri ini baik?Bukankah kita seolah-olah `megah' dengan kebaikan sendiri?..Tolonglah,bila kita rasa diri kita nih baik,tak ker rasa kita nih takabur?merasakan diri superior ke atas orang lain?..Tolonglah,kalau kita nih baik,sesungguhnya Allah yg memilih kita untuk menjadik baik,dan Allah nak kita jalankan tugas sebagai org yg baik,bukannya `kebaikan' ini memberi lesen untuk kita melabel org lain sebagai `teruk,jahil,stupid,etc'.. bayangkan kalau Allah menarik balik sifat baik itu dari diri kita,mungkin kita jadik lebih teruk daripada `keterukan' yg kita tahu sekarang..

( Tapi kalau fikir mcm nih,mcm mana nak menegur orang lain??..tak menegurlah jawabnya,sebab masing-masing tak cukup baik..camna nak cegah benda jahat gitu?? )..

Saya tidak mengatakan yg kita tak perlu saling menegur.That's wajib,no doubt!..saya cuma katakan,apabila melihat sesuatu keburukan berlaku,lebih baik kita menerima keburukan itu sebagai salah kita sendirik..walaupun kita tak salah pun,contohnya :

Situasi : Anda lihat rakan anda pergi clubbing.

Responds 1 : Aperlah dia nih,pergi clubbing..teruk betul!!..tak patut tak patut..kenapa buat mcmtuh?dia kan ada ilmu?kenapa dia buat jugak??..-then sambung dengan cerita kat org lain,buat kenduri kanibal lagik..

Responds 2 : Astargfirullah,salah sayakah kerana tidak mampu menjadik rakan yg baik terhadap dia?tidak mampu menyampaikan ilmu yg saya tahu terhadap dia?Bukankah kalau nak tengok seseorang,kena tengok rakannya..kalau rakan itu melakukan perkara buruk,bukankah maksudnya saya ini jugak teruk,kerana tidak mampu menghalang keburukan itu??..

pERASAN tak apa beza kedua-dua responds ini?
Responds 1 : Terus melabel org sebagai teruk..then sambung kenduri kanibal..
responds 2 : menyalahkan diri sendiri,menginsafi diri sendirik...
saya sedar,saya pun selalu responds dengan respond 1,tapi kalaulah saya dapat respond dengan respond 2,insya-Allah saya dapat menginsafi kelemahan sendirik seterusnya membaiki kelemahan itu dan menyampaikan perkara yg baik kepada rakan tadik,dengan cara yg betul..

Di sekolah dulu,zaman saya bersama pengawas sekolah,saya selalu guna respond 1..sometimes respond ini berhasil dalam mencegah keburukan,but most of the times,tidak..bagaimana Allah hendak membukankan hati org yg kita tegur untuk menerima kebaikan kalau usaha ke arah kebaikan itu dimulakan dengan umpatan?takabur?label-melabel?kenduri kanibal?aperkah..??...bukankah lebih baik kalau usaha nak menegur org ini dimulakan dengan hati yg humble,kerana sifat humble ini most of the times dapat mengelakkan kita daripada buat silap..at least,takderlah nak mengumpat,mengeji,etc..at least,kuranglah dosa..bila kurang dosa,insya-Allah Allah permudahkan usaha kita..

Ruginya..Bila Allah mengambil sedikit demi sedikit pahala kita yg buat baik nih untuk diberi kepada org yg kita umpat..ruginya..bila Allah menambahkan dosa org yg pergi clubbing tuh ke atas dosa kita yg tak pernah buat benda tuh pun,sebabnya pahala kita dah habis pun untuk diberi kepada org yg diumpat tadik..

Cukuplah..saya dah rasa sesak dada nih..sebab saya rasa saya dah banyak sangat makan daging manusia..

Cukuplah kita berkenduri daging manusia.Cukuplah kita dapat bermacam-macam penyakit hati sebab canibalism ini..cukuplah!Saya nak mencari penawar segala penyakit canibalism ini..

Saya mintak maaf kalau ayat saya,bahasa saya agak berbelit-belit..kerana hati berbicara mengikut apa yg dia rasa...

Sekian.Hentikanlah berkenduri daging manusia.Lebih baik berkenduri ayam di Chicken Cottage.
Full Stop.

-Sesungguhnya,mulut saya lebih dekat dengan telinga sendirik daripada telinga org lain-

p/s : Hukum-hukum tentang mengumpat adalah berdasarkan buku Wasiat Hassan al-Bana.Komen tentang menegur org adalah wasiat saya senirik yg diilhamkan oleh Allah S.W.T...All praise to HIM.

3 comments:

Anonymous said...

jijiknya perbuatan mengumpat ini.. orang-orang yang tahu akan celaan Allah ini, adakah akan tersedar sebelum atau selepas mulut sudah mengumpat?? moga2 hati dan mulut kita terpelihara drpd perbuatan ghibah.

Anonymous said...

ameen

Siti Rogayah Bahari said...

betulla nadiah..
ish, gayah lani payah toi nak tahan diri dari kata kat org terutamanya yg tak puas hati lebih2 lagi yg melibatkan gangguan pada waktu solat, batasan pergaulan dlm persatuan dll..
bkn kata pada org tertentu tapi kata secara umum. kutuk pemimpin yg tak adil kira boleh kan??

syukran ya...

jemput pulak ke blog gayah..