Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, exam dah habis hari Selasa minggu lepas! Tapi bagi aku, last paper tuh tak berapa reliable, sebabnya after 20 minutes, tetiba ada fire alarm yang paaannjjjaaanng..semua orang kena evacuate Sackville Building tuh,sementara menunggu boleh masuk balik, berlakulah sesi diskusi di merata-rata..lepas habis alarm tuh bising,exam disambung semula..huhu,aper punya exam daa..
Sebelum exam habis lagik, dah plan macam-macam.
Antaranya :
1. Marathon movie, termasuklah menonton Shrek 3 dan menonton semula Pirates of Caribbean 3, dan melayari Youtube untuk tengok apa benda yang ada.
2. Melawat dan memeriahkan umah Abang Raja.
3. Final shopping untuk membeli barang-barang balik umah
4. Berkemas-kemas, packing nak balik
5.Berkunjung ke Leeds dan York.
6.Update friendster
7. Download lagu dan movie, transfer lagu ke mobile phone.
tapi..itu hanya perancangan manusia.Apa yang terjadi selepas exam ialah :
1. Membawa kawan dari Bristol berjalan-jalan di sekitar Manchester dan membeli belah. Tapi bukannya dia yang banyak membeli, aku yang banyak bawak beg plastik.
2.Berbarbeque bersama Abang Raja & family, dan jugak adik-beradik angkatku di Platfield.Habis berasap Platfield tuh.
3. Shopping dilakukan beberapa kali, dalam 3-4 siri, bermula pada hari Selasa minggu lepas lagi, dan baru berakhir pagi Isnin tadik. kata seorang kawan kepadaku : Tak sangka nafsu shoppingmu begini. Oit, aku bukan shopping untuk diri seniriklah!Sesungguhnya telah penuh Luggage 27 inch tuh dengan segala barang-barang daripada barang Manchester United hinggalah Kotak-kotak coklat tapi takdak satu pun untuk aku senirik!..( mempertahankan nafsu shopping?? )
4.Aku tidak dapat menonton Youtube mahupun movie-movie yang dah tengok sebelum nih, sebabnya Sound System ku rosak!!..Walaupun setelah aku transfer segala fail termasuklah My documents, my picture, dan semua lagu ke CD,Windows Media Player masih tersekat-sekat..nampaknya hardware rosak,huhu..padan mukaku,download banyak-banyak tapi kapasitiku 40 GB ja..aku tidak sabar mahu Reformat!
5. Mengemas barang. Sekarang tengah berserabut tahap giga bilikku ini. Beg yg nak bawak balik umah sudah penuh dengan barang-barang shopping sahaja.Pasti terkejut orang di rumah bila bukak beg ku nanti, student ker salesgirl kah ini??
Aku mahu sambung packing.
Pengajaran hari ini : Kalau nak buat apa pun, tengoklah capacity, sama ada dalam downloading mahupun shopping.
Tima kasih. Full stop.
p/s : Mungkin ini entry terakhir sebelum balik Malaysia.
Monday, 11 June 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kawan dari bristol yang sorang nih belum lagi berjalan2 di manchester.. looking forward to having fun there with ahli2 kolej assobiyah.
p/s: dah sampai msia nanti jgn lupa bagi nombot henset..take care!
Post a Comment