Sunday 6 January 2008

Jihad Akademik dalam medan yang getir



Salam...
Hari ini, 6/1 ..cadangnya mahu mulakan jihad untuk subjek pembunuh - Medicine Design 1..
Tapi hari ini jugak..hari yang sangat dull...
Medan latihan untuk jihad melawan pembunuh utama agak getir hari ini..medan yang penuh cabaran.

Semalam, 5/1..
Lampu bilik saya buat hal..
Berkelip-kelip macam lampu disko, dan ada kesan macam terbakar..
`Alamak, lampu bilik rosak!!..'..
Dan hari nih hari Ahad, laporkan masalah dekat ofis pun, takkan ada yang datang baiki hari ini..
Akibatnya :


Saya hanya ada 2 sumber lain untuk menerangi bilik : Lampu meja & lampu sinki..dua-duanya cahaya kuning..begitu romantik sekali bilik saya pada hari nih, sangat sesuai untuk meninggalkan latihan jihad untuk tidur..


Kalau lama-lama macam nih, saya pasti lepas nih saya kena tukar kaca mata baru..kesian mata saya nak teropong..

Kutubad ajak saya ke bilik dia..dan saya ada lagi satu pilihan, iaitu untuk belajar di dapur..
Tapi, tak apalah, saya pilih untuk berada di bilik saja, segala pedang, tombak, dan perisai untuk peperangan ada di medan sendiri, susah nak membawanya ke tempat lain...

Lagi satu masalah :
Heater saya tak berfungsi!!..
Saya terlupa hantar borang kepada accom office memberitahu yang saya akan kembali dari cuti pada tarikh sekian sekian. Bila balik dan pergi office, office kata dia dah switch on, saya cuma kena adjust dekat heater sendiri, tapi bila saya try adjust, tak boleh pun!!..
Saya kena report dekat office yang heater tak berfungsi, but again, it's sunday, no one will come..
Saya masih boleh menahan kesejukan ini, bilik saya kecil, dan Manchester ini agak panas, tapi 2-3 hari nih saya asyik bersin & selsema walaupun baru jerk habis amik Antibiotic untuk sakit tekak...
Aduhai dugaan-dugaan..dahlah nak belajar membunuh pembunuh utama, medan latihan pulak tiba-tiba serba kekurangan..

Tapi mak kata :
1. Dulu dia belajar guna lampu pelita saja, sebab tak ada elektrik, lagi romantik..
2. Dulu dia belajar dekat lantai saja, tak ada meja belajar pun..
3.Apa guna awak ada serba-serbi kalau dah diri sendiri tak kuat semangat?
4.Mak duduk jauh, awak complain banyak-banyak pun, mak tak boleh nak buat apa, apa kata awak tahan saja & terus belajar?

Yerlah mak, baiklah baiklah...( Jawapan yang membunuh saya daripada mengomel byk-byk)
Moga dugaan ini tidak lama..saya takut lampu meja nih yang tetiba terbakar pulak sebab dah terlalu lama switched on..
Mungkin ujian ini dapat menjadi kayu ukur terhadap diri sendiri : Adakah saya betul-betul tabah, redha, & sabar dalam semua kondisi?..
Wallahua'lam..
Apa pun, back to study, loads to go!!..

Terima kasih.Full stop.

p/s : Can't wait for Monday.Cepatlah datang tukar lampu!!

2 comments:

Anonymous said...

salam,

Macam cerita aku masa winter tahun lepas. Heater tak berfungsi, lampu bilik 'terbakar' = survive dgn sebijik lampu meja aje, and to make things more pathetic, aku demam dan selesema dan batuk sehingga memang berkhemah di bawah duvet (sambil memaksa diri mengkhatamkan kitab Immunology al-Fadhil Syeikh Peter Wood).

Perjuangan itu pahit, tapi buahnya manis insyaAllah. (alangkah klisenya kenyataan ini)

meow~

ayasofya said...

huhu bebe siannya...tabahkan hati bebe..huhu