Monday, 11 February 2008

Alhamdulillah, Thank you Allah!!



Assalamualaikum warahmatullah..
Baru semalam kan saya update blog..apa kerjanya saya nak update lagi hari nih..
Untuk membaca update tentang End The Siege of Gaza Demonstration, sila scroll ke bawah lagi. Entry yang kedua dalam page ini..
Saya menulis lagi hari ini sebab saya sangat-sangat gembira, dapat sesuatu yang tak disangka!!..

Hari ini, mcm hari yang agak serabut jugak sebenarnya..
Saya pergi kelas, rasa mcm dah awal..tapi bila masuk semua dah mula menulis..
Nak pergi lecture hall, hampir tersadung, alhamdulillah pandai buat selamber..
Nak lintas jalan, lupa nak tengok kiri kanan, hampir kena langgar..
Nak pergi kelas praktikal, silap microlab pulak..
Dah balik ke GP, sekali kunci tertingal kat bilik Double A..adeih, naik bas pulak saya ke sana..
Bila balik GP, check parcel, mana laptop cooler pad tak sampai-sampai lagik nih??..
Hari yang penuh dengan accident..adeih..

Balik rumah..waktu nak masak..
Baru perasan..ada sampul yang besar untuk saya..dari Leeds..
Sekali bukak, menjerit saya!!..
Terkejut flatmate saya yg sedang memasak & yg berada di bilik..

Runner up, McNeil Responding to Symptom Competition, University of Manchester..

Flatmate saya tanya : what have you won?
Oh..rupanya ada satu lagi sampul kecil. Sampul dikoyakkan. Sekali lagi flat bergema dengan jeritan saya.

I've Won 25 GBP!!..
Saya masuk bilik dan check email. Astargfirullah, mcm manalah saya boleh begitu ignorant?Saya rupanya dah dapat email memaklumkan yang saya menang runner up sejak minggu lepas lagik, saya dah baca pun email tuh,was I too stupid not to understand what the email told me??..
Sungguh..sangat tidak disangka-sangka, syukur bebanyak..

Pertandingan ini menguji kemahiran pelajar farmasi dalam berinteraksi dengan pesakit.Ia terbuka kepada semua year, sama ada ahli British Pharmaceutical Student Association ( BPSA) ataupun tidak. Saya ahli BPSA, untuk 4 tahun pengajian..
Dalam pertandingan ini,ada simulated patient. Patient datang kepada saya, dan saya harus berkomunikasi dengannya. Saya kena tanya, dia sakit apa. bila kena, ubat apa dia dah ambil, rasa mcm mana, kena offer ubat, kena ajar cara guna ubat, kena advise supaya sakit yg sama tidak berulang..
Saya dah pernah masuk pertandingan nih waktu first year, as expected it was a total crap. But it was a good experience, sebabnya pelajar farmasi tahun pertama atau kedua tak didedahkan sangat dengan cara berkomunikasi dengan customer/patient.
Tahun nih saya masuk sebab nak tengok, how much have I improved. Saya rasa mcm teruk jugak, dan based on feedback from evaluator, there were some important points that I missed. Tak kisahlah. At least ada improvement sikit..
Sebab itulah saya melompat-lompat kegembiraan di dapur. Sungguh di luar jangkaan. Nasib baik x menang first winner. Sebab first winner kena wakil university ke semi finals di Aston sabtu nih. Taknak saya. Nak pergi Be'wah Kerabu Nite kat Bristol...
Alhamdulillah..berjaya jugak saya memanfaatkan duit yuran BPSA yg saya bayar.. at least dapat balik duit yuran..
Moga Allah terus menundukkan hati saya kepada-Nya dengan segala nikmat yang diberi.

Sekian..kena sambung belajaar...

Wassalam. Full stop.

p/s : Nasi kerabu oh Nasi kerabu....

Sunday, 10 February 2008

End The Siege of Gaza, Nothern Demonstration, BBC Manchester, 2/2/08




Assalamualaikum warahmatullah..
Minggu lepas, 1/2/2008, saya baru sahaja pulang ke bilik selepas menghantar laporan Pharmaceutical Analysis yang sangat menyerabutkan kepala semua pelajar farmasi tahun dua.. Kemudian..baca kat Mailing List MCOT..Oh, Double A hantar iklan Action Palestine..

`End The Siege of Gaza, Nothern Demonstration, BBC Manchester,12 pm, 2/2/2008'

Saya buzz Double A. Jom pergi!!..Minggu sebelumnya saya terlepas demonstrasi di London sebab kawan datang dari Cambridge. Double A pun tersengih gembira.Propagandanya berjaya. Jumpa esok!!..
Esoknya..sebelum pergi, saya makan dulu, barulah ada tenaga.. Saya berjalan sorang-sorang ke BBC Manchester. Hanya 5 minit jalan kaki. Ia terletak di Oxford Road, jalan utama di Bandar Manchester ini.Saya tak tahu siapa lagi yang akan menyertai saya. Saya hanya tahu Double A. Tiba di sana, orang taklah ramai. Sekumpulan kecil saja. Baru nak set-up booth. Tak lama kemudian, ya Malaysian Girls mula tiba!..Yaa..saya tak keseorangan.. Budak-budak lelaki x ada sangat. Hanya ada seorang. Yerlah, pahamlah..semua pergi Manchester City Stadium tengok bola..mana boleh lepaskan peluang tengok Arsenal main pada harga 14 GBP kan.
.
Dalam jam 12.30 pun, dah ramai orang yang datang..terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Muslims & Non-Muslims. Arabs, English, & Asian.Tua & Muda. Pelajar dan pekerja. Sepanduk-sepanduk mula diedarkan.Yang tak cukup sepanduk palestine, dapat sepanduk`Don't attack Iran'.No worries. That matter concerns us as well. Walaupun tidak seramai di London, tetapi rasa syukur melihat semua yang datang.Cuma rasa agak malu jugak. Isu Palestine ini isu Umat Islam zaman berzaman, tetapi tak ramai sangat Muslim yang datang. Ramai locals yang datang. Makcik pakcik tua muda. Kagum. Hanya Dengan semangat kemanusian mereka hadir. Muslims kat Malaysia yang kononya hadam rukun iman dari darjah 1 sampai sekurang-kurangnya tingkatan 5 pun belum tentu tahu tentang isu ini, setelah disibukkan Anugerah Juara Lagu takpun demam pilihan raya.

Aktiviti bermula dengan ucapan daripada penganjur program. Oh ya, program ini adalah anjuran Action Palestine, dengan sokongan Stop The War & Palestine Solidarity Campaign.Program ini juga mendapat sokongan Student Union, University of Manchester. Andy Cunningham, Amy Petit, & beberapa figures yang agak familar di Student Union turut serta.


Antara yang menyertai demontrasi untuk menunjukkan bantahan terhadap kepungan Gaza.



Salah seorang penganjur yang memberikan ucapan

Kemudian, perarakan pun bermula. Dengan penuh semangat, kaki melangkah, tangan memegang sepanduk, menelusuri Oxford Road. Dengan kenderaan di kiri kanan, terima kasih kepada polis yang mengawal, semua bersemangat melaungkan slogan, menuntut kepungan ke atas Gaza dihentikan.


Viva Viva. Palestina!!


1,2,3,4. Occupation No More!
5,6,7,8. Stop the killing stop the hate!

Apabila kami semakin memasuki kawasan bandar :
`Ok, we are entering city. Let's make some noise so that everyone knows what we want!'..
Kami semakin bersemangat. Suara semakin kuat. Sayang benar saya tak bawa air, suara dah nak dekat habis. Tak ingat dah segala teknik voice projection yang double A ajar dulu huhu..

Menariknya, kami berhenti agak lama di luar beberapa premis. Pertama, Hotel Midland. Kedua, Starbucks. Ketiga, Town Hall Manchester. Menurut penganjur, mereka secara langsung/tidak langsung ada menyumbang kepada penjajahan Israel di Palestine. Starbucks, saya memang pasti. Yang 2 lagik tuh, saya kena check tengok..Tapi tentang Starbucks, sekali lagi kagum. Itu memang budaya orang putih ya untuk lepad-lepak di kedai kopi seperti Starbucks, Nero Cafe. Namun atas sebab kemanusian yang tidak melibatkan langsung saudara seakidah atau sedarah dengan mereka, mereka sanggup memboikot..Kalaulah syahadatain itu tertegak dalam diri Muslim sebagaimana tertegaknya semangat kemanusian dalam diri non-Muslims ini, pasti Palestine tak menderita sebegini..


End The Siege of Gaza. End The Siege Now!!..


Palestine don't you Cry. We shall never let you die!!..

Dari Oxford Road kami bergerak menelusuri jalan apa ntah di sebelah Central Library, pusing town hall, masuk kawasan bandar yang saya sendiri tak biasa lalu. Tapi memang ramailah orang di kiri kanan. Setiap kali lalu di tepi kereta yang berhenti di tengah jalan, sepanduk sengaja direndahkan dan dihadapkan ke tingkap kereta, supaya orang nampak. End The Siege of Gaza!!..
Sambil berarak, leaflets diedarkan kepada orang2 di tepi jalan, untuk memberi kesedaran tentang isu ini.


Beirut Sydney Ramallah Gaza. Globalise The Intifada!


Demonstrasi berakhir di Peace Garden, St Peter's Square. Jam 1 lebih. Rasa sekejap sangat, kalau ikut hati nak pergi serang kawasan Picadilly Garden & Market St. Situ lagi ramai orang.
Sebelum berakhir, kami mendengar ucapan daripada wakil-wakil organisasi yang terlibat dengan kempen palestine ini. Antaranya Action Palestine, Student Union, Stop The War, dll lagi yang saya tak ingat namanya..Malah ada seorang sister yg menceritakan kesusahan kakaknya di Palestine yang baru sahaj bersalin tetapi tiada kemudahan elektrik, bahan makanan..nak kirim duit, tak boleh..nak kirim makanan, pun tak boleh..baru bersalin 2 minggu, kena mengharungi kesejukan memasak tanpa elektrik di luar rumah..is that the way to treat a mother that has just given birth??..
Ini tidak termasuk lagi sejarah Palestine yang kita tahu, yang telah lama bermain dengan darah & air mata, hidup dalam uncertainty tentang masa depan sendiri hanya keyakinan dengan janji Allah yang mendorong kehidupan, tambah-tambah pulak saudara seakidah di seluruh dunia hanya bermain dengan memorandum, bantuan makanan, pasukan pengaman sedangkan mereka mengharapkan benar-benar ada tindakan yang dapat menghentikan Israel..Sudah 60 tahun mungkin mereka berada dalam keadaan sebegitu..Layakkah kita saudara seislam lain bersaudara dengan mereka di syurga Allah kelak sedangkan kita membiarkan mereka dilanyak 60 tahun??


Peace Garden, St Peter Square.Wajah-wajah menuntut hak penduduk Gaza.

Alhamdulillah, program berakhir dengan jayanya. Memang bilangan yang menyertai jauh lebih sedikit daripada di London dan di Manchester sendiri pada tahun lalu, tetapi sekurang-kurangnya kumpulan yang kecil ini dapat menimbulkan kekecohan di kawasan yang dilalui supaya warga di situ sekurang-kurangnya sedar akan perkara ini..

Satu soalan yang mungkin ditanya. Sponsor, MSD, kasi ker join benda-benda mcmnih?..

Haha..satu soalan yang sangat bagus. Sebagai pelajar yang ditaja..kenalah patuh kepada arahan penaja dan kerajaan Malaysia..

Tetapi..saya buat benda ini sebab patuh dengan arahan penaja lah. Tak caya?



Ini ialah ikrar yang dilafazkan oleh pelajar-pelajar JPA sebelum fly. Tandatangan saya sendiri telah removed untuk tujuan keselamatan, heh.Walaupun banyak orang yg mungkin x tahu ke mana dah campak benda alah nih, tapi saya lekat kat dinding dan nampak hari-hari.

Bagi saya, berdasarkan ikrar di atas nih, apa yang kami buat tidak melanggar arahan penaja atau MSD kerana :
1. Demonstrasi ini adalah sah di sisi undang-undang UK. Maka ini bukan suatu jenayah.
2. Demonstrasi ini disokong Student Union. Maka ia dibenarkan universiti.
3. Kegiatan ini tidak mencemarkan nama baik negara.
4. Tiada arahan spesifik dari MSD atau JPA yang memberi arahan supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan Palestin ini.
5. Tiada unsur-unsur ganas dilibatkan.

So, should be no problem kan?..
Bak kata double A : Aku check kontrak dulu nak pergi Demo pun..
Ok-Ok..Kalau ikrar tuh tak cukup meyakinkan lain kali saya scan Kontrak JPA pulak. Tapi lepas summer la. Kontrak tuh ada kat Malaysia sekarang, terselit bersama dokumen2 di ofis farmasi mak mungkin, hehe..

Hope to see many others in forthcoming events.Kita tak mampu berbuat apa-apa, maka maksimumkanlah peluang yang ada.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam. Full stop.















Saturday, 2 February 2008

Kebebasan bersuara di Speakers' Corner, Hyde Park, London





Assalamualaikum warahmatullah.. Alhamdulillah, berkesempatan juga saya untuk melakar coretan di sini setelah seminggu bertungkus lumus menghabiskan lab report..selepas exam, tak berehat langsung sebab sambung dengan report pulak..report pharmaceutical analysis itu memang memenatkan otak,lab partner saya tak datang lecture langsung selama 3-4 hari sebab nak siapkan report tuh.. Saya berjanji nak cerita tentang winter trip saya kan? Winter trip saya memang panjang dan melangkaui banyak tempat..saya mula travel dari 15/12 hingga 1/1..gila kan?exam 14/1 huhu..Jadual perjalanan saya :
..London - Cardiff - Bristol - Dublin - Galway - Dublin - PUISI - Newcastle - Manchester..

Baik, kita mulakan dengan London!.. London, ibu kota United Kingdom, terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya Eye of London, Buckingham Palace, Trafalgar Square,Hyde Park,Royal Albert Hall, tidak terkecuali kos hidup dan pengangkutan yang mahal hehe..tapi cerita-cerita tentang tempat menarik di London nih, boleh dibaca dalam website tourist guide london,silalah google atau Wiki..tetapi saya ingin cerita tentang Speakers' Corner..

Apa itu Speakers' Corner?.
.
Saya sedikit kehairanan..ramai orang yang tinggal di London, ramai orang yang pernah melawat & pusing London, tetapi x ada seorang pun yang pernah menceritakan kepada saya tentang kewujudan corner di Hyde Park nih..hmm..

Saya, AFK, & Kutubad sebenarnya dalam perjalanan atas bas
London Sightseeing dari Hyde Park menuju ke Buckingham Palace..



Me & AFK at Hyde Park..Ini musim sejuk, dogol semua pokok..

Bas bergerak meninggalkan Hyde Park..tetapi di hujung padang yang luas itu, dari atas bas, kami nampak satu sudut ( atau lorong ) yang dipenuhi orang ramai..ada beberapa orang sedang bercakap, dan setiap speaker dikelilingi sekumpulan pengunjung..Saya melihat ke peta Sightseeing, & inilah yang saya cari! - The Speakers' Corner!..


Sewaktu saya di tahun pertama, ada seorang penceramah ISOC pernah memberitahu dalam ceramahnya akan kewujudan Speakers' Corner di London. Ia merupakan satu tempat yang membolehkan anda bercakap sesuka hati anda untuk memberitahu orang lain, tanpa sebarang sekatan -A Complete freedom of speech!Bila anda bercakap dan orang lain mengelilingi anda, speaker-speaker yg lain tidak akan mengacau anda walaupun anda mungkin mengutuk/mengatakan sesuatu yg buruk tentang mereka. Sangat menarik!.
.

Tak jadi ke Buckingham Palace. Kami terus berhenti di perhentian Speakers' Corner & berlari ke situ. Ada beberapa orang sedang bercakap, dan mereka mewakili ketiga-tiga agama : Islam. Kristian, & Yahudi..


-A Muslim speaker-

Kami ke speaker Muslim dulu.Ramai jugak yang mengelilinginya, kebanyakannya non - Muslim, dan mereka juga berdebat dengan speaker itu tentang isu yang diutarakan..


Seorang pengunjung yang sedang berdebat dengan speaker tadi..

Kami taklah mendengar apa yang diperkatakan oleh spekaer itu, sebab bila sampai pun dah separuh jalan orang tuh bercakap.Apa yang dapat saya tangkap, dia tengah bercakap tentang penjajahan US ke atas Iraq, rancangan US ke atas Iran, & Isu Afghanistan.. Saya memang tak menumpukan perhatian langsung sebab kepala saya ligat mencari spot-spot terbaik untuk menangkap gambar hehe..

Kami menuju ke seorang lagi speaker..sedang berdakwah tentang Jesus mungkin..


Tengok baju yang dipakainya, sangat kuat dalam mempamerkan apa yang dipercayainya


dan sungguh dalam kecintaanya terhadap Jesus, sebab dia seperti marah apabila ada orang di situ mempertikaikan Jesus..

Aha, ini lebih menarik.



Sewaktu kami sampai, lelaki ini baru hendak mula berbicara..berdiri di atas kerusi sambil memegang bendera Israel dan menyanyikan lagu-lagu dari agama Yahudi mungkin sambil memegang buku ( Kitab?Wallahua'lam )..


Dan wanita ini pula..saya tak dapat tangkap langsung apa yang diperkatakannya..cuma isu yang diperkatakannya mungkin agak penting sebab ramai yang mengelilingnya dan dia sangat tegas dalam menyampaikan isu tersebut & menjawab persoalan orang ramai..she looks like a very simple woman but there she stood like a fierce lion..


Orang ramai di Speakers' Corner..beralih dari satu speaker ke speaker yang lain..mendengar untuk mengetahui, bertanya untuk menjawab persoalan, dan berfikir untuk memilih..

Sungguh pelik situasinya ya..di kebanyakan negara-negara Islam, rakyatnya disekat daripada bercakap melalui pelbagai dasar yang dikenakan..allowing the rulers to claim themselves as leaders of Muslims, wheras the people never see that credibility on them..tapi bukan di London, nak kutuk Gordon Brown pun boleh..

I would like to see a speakers' Corner..at Jalan TAR during Hari Raya sale maybe?Banyak orang dowh waktu tuh, mencari baju raya
..

Sekian, terima kasih.

Wassalam.Full stop
.

p/s : When we love something deeply, we just want it to get better..