Sudah seminggu lebih saya berada di Malaysia..Alhamdulillah, tahun nih, Allah meringankan beban, saya tak rasa kesan jet-lagged langsung..baru sampai rumah Selasa petang, malamnya terus bergerak keluar ke Farmasi Teratai, esoknya di Kangar, Lusanya di Langkawi, program penuh selalu..dan duit juga mengalir lebih laju daripada air..daripada berkeping-keping note biru, balik sehari dari Alor Setar tinggal sekeping, minyak saja dah hilang sekeping, adeh...pening kepala dengan harga barang di Malaysia sekarang..KL lagilah berserabut kot..
Di rumah, antara benda yang saya suka buat ialah tengok balik gambar-gambar lama..
Gambar-gambar zaman sekolah dulu..zaman muda-muda..
Sekali saya jumpa gambar ni. Gambar yang dah lama saya cari.Gambar nih dah berusia 10 tahun.
Dari kiri : Joshua, Jacinta, Nadiah, dan Jody. Medan Ikan Bakar Kuala Perlis, 1998.
Joshua, Jacinta, dan Jody. Tiada dalam gambar : Ayahbid dan Auntie July. Mereka dari Sydney, Australia. Sebelum nih saya dah jumpa mereka dalam tahun 1994. AyahBid sangat rapat dengan mak saya. Kerana AyahBid ialah bapa saudara saya, abang kandung mak saya. Auntie July ialah ibu saudara saya. Dan Joshua, Jacinta, Jody ialah sepupu-sepupu saya..AyahBid dah jadi warganegara Australia kalau tak silap saya, takpun permanent resident. Menetap di sana. Balik Malaysia setahun sekali. Tapi sejak tahun 1998 tuh, saya dah tak pernah jumpa sepupu-sepupu saya lagik..
2 tahun lepas rasanya, Jody datang melawat keluarga saya di Perlis. Saya berada di Sunway pada waktu itu, tidak sempat ketemu. Saya tanya mak : Jody datang dengan siapa?
Mak cakap : dengan suami dan anak diorang. Dalam bercuti.Lepas nih nak ke Jepun
Saya cakap : Suami dan anak?Bila masa kahwin?Sapa laki tuh?nama macam orang putih.
Mak cakap dengan nada perlahan : Laki dia bukan Islam.Kahwin daftar kat Australia.
Saya : Tersenyap..
Saya tidak tahu apa keadaanya, Joshua dan Jacinta..
Saya rasa, situasinya sama juga macam Jody..
Apa khabar kamu sepupu-sepupuku? Moga masih punya rahmat islam di hatimu..
Saya tahun lepas merancang untuk pergi ke Australia tahun ini, tapi sayangnya tidak berkesempatan tahun nih..
Mungkinkah tahun depan?hope so..
Jumpa saya nanti, Jody, Joshua, dan Jacinta!..Moga Allah kekalkan kita dalam jalan ke syurga..
Sekian. Terima kasih.Full stop.
p/s : tima kasih kepada wireless orang sebelah..
No comments:
Post a Comment