Tuesday 23 February 2010

-HeartBroken-


Salam warahmatullah.

Sedari Khamis minggu lalu, FB saya menunjukkan mood yang sangat sedih.

Ya, saya sangat sedih. Sangat kecewa. Patah Hati. HeartBroken.Sampai saya jumpa satu gambar profile yang sangat unik dan menjadikannya profile Pic di Facebook saya. Sampai sekarang gambar ini masih di situ. Sampai ada orang yang ingin add saya dan bagi remark :

'Nice art there.'

Padahal bukan saya yang lukis pun.

Saya tidak berhajat untuk menceritakan kenapa saya berkeadaan sedemikian. Dan saya juga jarang melahirkan kesedihan saya di Facebook kalau saya tidak berniat untuk memberitahunya kepada orang lain. Cuma kali ini, saya memang mahu sesetengah pihak tahu, tetapi sampai sekarang masih tak tahu, maka biarlah gambar profile itu sampai sekarang. Saya sudah semakin sembuh dari luka itu Alhamdulillah, walaupun isu utama masih belum selesai.

Sedih itu perasaan yang ekslusif dan tidak dapat diterangkan dengan kata-kata. Walaupun sesetengah masalah itu sudah dihadapi sejak sekian lama, bila datang rasa sedih, maka akan mengalir juga air mata, merintih ( dan merengek ) juga, dan berserabut juga kepala.

Semua orang pun menghadapi masalah dan akan sedih. Dan tahap kesedihan kita bergantung kepada sejauh mana kita bersedia menghadapinya. Dan hanya orang yang sedih sahaja tahu perasaanya, walaupun semua orang kata : Jangan sedih, itu masalah biasa, semua orang pun ada masalah', tapi bila diri yang menghadapinya, kata-kata orang lain tak akan berguna lagi.

Memang, kata-kata orang tidak akan berguna sebenarnya dalam saat-saat sebegitu.

Saya menelusuri surah-surah Juzuk Amma, surah yang biasa dihafal, dibaca dalam solat, walaupun maksudnya ada yang tahu, ada yang tak tahu. Dan saya tersentak, bila sampai ke bait-bait ini :

Surah Ad-Duha surah 93 : 1-8

Demi waktu dhuha.Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

Kaum Musyrikin mengejek Nabi Muhammad SAW dan mengatakan bahawa Allah telah melupakan baginda saat wahyu tidak turun sejak sekian lama.Dan ayat ini turun membantah penyataan itu. Dan Allah mengingatkan baginda yang Dia telah memberi banyak nikmat kepada baginda sedari baginda kecil lagi, saat baginda masih anak kecil.

Surah Seterusnya, surah 94, 1-8 juga membuat saya termenung seketika :

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Allah mengingatkan baginda sekali lagi bahawa Allah telah memberi baginda, begitu banyak nikmat, dan darjat yang tinggi. Dan menegaskan, bahawa kesukaran akan disertai kemudahan. Dan tidak ada bertangguh-tangguh di dalam hidup ini. Dan hanya kepada Allah, kita memohon apa yang kita inginkan.

Allah, saya malu sendiri. Sejak saya kecil, saya telah diberikan begitu banyak nikmat - lulus semua peperiksaan dengan cemerlang dari sekolah sampai ke university (insya allah), rakan-rakan yang baik, kebolehan berbicara, kebolehan menulis, kebolehan berfikir,dapat ke UK, dapat jaminan kerja, dan yang lebih penting lagi : Nikmat Islam dan Iman. Tapi baru saja datang satu dugaan, dan saya sudah berasa sangat-sangat patah hati sampai rasa : `Oh, apa nak jadi hidup aku ini?'

Ya, saya perlu malu kot. Kerana saya telah membaca kedua-dua surah ini berpuluh-puluh kali sejak kecil, tapi tak pernah betul-betul menghayati, apa yang dimaksudkan.

Hanya kepada Allah, saya berserah. Dan isu utama belum diselesaikan. Saya pun tak tahu bila, dan bagaimana. Sudah begitu lama rasanya. Tapi seperti lagu yang saya poskan dalam entry yang lalu :

If this has been a test
I cannot see the reason
But maybe knowing
I don't know is part of getting through
I tried to do what's best
But faith has made it easy
To see the best thing i can do
Is to put my trust in You.

Kepada Allah, saya memohon ampun, kerana saya menangisi satu nikmat yang saya hilang, sedangkan Dia telah memberi saya begitu banyak. And to Him, I put my trust.

wassalam warahmatullah.

-Nadranadia-




1 comment:

rilekdulu said...

Rasa macam nak tau pulak apa masalah bebe ni.biasa la human instinct.

baguih jgk la ada entry mcm ni, boleh bg peringatan pada yg lain jugak.

cheer up bebe.you can. yes you can.