Saturday, 13 March 2010

Perhatikan Wanita itu!

Pada suatu petang,
saat pulang dari Stopford Building,
Dalam Magic Bas yang umpama bas sekolah Manchester,

Aku terlupa,
Jalan di Rusholme tengah ada pembaikan,
Maka bas berhenti begitu lama,
di hadapan Lidl...
Arrghhh..patutnya ku sudah turun di perhentian sebelumnya dan jalan kaki saja!!..

Aku toleh ke luar.
Nampak seseorang yang dikenali. Ohhh..Pegawai Kucing Belang!
Baru pulang dari pejabat gamaknya.
Maka aku pun tersenyum, mengharapkan dia berpaling.
Dia ada berpaling, menghadap bas, menghadap aku, tetapi tidak nampak aku!
Ces, mujur aku tidak terfikir untuk tersengih-sengih seorang diri.
Apa kuman yang sedang kau fikirkan wahai Encik Belang sampai gajah depan mata ini jugak tidak kau perasan?

Tak apalah, Encik Belang tidak sedar akan kehadiranku.
Maka aku menoleh lagi keluar.
Oh, wanita itu! Di luar Lidl itu! Yang bermain alat muzik itu!
Aku akan terserempak dengannya kalau aku pulang ke rumah berjalan kaki.
Suatu yang sangat jarang aku lakukan dengan pas tahunan yang memanjakan kaki.

Dia tengah minum. Kopi Nero.
Alhamdulillah, ada juga sesuatu yang dia ambil buat mengalas perut.
Selalunya kalau aku terserempak dengannya,
Aku seluk poket saja, aku tidak buka dompetku,
Apa saja dalam poket, aku keluarkan.
Walaupun aku tahu kadangkala ia tidak cukup untuk secawan kopi pun.
Alaa..malasla nak ambil dompet...!
Walaupun aku hanya perlu buka zip beg untuk ambil dompet.

Selepas minum, dia kembali bermain alat muzik itu.
Aku lupa, apa namanya.
Ada seorang kanak-kanak perempuan. Comel sekali. Pakai baju merah jambu.
Masuk ke Lidl bersama ibunya. Dan dia senyum pada wanita itu.
Dan wanita itu senyum kembali.
Oh, mungkinkah dia juga ada anak secomel itu?
Oh, mungkinkah dia juga ingin membawa anaknya ke situ?
Bolehkah?sedangkan aku hanya selalu nampak syiling 10-20 pence di dalam kotaknya..

Orang keluar dari Lidl, bawa beg penuh barang.
Biasalah, Lidl tak beri plastik percuma, pandai-pandailah bawa sendiri.
Oh, penuh sekali barang orang itu! Keperluan seminggu agaknya.
Dan wanita itu, dia memerhati, sambil duduk di bangkunya.
Oh, mungkinkah dia juga ingin membeli barang seperti itu?
Oh, mungkinkah ada anak menanti di rumah dengan makanan dan keperluan?

Aku tak tahu, aku mudah menangiskah?
Tak, aku tak mudah menangis, tapi aku sangat sebak.
Memandang wanita itu, yang bermain alat muzik itu,
sambil mengharap ihsan dari orang yang lalu lalang,
orang yang keluar dengan Sandwich lazat dari Subway,
orang yang keluar dengan barang-barang yg banyak dari TESCO,
orang yg keluar selepas menikmati minuman dari Kafe Nero,
doktor dan student-doctor yang berjalan pulang dari MRI,
pelajar Manchester yang sekurang-kurangnya dapat pinjaman pelajaran,
kesimpulannya yang lalu lalang, semuanya berpoket tebal,

Tapi yang ada dalam kotak di hadapan wanita itu,
hanyalah syiling-syiling 10, 20, 50 pence,
Dan aku termasuk yang menyumbangkan syiling-syiling itu,
tapi menyimpan note £5GBP dalam dompetku,
untuk kubelanjakan di Subway, membeli Chiken Teriyaki Footlong.
Atau di Lidl membeli coklat Praline,
Atau di Nero Cafe untuk Capuccino minuman ruji.
Dan wanita itu...hanya beli kopi dari kafe nero,
atau mungkin...hanya bekas sahaja dari kafe nero tapi airnya hanya air kosong?
Hanya tuhan yang tahu.

Aku sebak sendiri.
Betapa aku selalu merungut atas kurangnya benda,
sedangkan ada orang lain yang tidak punya apa-apa.

Teringat aku padamu, Encik Belang,
apa yang mengganggu fikiranmu, sampai aku ini kau tidak hiraukan?
Apa kau susah hati dengan kerja-kerja yang ada.

Apa ada lagi orang lain, selain Encik Belang,
yang susah hati dengan segala kerja yang ada?

Pergilah perhatikan wanita di luar Lidl itu.
Di depan Lidl, berhampiran perhentian bas, ada kerusi,
duduklah di situ!

`Apa kau gila, orang akan memperhatikanku!'

`Apa kau gila, sejuk sekali di situ, kerana mentari Manchester ini memang menipu!'

`Apa kau gila, apa yang aku dapat dengan memerhatikan wanita itu?'

Ya, kalau kau duduk di situ,
Kau tak akan dapat wang, kau tak akan dapat makanan,
kau akan dapat sejuk, kau akan dapat pandangan orang yang lalu lalang,

Tapi,

Kau akan dapat, senyuman wanita itu,
yang bermain alat muziknya,
dalam dingin yang mengcengkam,
Dalam pandangan orang, yang lebih sinis dari simpati,
Tapi dia terus senyum, dan senyumnya lebih manis lagi,
jika ada orang yang meletakkan duit dalam kotaknya, walau sekadar 50 pence.

Kau sedang melayari blog ini,
Dengan internet access yang kau peroleh,
maknanya kau lebih berkemampuan dari wanita di luar lidl itu,

kalau kau tidak mahu tersenyum,
kalau kau terus bermuka serabut,
kalau kau terus merungut..

MALU LAAA SIKITTTT KAT WANITA TU!

Sebab dia punya alasan untuk lebih susah hati daripadamu,
Tapi senyumannya lebih manis daripadamu.

Ok...senyumlaaahhhh..




Encik Kucing Belang, sila senyum macam itu.

Maka nikmat manakah lagi, yang kau dustakan?

wsalam warahmatullah,

-Nadranadia-


Share

2 comments:

rilekdulu said...

wow...macam novel la.

interesting - line by line. :)

nor310 said...

i smile :)))
i like i like i like