Friday 4 May 2007

Kritik mesti mau kena ada cara n mau kena gaya, beb...

Assalamualaikum warahmatullah..

Sesungguhnya..saya sangat banyak kerja nak buat sekarang..banyak giler subjek nak kena cover untuk final exam..tak termasuk online tests yg belum dibuat lagik..

Tapi antara satu subjek ke satu subjek,saya memerlukan intermediate antara keduanya..kalau tak kepala saya `jammed'..maka daripada saya terus berebay,bid for manchester United Stuff untuk dibawak pulang ke Malaysia ataupun beryoutube ( Yang menyebabkan Hornet hantar berpuluh-puluh email dekat saya )..maka lebih baiklah saya berblog,moga ini dikira ibadah..

Lagik 2 minggu nak exam nih,macam-macamlah pulak isu yang menjadi perbincangan hangat sesama student di Manchester Indera Kayangan nih ( Perlis dah jadik Darus Sunnah,bagilah title lama tuh kat Manchester ..)Bila dah ada isu,maka adalah kritik,adalah orang yang membalas kritik,adalah jugak orang-orang yang bermesyuarat tingkap..biasalah tuh..
Dengan banyak kerja yang ada,saya tak terniat untuk terlibat sekali dalam kritik-mengkritik,tegur-menegur ini..cukuplah kot dengan apa yg ada..Tapi melihatkan situasi itu,membaca kritikan-kritikan itu..saya teringat entry saya yg dulu,under Title Kanibalism :

aduh sayang,bila kita mengatakan orang lain teruk,apakah maksud lain di sebaliknya?bukankah apabila kita mengatakan org lain itu teruk,maka kita mengatakan diri sendiri ini baik?Bukankah kita seolah-olah `megah' dengan kebaikan sendiri?..Tolonglah,bila kita rasa diri kita nih baik,tak ker rasa kita nih takabur?merasakan diri superior ke atas orang lain?..Tolonglah,kalau kita nih baik,sesungguhnya Allah yg memilih kita untuk menjadik baik,dan Allah nak kita jalankan tugas sebagai org yg baik,bukannya `kebaikan' ini memberi lesen untuk kita melabel org lain...

Saya tahu,dengan mengeluarkan paragraph ini,maka saya sedang mengkritik orang lain..sebab tuhlah dalam setiap entry,saya lebih senang gunakan perkataan kita,kerana saya turut mengkritik diri sendiri..

Memang seronok apabila melepaskan segala yang terpendam dan mengkritik orang lain. Saya pernah buat begitu,saya rasa kepuasannya apabila segala yang hanya berlingkar dalam otak sendiri akhirnya sampai jugak ke otak orang lain,dan saya pun tak rasa saya salah,saya kata benda yang betul,bukan kata benda tak betul..tapi pernah jugak,selepas mengkritik dan mendapat respons,saya rasa bersalah yang amat sangat..bukannya kerana benda yg saya kata tuh tak betul,tapi kerana gaya saya mengkritik tuh yang tak betul..dan akhirnya,tak sampai ke matlamatnya..dan akhirnya, disalahfahami..dan akhirnya..menyebabkan orang pandang jelek dekat saya bukan sebab isi kritikan saya,tapi sebab gaya kritikan saya yang agak pincang..yang ,wallahu a'lam, instead of kritik dengan tujuan nak membetulkan,nak dapat pahala..takut kritikan yang benar itu menambahkan dosa pulak tak kena cara,sebab kritikan itu mungkin lebih tambah keburukan dari kebaikan...

Orang kata,kita kena profesional,jangan emosional,terutamanya dalam mengkritik.
Betul..Saya sokong seratus peratus,semacam mana Mek sokong Puan Doktor dalam kapal Ertugrul : `Baguh tuh,baguh.Mek sokong seratuh peratuh '..haha..

Tapi..erhm..saya tak prefer sangat untuk membicarakan isu profesionalism.
Apa itu profesionalisme?Apa asalnya?Siapa membawanya?Ada orang yang boleh bagitau saya dengan tepat?Sila bagitau dalam ruangan komen atau shoutbox sebelah nih...

Saya tak tahu sejarah profesionalisme.Tapi saya lihat,profesionalisme sebenarnya adalah satu adat dan adab yang boleh dicipta dan dijadikan budaya oleh orang yang berpengaruh. Dan profesionalisme berubah mengikut zaman dan orde dunia.
Cuba tengok UK nih..sekarang orang laki pergi ofis semua pakai neck tie,blazer,kemeja..dulu, bukan ker orang putih nih pakai baju yg mcm ada ropol-ropol skit kat tangan tuh,pastuh kalau officer atasan mesti rambut mcm rambut palsu tuh,mcm rambut hakim yg warna putih tuh,ada dandanan skit..kalau pakai baju mcm zaman tuh ke ofis sekarang,mesti dah dikatakan tak profesional,dah out-to-date..sedangkan hello,dulu officer pakai mcm tuh tau..so, see? Profesionalisme berubah mengikut masa.

Jadik,saya lebih prefer untuk tidak bercakap tentang sesuatu yang dicipta dan berubah mengikut masa.Bukankah Allah dan Rasul telah menggariskan peraturan yang sewajarnya dalam kritik-mengkritik,tegur-menegur nih?

Ilmu saya seciput sebutir beras. Tapi saya tahu beberapa perkara..Yang saya sangat jelas,dalam menegur nih,kita kena jaga aib orang..Rasulullah kalau nak tegur sahabatnya di hadapan orang lain, tak pernah sebut pun nama orang tuh,sebut secara umum sahaja..jadik aib orang tak terbongkar, dan insya-Allah kalau Allah bukakan hati orang yang ditegur, sampailah teguran tuh..

Bukannya apa..bab aib nih,saya tak tahu anda mcm mana,tapi saya takut....sebabnya Allah memang telah memberi amaran,kalau kita tidak menjaga aib orang lain, maka Allah akan membukakan aib kita..takut saya,banyak aib nih..malu orang tahu..

Dan dalam mengkritik nih jugak,sometimes,kita terlupa hak orang lain,kita terlupa hak orang yang kita kritik tuh,kita terlupa hak orang yang kita marah tuh.
Analogikan dengan marahlah. Kita mungkin marah orang atas sesuatu kesalahan yang memang betul,dia buat. Tapi betulker cara kita marah tuh?
Saya pernah terbaca, apakah marah yang sepatutnya?
Marah yg sepatutnya ialah :

` Marah atas kezaliman yang berlaku tanpa melupakan keadilan'..

Yer,kita marah atas sesuatu yg berlaku, tapi dalam marah itu,kita memberi keadilan kepada orang yang dimarah,memberi peluang kepada dia menjaga aib sendiri,memberi peluang kepada dia untuk membela diri,memberi peluang kepada dia untuk menerangkan,memberi peluang kepada dia untuk TAHU KALAU DIA ASALNYA TIDAK TAHU ATAU TAK SEDAR.

Itulah..bila kita mengkritik ini,kita selalu terlupa hak orang lain,most of the time,hak saudara Seislam sendiri,kita lupa hak dia untuk diingatkan tentang sesuatu,kita lupa tanggungjawab kita untuk menjaga aib saudara sendiri....konon kata saudara, tapi aibnya kita bongkar puas-puas, untuk melampiaskan emosi,kemarahan,dan ketidakpuasan sendiri..ya, apa yang kita bongkarkan itu mungkin 200% tepat,tapi apa gunanya kalau kita tak ikut adab?kalau hanya mengundang dosa?kalau hanya mengundang fitnah?...

Bukankah indah kalau kritikan kita itu mengikut adab?Kalau nak kritik seseorang,bukankah indah kalau kita memang pergi jumpa dia personally,atau email personally,whatsoever,as long as u can contact him/her, cakap terus terang...jadik keaiban yg ada pun,hanya orang yg menegur dan ditegur jerk tahu..jadik orang yg menegur menjaga hak saudaranya untuk dihormati, dan orang yang ditegur pun pasti akan berterima kasih..kerana mungkin dia tidak tahu sebenarnya kita tidak puas hati dengan dia,yg kita marah dengan dia..see, bukankah indah kalau dapat jaga hak masing-masing dalam saling mengkritik nih?It sounds too idealistic..are u saying that?..If you say that this idea is just an `idea', are u denyng what Rasulullah dan Sahabah did in the past? Tepuk dada tanya hatilah..

Saya sedar sangat,saya sedang kritik orang yang mengkritik nih,dan saya mungkin akan dikritik jugak selepas ini,sama ada saya saya tahu atau sekadar jadik mesyuarat tingkap jugak..baguslah,saya perlukan kritikan,kerana saya manusia,bukan kera,bukan ungka,hidup bukan sorang-sorang,kena jaga hak orang,jangan obses dengan hak senirik saja sampai jadik perang..jadik,saya ingin sekali menjaga hak anda untuk mengkritik,maka kalau nak kritik,kritiklah saya sepuas-puasnya di sini. Jangan bimbang,saya tidak mengenakan akta ISA ke atas anda..

Cukuplah kot saya kritik orang ini..sebabnya, cuba awak tuding jari kat monitor komputer awak nih. Satu jari ke depan, 4 jari ke belakang tau..apa pun,sayalah yang banyak bersalah,maka saya mintak maaf banyak-banyak,kalau menyinggung orang..dalam entry ini,saya sekadar menegur diri sendiri supaya berhati-hati dalam mengkritik..kalau anda terasa tertegur, itu kuasa Allah...kalau anda rasa artikel ini tidak relevan dengan anda, again,I'm sorry, this is my blog, my words, my thoughts.

Quoting Patrick Teoh :

` Blogging is merely a group of people sitting together around a coffee-table talking about issues that affect their life,that they are not liking,and they want people to know their case'..

Sekian. Sesungguhnya mulut saya lebih dekat dengan telinga sendiri daripada telinga orang lain.

Till then. Full stop

p/s : I steal the topic sentence from someone. Credit to him. No copyright limited right?

2 comments:

Anonymous said...

baguh baguh..rajin mak tempawan nulih akhir akhir nih..mek pulok sibuuk..ingat kak shima pernah gtau dl..rasulallh antara cara baginda nk approach sebelum kasi teguran is baginda akan datang kpd sahabat, memberikan sentuhan, dan mengatakan sesungguhnya aku mnyayangi kamu.. itula role model yg paling bagus kan?..

p/s: ingatkan dea quote hang, ghuupanya hang quote dea..aparaa!! lainkali mntak mekk topic sentence tuh..=p

ibnu_umar said...

weh.. gudluck exam