Shoutul Amal - Analisa
( Kalau tetiba dia tak autoplay,sila tekan play senirik )
Analisa, analisa analisa siapa kita
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati
Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna
Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran
Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan
Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran
Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna
Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya
Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita..
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati
Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna
Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran
Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan
Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran
Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna
Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya
Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita..
Assalamualaikum warahmatullah..
Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz di saat kematiannya,ada ditanya,kenapa dia tidak meninggalkan harta untuk anak-anaknya?
Beliau menjawab :
`Kalau anak-anakku orang yang soleh, maka Allah yang akan memelihara mereka. Tetapi kalau anak-anakku orang yang zalim,aku lebih rela tidak meninggalkan harta untuk mereka'.
Bila dianalisa mcm lagu kat atas nih cakap,kita taklah sesoleh anak Khalifah Umar Abdul Aziz pun. Kita hanya orang yang berusaha untuk menjadi soleh, kadang-kadang jadik soleh, kadang-kadang jadik toleh ( = tak soleh )..jadik,adakah Allah akan memelihara kita dengan kesolehan part-time ini?
Tapi, memang takder apa lagik yang boleh melindungi dan memelihara kita selain Allah. Jadik marilah kita dengan penuh rasa rendah diri, hina-dina ( yerlah,dahlah soleh part time,pastuh nak mintak Allah pelihara lak,tak rasa hina ker diri? ), mari kita memohon supaya Allah memelihara Islam melalui keputusan kes Lina Joy esok. (30/5 ).
Keputusannya, Allah dah tetapkan.Kita jerk belum tahu.Cuma boleh doa semoga keputusan itu adalah yang terbaik untuk Umat Islam. Kalau Lina Joy kalah, maknanya undang-undang Malaysia memelihara Islam..Kalau Lina Joy menang, ya..macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalaulah kemenangan Lina Joy akan menyebabkan orang Islam tiba-tiba mempunyai kesedaran yang sangat-sangat tinggi tentang Islam,menyebabkan orang Islam bersatu,menyebabkan orang Islam berusaha untuk satu misi menaikkan kembali Islam, kenapa tidak??
Nauzibillah, saya tidak menyokong langsung kemenangan Lina Joy. Saya cuma menyokong keputusan yang bakal membawa kebaikan yang lebih besar kepada umat Islam..siapalah kita untuk judge bahawa kalau Lina Joy menang, itu ini akan terjadi..kita hanya predict, but Allah knows best.And His Decision is always The Best.
Sekian. Full stop.Selamat berdoa.
p/s : Moga Hakim yang nak buat keputusan esok nih pun beristikharah banyak-banyak jugak..bukan senang,nanti dia yang akan ditanya di Mahkamah Pengadilan.
No comments:
Post a Comment