Thursday, 3 May 2007

Bila Sponsor tarik balik tajaan,baru anda tahu langit tinggi rendah!

Assalamualaikum warahmatullah.

Sehari dua lepas,saya sedang sibuk membedah buku Berg & Stryer,dan jugak Buku Lodish untuk cover balik segala lecture biochemistry yang saya tertinggal..ditakdirkan Allah,seorang kawan yang menghantar link ini dalam inbox saya :


Mara tarik balik tajaan dua pelajar di UK, Ireland

KUANTAN 15 Feb. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menarik balik tajaan ke atas dua pelajar perubatannya di United Kingdom (UK) dan Ireland kerana menganjurkan kegiatan menentang kerajaan.
Ketua Pengarah Mara, Zamani Mohd. Nor berkata, tindakan terpaksa diambil kerana Mara tidak mahu tindak-tanduk buruk pelajar itu menjadi ikutan pelajar lain.
Beliau berkata, ia melibatkan seorang pelajar tahun akhir di UK dan seorang pelajar tahun tiga di Ireland. Pelajar di UK itu mengambil kursus perubatan selama tujuh tahun.

Untuk berita penuh,sila click sini.

Pada mulanya,saya membaca artikel ini tanpa sebarang perasaan,mungkin sebab saya bukan budak MARA ( Jgn marah yerk Mara Student..:P )..tapi,saya tak sangka pulak topik ini menjadi isu hangat sesama kawan-kawan di sini..yerlah,masing-masing pelajar tajaan jugak,mestilah bising soal nih..saya tak berhenti ketawa sambil membaca pendapat semua orang yang memang mengaplikasikan sepenuhnya elemen-elemen sastera seperti sarkasme ( elemen lain saya dah lupa, SPM dah lepas 4 tahun..:P )..

erhm..saya no comment tentang ini,tapi saya tahu,penaja perlu dihormati. Saya sejak dari zaman persediaan di Sunway,memang seolah-olah sudah berlepas diri dari duit parents,bila datang ke UK nih,lagilah tak pernah cakap pasal duit dengan parents ( yerlah,parents dengar harga t-shirt 5 pounds pun dah bising,sebab RM 35,kita kat sini kira murah dahlah tuh..)..saya sedar,saya berhutang banyak gila dengan penaja,maka logiknya,dan memang mengikut kontraknya,saya kenalah mengikut segala arahan penaja saya..kalau penaja kata buat A,saya kenalah buat A,takkan saya nak ikut kepala saya buat Z..nak kena tarik sponsor?nak bayar balik segala hutang?saya tak sanggup..
Logik kan apa yang saya kata?Semua pelajar tajaan terikat dengan kontrak,kalau tak ikut kontrak,balik kampung poket kosonglah jawabnya..
Jadik,kita semua sangat hormatkan penaja study kita..kita semua takut nak buat sesuatu yang menentang penaja study kita..
Nak tanya..bagi pelajar-pelajar tajaan,anda hanya kena ikut penaja study anda tuh jerk ker?bagi pelajar-pelajar FAMA,anda hanya kena ikut arahan mak bapak jer ker?...

Bukankah hidup kita memang sentiasa ditaja,mana ada kita pernah tanggung sendiri semua benda?
Saat anda membaca ayat-ayat saya ini..setiap nafas kita ditaja..setiap gerakan kita ditaja,setiap pemikiran kita disponsor, setiap tenaga kita ditaja,setiap apa yang kita ada,dari kecik sampai sekarang,dan selepas ini,segala-galanya memang ditaja!

Adalah salah jugaklah untuk mengatakan bahawa penaja kita hanyalah MARA atau JPA atau Petronas..bila diorang start taja kita?Mostly mula di kolej persediaan..sebelum tuh sapa taja anda?..Bukankah kita ada Penaja Besar yang sangat Kaya dengan kasih-sayang,yang telah memilih kita untuk ditaja di atas muka bumi ini?Yang telah memberi anda segala yang anda telah ada,akan ada,dan sedang ada?Kalau Dia tidak memilih anda untuk ditaja sebagai manusia,mungkin anda sekarang ialah burung gagak yang selalu ada kat tong-tong sampah besar,yang selalu saya rasa nak tembak kalau saya ada lesen senapang..kotorlah!

Penaja Besar ini sangat berbeza daripada penaja study kita tuh...kalau penaja study kita tuh,dia bayar untuk segala yang kita guna sekarang,nanti kita kena balik berkhidmat untuk dia,takpun kena bayar balik,kiranya dari zaman study nih lagik,dah bekerja untuk dialah....tapi Penaja Besar itu,Dia taja every single thing yang kita ada,supaya kita dapat gunakan sebaiknya,mendapat keuntungan daripada segala yang Dia taja..dan kalau kita gunakan modal yang Dia kasi itu sebaiknya,nanti Dia taja lagik kita dengan kehidupan yang lebih indah dan abadi ,sikit pun Dia takkan mintak kita bayar balik apa yang Dia taja :

`....Jika kamu beriman serta bertakwa,Allah akan memberikan pahala kepadamu.dan Dia tidak akan meminta hartamu'..( 47 : 36 )

Penaja study kita sangat baik sebenarnya..contohnya kalau MARA,kalau ada langgar arahan MARA,boleh buat rayuan..rayuan pertama,kedua mungkin diterima,tapi kebaikan penaja study kita ada batasnya.. kalau dah salah kali ke 20,haih,silap-silap kita masuk dalam kumpulan yang dinyatakan dalam berita di atas tuh,ngeri woo..tapi kan,Penaja Besar kita,sangat -sangatlah berbeza..kita buatlah salah banyak kali pun,tapi kalau kita membuat rayuan,memohon kemaafan sesungguhnya selepas setiap kesalahan,dan mengubah perangai kita,maka Penaja besar kita tetap akan memaafkan kita,kerana dia sangat-sangat pengasih dan penyayang,walaupun itu rayuan kita kali ke sejuta..mana ada Penaja lain yang mcm nih?

Penaja study kita juga adil..semua pelajar di bawah tajaan mendapat elaun yang sama,takder beza ko anak datuk ker,anak tukang kebun ker,saja jerk jumlah elaunnya..tapi kan,keperluan kita berbeza dari seorang ke seorang..contohnya,saya rasa elaun saya tak cukup sebab saya kena beli banyak buku, tapi kawan saya pulak,elaun dia berlebih-lebih boleh melancong ke sana sini,sebab buku dia tak banyak ..see,elaun sama,faedah tak sama! in one way,mcm a bit tak adillah jugak kan..tapi kan,Penaja besar kita,sangat-sangatlah adil..Dia tahu,keperluan setiap orang ada berbeza,Dia amat maklum,yang setiap orang adalah unik..jadik kepada setiap orang,Dia menaja Takdir yang berbeza-beza,sesuai dengan kemampuan orang itu..kita mungkin nampak perbezaan takdir antara setiap orang ini adalah sesuatu yang tak adil,tapi sesungguhnya, Takdir itu adalah yang terbaik buat kita..

`...Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui..'..(2 : 216 )

See,adil kan Penaja Besar?elaun setiap orang tak sama,tapi faedahnya sama,iaitu Yang Terbaik untuk setiap orang!

Apa lagik kebaikan penaja study kita?..hmm,banyak..tapi Penaja Besar kita lagiklah banyak rahmatnya,anda semua bijak,pasti lebih tahu..

Untuk mendapat semua faedah yang ditawarkan oleh penaja study kita,maka kita mestilah mematuhi kontrak kan..maka untuk mendapat Keuntungan yang ditawarkan oleh Penaja Besar,maka kita pun kenalah mematuhi Kontrak Penaja Besar..uiks,tak sedar ker kita ada kontrak lain selain kontrak biasiswa?..

Penaja Besar telah menetapkan,bahawa untuk mendapat kebahagiaan di Dunia dan Akhirat,perlulah mematuhi apa yang telah dikontrakkan dalam al-Quran dan as-Sunnah,kedua-duanya ialah kontrak Biasiswa Hidup kita,lagik besar dari kontrak biasiswa study anda!..
Apa yang terdapat dalam kontrak study anda mungkin bertentangan dengan naluri anda sendiri. Mungkin ada ayat yang mengarahkan anda supaya jangan kahwin time study( ada ker ayat gini ? JPA kata jangan kahwin 1st year jerk)..sedangkan kalau dah rasa patut dan sesuai nak kahwin,kahwin jerlah kan daripada buat maksiat..see,kan kontrak study dah bertentangan dengan naluri?
tapi kan..Kontrak Penaja Besar,adalah suatu kontrak,yang memang bersesuaian dengan fitrah semulajadi kita..kerana yang merangka Kontrak Biasiswa Hidup ini ialah Penaja yang paling mengetahui siapa diri kita..bukan ker bahagia dapat ikut naluri sendiri dengan cara yang sepatutnya?

Kita semua takut kalau biasiswa kita ditarik ( ker ada yg tak takut?silalah bersedia membayar balik,hehe..)..
tapi kita tak takut ker kalau Penaja Besar tarik balik tajaan hidupnya ke atas kita?..Dia boleh tarik pada bila-bila masa saja...termasuklah nafas kita..

Saya lebih takut kalau Penaja Besar tetap menaja Biasiswa Hidup saya..tetap memberikan segala-galanya yang saya mahu,yang saya perlu..tapi di akhirat nanti,baru saya sedar yang saya telah mengingkari Kontrak Hidup itu, dan akan dihukum sebagaimana yang jelas tercatat dalam Kontrak Hidup itu..tapi waktu tuh,sedar pun,dah takder guna..Contract is Contract..

`...Maka apa lagi yang mereka tunggu-tunggu selain hari kiamat,yang akan datang kepada mereka secara tiba-tiba,karena tanda-tandanya sesungguhnya telah datang .Maka apa gunanya kesedaran mereka itu,apabila hari kiamat sudah datang? ' ( 47 : 18 ) ..

Saya tak tahu anda takut ker tidak,tapi saya takut,amat takut..kerana saya boleh kira berapa isi kandungan kontrak yang saya telah patuhi tapi tak terkira banyaknya isi kandungan kontrak yang saya tak ikut....kalau Penaja Besar tarik biasiswa hidup ini di dunia dan saya sedar tentangnya,maka saya boleh buat rayuan lagik..tapi kalau Penaja Besar tarikh biasiswa hidup ini tanpa saya menyedarinya..saya takut,saya takut kalau di akhirat nanti baru saya tahu langit tinggi atau rendah!..

Semoga kita istiqamah dalam mematuhi Kontrak Hidup kita..Kerana kita tidak tahu berapa lama masa yang ada untuk kita menunaikan semua perkara dalam kontrak itu..dan kita jugak tak tahu berapa lama masa yang kita ada untuk membuat rayuan kalau kita ingkari isi kandungan kontrak tuh..

Sekian.Sesungguhnya mulut saya lebih dekat dengan telinga sendiri dari telinga orang lain.

Till then. Full stop.

p/ s : saya sendiri kehairanan kenapa saya masih diberi masa untuk menulis blog tetapi translation paperwork tak siap lagik,sehhh..














3 comments:

Anonymous said...

terima kasih kerana sudi menulis. moga-moga usaha ini akan mempercepatkan kemenangan ISLAM di Malaysia dan diterima sebagai amal ibadah.

-antimunafik-

Anonymous said...

alhamdulillaah. jazakallah atas penulisan yg sy kira baik utk kesedaran pelajar2 islam yg selalu dimomok2kan dgn kehilangan harta duniawi yg tiada harganya oleh golongan2 yg berkepentingan. smg golongan ini suatu hari nanti akan sdr bhw apa yg mereka buat tu hanya mengundang kemurkaan Allah.

Anonymous said...

benar sekali. setuju dgn isi penulisan anda. jika kita tahu tujuan hidup kita yg sebenar, maka kita akan tahu mana kepentingan yg lebih besar, mana keutamaan yg perlu didahulukan. sungguh geram saya apabila membaca berita yg dipos dlm emel itu. terfikir sy, sudah kehabisan ideakah mcm mana mahu menyekat perjuangan menegakkan kebenaran? ingatlah,yg benar pasti tertegak suatu hari nanti! smg kita semua insaf.