Tuesday, 27 November 2007

If I come from apes, what's the point of praying??

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Seperti biasa, kalau nak dengar, sila tekan play..

Assalamualaikum warahmatullah..

Semalam, 26/11/07, saya menghadiri talk pertama dalam program Muslim Week anjuran Manchester Islamic Society, bertajuk : Sahabah, a forgotten nation. Disampaikan oleh Brother Uthman. Seorang speaker yang saya sangat suka.

Acara sepatutnya bermula pada jam 5.30 petang. Tetapi pengalaman tahun lepas menyebabkan saya hanya meninggalkan bilik pada jam 5.40 petang.Apabila sampai di sana kira-kira 10 minit kemudian, acara baru sahaja bermula. Alhamdulillah, saya bernasib baik tidak terlepas permulaan acara.Timbul sedikit rasa kagum atas kemajuan ISOC tahun ini. Pada tahun lalu, saya pergi talk tepat masanya, tapi acara hanya bermula kira-kira 45 minit kemudian. Semalam, tak sampai setengah jam daripada masa yang dijadualkan, talk telah pun bermula. Satu peningkatan yang bagus saya kira,mungkinkah kerana ada Kutubad sebagai salah seorang ahli jawatankuasanya? Heh, selepas ini saya yang perlu on-time ke talk ISOC..

Sambil duduk, saya membelek-belek kertas-kertas, pamplet-pamplet yang disediakan di atas meja. Ada borang penilaian, ada borang soalan, ada promosi Al-Kauthar.Saya sedikit malas untuk membaca dengan teliti.Tetapi tiba-tiba mata saya tertumpu pada imej ini :



Wah, menarik nih..Tumpuan saya terhadap talk tentang sahabah itu sedikit terganggu. Tangan saya mencapai helaian pamplet yang mengandungi imej itu. Apa ceritanya nih?..



Membaca pamplet ini, saya tersenyum. Teringat kembali entry saya semester lalu yang berkisarkan perbualan saya dengan coursemate saya, seorang atheis. Untuk cerita penuh tentang entry itu, sila click sini.
Tetapi sebenarnya, coursemate saya itu bukan seorang atheis. Dia ialah seorang `agnostic'. Orang-orang yang agnostic mengaku bahawa tuhan itu ada tetapi mereka tidak mempunyai cukup bukti atau bukti yang jelas, sekurang-kurangnya untuk meyakinkan mereka sendiri. Kerana itu, mereka sentiasa mencari bukti-bukti, yang dapat meyakinkan mereka, bahawa tuhan itu wujud ataupun tidak..
Selepas habis talk, saya pergi dari satu meja ke meja, mengutip pamplet tersebut, yang ditinggalkan oleh orang yang menghadiri talk tersebut.
Hari ini di kuliah, saya memberikan pamplet tersebut kepada orang-orang yang saya ingin sangat mereka hadir : kepada coursemate yang saya ceritakan dalam entry yang terdahulu, kepada kawan saya yang merupakan penggerak Christian Society di sini,
kepada coursemate saya, yang saya kira sangat hebat, he was the chair for Our student Union's General Meeting and might chair the debate between students and Alan Gilbert, The University's President Tomorrow..
Saat saya memberikan pamplet itu kepadanya, dia bertanya dengan nada terkejut :

`Wow, you are a member of Challenging Orthodox Society( COS )??'

`nOPE, I didn't even know that such society exists!..' ( My Bad..)

Saat saya menulis blog ini, saya sudah pun menghantar email kepada COS, menempah tempat untuk perbahasan itu. Saya kira ramai orang akan menghadiri debat tersebut, kerana itu perlu menempah tempat kerana tempat pastinya limited.
Kepada Mancunians yang mengaku percaya kepada tuhan, adakah anda sudah punya cukup bukti untuk meyakinkan kepada orang yang tidak mempercayai tuhan bahawa kepercayaan anda adalah benar?Kepercayaan anda adalah kukuh?Kepercayaan anda tidak dapat disangsikan lagi?..
Kalau anda yakin anda sudah punya keupayaan itu, saya tabik spring, sila datang berdebat dengan coursemate agnostic saya yang memandang segala-galanya dari sudut saintifik..
Kalau anda, seperti saya juga, yang mungkin akan mati akal atau mati kata atau berbicara tanpa keyakinan yang kukuh di hadapan seorang agnostic apatah lagi atheis, sila bukak email anda,click compose, di kotak `to', sila letak alamat ini :

COS@umsu.manchester.ac.uk

Sekian, cukuplah perkataan yang sedikit tetapi berterusan.Moga Allah merahmati & menghilangkan sifat riak & takabbur yang selalunya mencemarkan kesucian niat seorang muslim..

Terima kasih.

p/s : Arrgh...tak sedar, dah lambat nak ke talk ISOC second day!!!!!!!



Saturday, 24 November 2007

Keluarkan saya dari kebodohan ini!!

Assalamualaikum warahmatullah..

Sudah lama benar saya tak kemaskini blog kan?Dulu, seminggu 2-3 kali pun saya boleh menulis, sentiasa ada saja yang nak diceritakan, sekarang tiga minggu pun belum tentu lagi blog ini berganti cerita baru..bukannya tak ada cerita yang nak dikongsi, bukannya tak ada ilham yang biasanya terdetik saat berjalan kaki ( atau naik bas Universiti 147, atau hentam bas berbayar magicbus saja kalau dah lambat sangat-sangat ) dari GP ke Stopford Building, ulang alik hari-hari..

Ya..Oxford road itu memang sibuk, hari-hari penuh kereta dan bas, jalan raya paling sibuk di Eropahlah katakan..tapi waktu cuti musim sejuk, yang mana pelajar British pulang ke rumah sedangkan pelajar luar pergi bercuti, jalan raya sangatlah sunyi, dan gloomy..dengan mudahnya boleh tangkap gambar..cuba tengok bawah nih..



Ini gambar tahun lepas waktu Adah datang dari Dublin. Suasana sebegini hanya dapat disaksikan pada hujung minggu, cuti musim sejuk,musim bunga, dan musim panas. Kalau waktu lain nak tangkap gambar macam nih silap-silap kena hon dengan bas yang tak berhenti-henti lalu & menjejaskan kesihatan pejalan kaki dengan asapnya..Saya hantar gambar ini ke salam perantau tapi tak keluar-keluar..cantik sangat kot..:P


Manchester, tambah-tambah lagi Oxford Road, bukannya bandar yang sihat sangat walaupun Hospital Diraja Manchester berada di jalan itu..sebab itulah saya tidak berpengalaman main baling snowball atau buat snowman lagik, salji taknak turun pasal pencemaran tinggi, huhu ( Ini kata coursemate saya dari Oldham )..
Menelusuri jalan tersibuk di Eropah sehari-hari ini, habit saya yang selalu lewat ke kelas membuatkan saya tidak sempat memerhati dalam perjalanan ke Stopford Building..oh, nak tahu mana Stopford Building?..


Heh, itu gereja..di sebelah kananya, Stopford Building, dilindungi oleh pokok yang saat itu masih malu-malu untuk menggugurkan daunnya..kalau manusia yang blushing, pipinya akan bertukar merah kan..kalau pokok yang blushing saya kira, instead of red, ia akan malu-malu kekuningan selama 2- 3 bulan sebelum menggugurkan diri..( Teori Pokok Malu )..haha, ada ker teori tuh? Ada ker takder, daun pun tahu nak gugur setiap tahun tanda ia tunduk kepada kitaran alamnya, tak pernahlah pulak daun nih tak buat pasal taknak gugur waktu winter, manusia yang kadang-kadang tak reti bahasa untuk tunduk kepada kitaran hidup yang Allah dah tetapkan..

Berjalan pulang dari Stopford Building, saya akui, kelajuan saya berjalan agak rendah, sebab tuh Kutubad selalu beralih belakang tengok saya kalau kami tengah rushing bersama-sama ke suatu tempat, maaflah, kaki kiri saya defect sikit sejak 2-3 tahun nih ( sejak jatuh waktu taekwondo di Sunway..)..tapi keperlahanan saya juga membuatkan saya selalu punya peluang untuk memerhatikan manusia-manusia yang berjalan di kiri kanan saya..kiri-kanan-depan-belakang semua ada..budak sekolah, budak Uni, pensyarah sendiri,pekerja pembinaan bangunan Scan Building yang gah itu, semua jenis manusia ada..dengan hala tuju masing-masing..

Baguslah, semua orang ada hala tuju, tak pernah lagi di Oxford Road nih saya jumpa manusia yang terkebil-kebil, terpinga-pinga tak tahu nak ke mana..cuma kenyataannya, walau banyak mana pun matlamat yang seseorang manusia itu ada, matlamat yang pasti dicapai hanya satu : Kembali kepada tuhan...ya, semua orang tahu itu, orang-orang yang atheis pun, walaupun tidak mempercayai tuhan, mereka pasti akan satu perkara : Mereka semua akan mati..cuma tak tahu selepas mati itu jadi apa..

Kepada semua yang percaya bahawa selepas mati itu, kita akan kembali pada tuhan, maka suka rasanya saya mengingatkan diri sendiri dan semua, adakah hala tuju kita sehari-hari itu memang benar-benar melambangkan keyakinan kita akan proses pengembalian itu?Kita semua tahu bahawa nyawa itu boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja, nyawa saya bisa terbang meninggalkan jasad dan kembali kepada sang Raja pada saat saya menaip entry ini..tapi adakah kita bersedia kalau nyawa kita ditarik sekarang?Adakah kita sedang berbuat perkara kebaikan saat ajal menjelang ataupun masih `ralit' dalam perkara-perkara yang melekakan?Yakinkah kita bahawa kita mampu mengucap lafaz syahadah saat ruh bergerak perlahan-lahan dari kaki ke pangkal kerongkong?Yakinkah kita bahawa kita masih ada iman pada saat kematian itu?Yakinkah kita bahawa Malaikat Maut akan mengasihani kita dengan perlahan-lahan mencabut nyawa kita, ataupun mungkin merentap saja ruh itu kalau pada saat itu kita sedang melanggar perintah Allah?..Nauzibillah..

Sungguh, hanya Allah yang tahu soal ajal maut ini..dan sungguh, nyawa itu boleh ditarik dalam sekelip mata..dan sungguh, Allah itu sentiasa mengawasi dan lebih dekat dari kita dari urat leher kita sendiri..semua mengakui hakikat ini kan?Tapi saya juga sedih dengan diri sendiri, saya belajar tentang hakikat-hakikat ini dari saat saya masuk sekolah lagi..saya lihat orang lain juga sama, anda juga sama mungkin..kalau kita kata kita memahami kenyataan ini kenapa kadangkala masih terdetik di hati kita untuk melakukan dosa?masih terdetik di hati untuk leka?masih terdetik di hati untuk berlengah-lengah dengan tanggungjawab yang ada?masih terdetik untuk melakukan perkara yang sudah tahu sia-sia hanya untuk seronok-seronok saja?Just for fun...sungguh, saya tertanya-tanya akan kebodohan, kebebalan, dan kedunguan sendiri, yang tidak bertindak mengikut keadaan sedangkan saya tahu satu keadaan yang pasti : saya boleh mati bila-bila masa..

Tuhan, bukakanlah hati, untuk keluar dari kebodohan dan kebebalan ini...

Cuba dengar lagu Opick ini..sila tekan play..

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Buka mataku buka hatiku
Allah terangilah hidupku dengan sinar-Mu
Aku meraba tak berdaya
Tanpa rahmat-Mu aku hilang

Reff:
Beribu dosa tlah terjadi
Mewarnai langkahku
Hitam diri
Bukalah hari yang lalu

Bila tanpa cahaya-Mu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya
Tak berarti sia-sia

Tak mungkin bisa
Kusempurna mencintai-Mu
Seperti kemahaan-Mu

Diri yang hina
Berlumur noda
Hanya besimpuh
Memohon belas kasih-Mu

Ya Allah, kami memohon ampun dari-Mu, keluarkanlah kami dari kebodohan ini, kedunguan kerana tidak menyedari hakikat diri sendiri, kesombongan kerana terus melakukan perkara yang engkau larang padahal kami sendiri tidak tahu sama ada kami sempat untuk bertaubat atau tidak...

jujur saya katakan, inilah entry saya yang paling tulus saya pernah tulis mungkin, entry yang pada mulanya hendak cerita perkara lain, entry yang pada mulanya hanya ingin main-main..tapi alhamdulillah Allah menetapkan saya supaya jangan bermain-main dengan blog sendiri..kalau blog ini bernyawa mungkin dia akan tanya saya : kenapa kamu selalu bermain-main dengan aku padahal kamu tahu kamu tidak punya waktu,padahal kamu tidak tahu kapan nafasmu berakhir..

Moga Allah terus tetapkan niat kita, menulis, membaca, dan berkongsi, hanya keranya-Nya, jauhkanlah kita dari sifat riya' dan bangga atas kebolehan sendiri, sedangkan semua itu datang dari Allah..

Sekian..bertemu lagi di lain entry..

Salam.Full stop.

p/s : Saat saya menulis ini, di pertengahan jalan, saya berasa lain macam..baru saya teringat, asar udah berlalu 20 minit, dan saya masih ralit di sini menulis blog..ampunkan saya ya-Allah..




Tuesday, 6 November 2007

All about US..Sunway + Druggist Gang..

Assalamualakum warahmatullah..
Dah lama tak update blog kan?Sampaikan ada orang tanya, hee..
Terima kasih kepada kawanku yang bertanya..maka aku tujukan entry kali ini salah seorangnya untuk dia..( tapi of course bukan dia sorang la, jangan perasaan MRS!..:p )..

Waktu raya harituh, seperti biasa, ada banyak sangat rumah terbuka,& banyak jugak program sambutan raya oleh badan-badan pelajar Malaysia yang ada di Manchester nih.
( Menunjukkan ramainya makhluk berwarganegara Malaysia di Manchester nih sampai ada lebih dari 1 student body )..

Maka pada suatu ketika,aku ditugaskan untuk mengendalikan dekorasi untuk satu majlis jamuan raya yang ada kehadiran Menteri dari Malaysia..so sudah pasti kena buat lawa-lawa kan?..
Tapi waktu tuh, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan,aku tidak dapat cukup tenaga kerja..risau, sangat risau waktu tuh, sebab walaupun aku kepala kerja, tapi yang betul2 uruskan dekorasi ini adalah orang lain ( aku nak lead decoration?jangan harap..:P )..tugas aku adalah memastikan benda nih siap,arrange masa nak buat, termasuklah mencari tenaga buruh..
Pendirian aku, kalau dah kata nak buat, maka kalau ada masalah pun, jangan merungut tentang keputusan yang telah ko ambil, takder guna & membuang masa..maka aku pun mula-mula agak pening kepala memikirkan tenaga-tenaga yang boleh direkrut..
Tetiba aku teringat sekumpulan makhluk manusia.....ya, Pharmacy Gang Class of 2010!!..


Salam Perantau dari Pharmacy Gang Class of 2010 UoM!..
( Memang geng yang poyo, serbu Lemmy 9 serentak pada Hari Raya)..

Baru aku teringat, aku ada Double Y,OQI,TEL,Am,SHL,LGL,Double M..maka tanpa membuang masa,aku pun contact diorang, sort of `mengarahkan' diorang menolong aku, & mereka pun menerima arahan dengan hati terbuka, hee..
Maka malam itu kami pun bula bekerja..tempat bekerja tuh penuh dengan Budak2 Pharmacy sebenarnya..


Bekerja atas arahan Hani Nadirah,hee..dari kiri, OQI,Am,Awan, SHL,Double Y


-Manchester Book of Records - Ketupat Terbesar -...

Sebelum nih aku tak pernah mengajak pharmacy gang nih buat kerja,sebab diorang bukan committee & tak aktif dalam society pun..tapi malam tuh diorang datang gak buat kerja,siap menghabiskan balang-balang biskut raya aku lagik..( memang nak jamu diorang pun..:P )..
dan diorang tak dapat pun menghadiri jamuan raya esoknya, semua diorang kerja dekat Stadium Manchester United dari pagi sampai petang..membuatkan aku lagik terharu sebab diorang stay jugak sampai habis kul 12 lebih walaupun esok pagi tuh awal2 lagi nak kena keluar..
Yang membuatkan aku lebih terharu...

Aku : Quite worry now, havent study for a few days,busy with this kind of things..
Double Y : oH, You should divide your time, and delegate your work..
Aku : Means?..
Double Y : Ya, kalau ada kerja mcm nih, just call us, we'll come to help..

Oh,seriously aku terharu, never expect that answer from him..
Aduih pharmacy gang, korang memang kumpulan yang lengkap, sayang korang!..

Bersama kumpulan pharmacy..aku teringat kembali kenangan-kenangan di Sunway..saat aku belajar menerima, belajar merubah cara pemikiran sendiri & bercampur dengan orang..
Waktu mula-mula masuk Sunway..ya, aku datang bukannya dari SBP ker,MRSM ker..cuma sekolah kecik di ceruk kampung..sekali masuk sunway, mcm culture shock jugak,apabila tiba-tiba diri menjadi minoriti, dengan Melayu Muslim mungkin hanya 20% daripada populasi Sunway, tuh pun banyaknya yang sponsored sahaja..English digunakan di semua tempat, office,IT Centre,Finance Counter,Kedai Buku Kolej, malah kafe pun..takyah datang UK pun dah rasa mcm UK di Sunway Uni College,satu environment yang sangat berbeza berbanding sekolah sebelum tuh..
Dalam satu presentation, aku dihentam teruk, oleh seluruh budak-budak a-Levels ( adalah dekat 100 orang dalam lecture hall tuh..)..kerana cara aku membawakan presentasi tuh memang tak kena, yerlah, aku membawa presentasi itu dengan cara berfikir di sekolah, menganggap bahawa cara pemikiran aku yang betul, sedangkan sebenarnya tak,seluruh budak-budak a-Levels dalam lecture tuh mempersoalkan : Ingat ko sorang jer ker yang betul?Ko sorang ker yang patut diutamakan?Cara kitaorang nih tak betul ker??..
Seriously..that presentation taught me a lot of things..merubah cara aku berfikir,memudahkan aku menerima & memahami cara hidup orang yg aku tak pernah jumpa sebelum nih..membuatkan aku faham satu perkara :

I hold on things that I think true, I defend my stand, but I couldnt accuse that Others are wrong,All men are seeking for ultimate truth, Yet the definition of ultimate truth varies with faith,If others never blame you for being different with your hijab,why should you look down at those who kiss at public?If others juat act based on what they believe, then why you accuse them of being wrong, since you also act based on what you believe?

Sejak presentation tuh jugak aku mula memahami,mcm mana hendak hidup dengan kawan-kawan sekelas aku..kelas aku hanya ada 22 orang, bila time science subjects tinggal 17 orang saja, chinese & malay sama banyak saja..& ditakdirkan pulak,waktu second sem, kami semua ( girls sahaja ) dipindahkan ke satu rumah, sebuah Penthouse di Tingkat 23 & 24 Sunway Lagoonview Condo..rumah tuh memanglah sangat best,sebab tuh kami setuju pindah..tapi sebelum pindah tuh,mcm-macam krisis terjadik..sampaikan dalam kelas waktu tuh, semua muka masam..ada yang sampai menangis,ada yg senyap..hmm..tapi akhirnya kami pindah jugak..

Ada hikmahnya kami pindah..we had fun together,seriously..buat jamuan raya, sabtu malam, bising giler sampaikan marah budak2 AUSMAT yang nak amik exam time tuh..chinese new year pun buat, lepas tuh stok kuih raya & chinese new year pun banyak..aku ingat dari tingkat atas aku keja turun tingkat bawah jerk menghabiskan kuih raya Cindy & biskut Famos Amos yang sedap,hee..birthday Jannah pun sambut ramai-ramai..yang paling takleh lupa, kami buat makan-makan Raya Haji dekat bilik aina sambil tengok TV, pastuh esoknya kena marah dengan Head of A-Levels sebab amik cuti extra, hee..then ramai-ramai mintak maaf jugak,huhu..waktu exam a-Level pulak, semua orang ada kawan masing-masing di kolej lain, maklumat soalan2 ramalan tersebar dari pintu ke pintu,huhu..( tapi taklah banyak pun yang keluar..)..



Sunway College A-Levels S3-JPA 2004-2006 at BTN
( Yang dalam kotak - IMU-ans yang x menghadiri BTN )

Kitaorang tahu, kolej kitaorang taklah sebesar & sehebat kolej-kolej persediaan yang lain,tapi kami smua sangat gembira bersama-sama, tambah-tambah lagik kat BTN..We felt much closer after BTN...

September 2006, masing-masing fly..11 orang fly UK,6 orang Eire, 5 orang IMU..sedih gaklah,berpisah dengan kengkawan..then adalah satu aktiviti yang dinamakan Notts Malaysian Games, aku taknak pergi asalnya sebab hari isnin tuh kena submit article review yang sangat aku tak suka buat..sekalik aku & Kutubad tahu yang AFK,MRS turun dari Newcastle & Dublin..pastuh last minute aku joinla jugak,bersama 2 lagik Sunwayian, Double M & TEL dari Manchester..sekali sampai dekat Notts, ouch, Everyone from sunway was there!!...Miss Beh,Andrew, Miss Goh,& Ucop..huh, 10/11 Sunwayian di UK berkumpul bersama-sama!..tak pernah rancang pun...


Waktu nih ada banyak kamera. Untuk setiap kamera,semua pose lain-lain,
( Those at Eire, maaf, korang takder time nih..)

Aku menggelar batch ini : Batch kolej assobiyah Sunway,hehe...

Aku sangat sayangkan korang, Sunway Gang + Pharmacy Gang..Suatu hari nanti kita akan berpecah ikut destinasi masing-masing, & mungkin buat Gang baru lagik..tapi Sweet Memories never fade...

Sunwayian + Druggist 2010 of UoM, nak tambah apa-apa?Sila penuhkan ruangan komen...

Sekian, Full Stop..

P/S : What a long entry after prolong incubation period...