Tuesday, 27 November 2007

If I come from apes, what's the point of praying??

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Seperti biasa, kalau nak dengar, sila tekan play..

Assalamualaikum warahmatullah..

Semalam, 26/11/07, saya menghadiri talk pertama dalam program Muslim Week anjuran Manchester Islamic Society, bertajuk : Sahabah, a forgotten nation. Disampaikan oleh Brother Uthman. Seorang speaker yang saya sangat suka.

Acara sepatutnya bermula pada jam 5.30 petang. Tetapi pengalaman tahun lepas menyebabkan saya hanya meninggalkan bilik pada jam 5.40 petang.Apabila sampai di sana kira-kira 10 minit kemudian, acara baru sahaja bermula. Alhamdulillah, saya bernasib baik tidak terlepas permulaan acara.Timbul sedikit rasa kagum atas kemajuan ISOC tahun ini. Pada tahun lalu, saya pergi talk tepat masanya, tapi acara hanya bermula kira-kira 45 minit kemudian. Semalam, tak sampai setengah jam daripada masa yang dijadualkan, talk telah pun bermula. Satu peningkatan yang bagus saya kira,mungkinkah kerana ada Kutubad sebagai salah seorang ahli jawatankuasanya? Heh, selepas ini saya yang perlu on-time ke talk ISOC..

Sambil duduk, saya membelek-belek kertas-kertas, pamplet-pamplet yang disediakan di atas meja. Ada borang penilaian, ada borang soalan, ada promosi Al-Kauthar.Saya sedikit malas untuk membaca dengan teliti.Tetapi tiba-tiba mata saya tertumpu pada imej ini :



Wah, menarik nih..Tumpuan saya terhadap talk tentang sahabah itu sedikit terganggu. Tangan saya mencapai helaian pamplet yang mengandungi imej itu. Apa ceritanya nih?..



Membaca pamplet ini, saya tersenyum. Teringat kembali entry saya semester lalu yang berkisarkan perbualan saya dengan coursemate saya, seorang atheis. Untuk cerita penuh tentang entry itu, sila click sini.
Tetapi sebenarnya, coursemate saya itu bukan seorang atheis. Dia ialah seorang `agnostic'. Orang-orang yang agnostic mengaku bahawa tuhan itu ada tetapi mereka tidak mempunyai cukup bukti atau bukti yang jelas, sekurang-kurangnya untuk meyakinkan mereka sendiri. Kerana itu, mereka sentiasa mencari bukti-bukti, yang dapat meyakinkan mereka, bahawa tuhan itu wujud ataupun tidak..
Selepas habis talk, saya pergi dari satu meja ke meja, mengutip pamplet tersebut, yang ditinggalkan oleh orang yang menghadiri talk tersebut.
Hari ini di kuliah, saya memberikan pamplet tersebut kepada orang-orang yang saya ingin sangat mereka hadir : kepada coursemate yang saya ceritakan dalam entry yang terdahulu, kepada kawan saya yang merupakan penggerak Christian Society di sini,
kepada coursemate saya, yang saya kira sangat hebat, he was the chair for Our student Union's General Meeting and might chair the debate between students and Alan Gilbert, The University's President Tomorrow..
Saat saya memberikan pamplet itu kepadanya, dia bertanya dengan nada terkejut :

`Wow, you are a member of Challenging Orthodox Society( COS )??'

`nOPE, I didn't even know that such society exists!..' ( My Bad..)

Saat saya menulis blog ini, saya sudah pun menghantar email kepada COS, menempah tempat untuk perbahasan itu. Saya kira ramai orang akan menghadiri debat tersebut, kerana itu perlu menempah tempat kerana tempat pastinya limited.
Kepada Mancunians yang mengaku percaya kepada tuhan, adakah anda sudah punya cukup bukti untuk meyakinkan kepada orang yang tidak mempercayai tuhan bahawa kepercayaan anda adalah benar?Kepercayaan anda adalah kukuh?Kepercayaan anda tidak dapat disangsikan lagi?..
Kalau anda yakin anda sudah punya keupayaan itu, saya tabik spring, sila datang berdebat dengan coursemate agnostic saya yang memandang segala-galanya dari sudut saintifik..
Kalau anda, seperti saya juga, yang mungkin akan mati akal atau mati kata atau berbicara tanpa keyakinan yang kukuh di hadapan seorang agnostic apatah lagi atheis, sila bukak email anda,click compose, di kotak `to', sila letak alamat ini :

COS@umsu.manchester.ac.uk

Sekian, cukuplah perkataan yang sedikit tetapi berterusan.Moga Allah merahmati & menghilangkan sifat riak & takabbur yang selalunya mencemarkan kesucian niat seorang muslim..

Terima kasih.

p/s : Arrgh...tak sedar, dah lambat nak ke talk ISOC second day!!!!!!!



2 comments:

syuqaira said...

Salam,
jika kak nadiah ke sana, boleh ya kongsi pengalaman di sini,
sy menanti..
(ayat sedih org yg tak dapat join debate kat sane =( )
thanx 4 sharing!

jzkk.
salam wrt.

Anonymous said...

huhu patutla anda datang lambat talk isoc tadi!!!! *sister isoc marah*