Tuesday, 27 February 2007

Bila Ilmu di Sekolah Agama (SMKA) jadik sia-sia...

Assalamualaikum warahmatullah..

Saya baru sahaja pulang dari kelas pengajian tadik,dengan Ustaz..Ustaz ada sebut pasal banyak perkara,antaranya tentang cara-cara untuk berinteraksi dengan al-Quran..ada 5 cara kesemuanya,tapi saya taknak senaraikan lagik di sini sebabnya ustaz baru kasik 4,tunggu dah lengkap nanti baru saya list out in one special entry,hehe..

Salah satu langkah yang perlu dilakukan supaya al-Quran itu dapat memberi kesan kepada hati kita ialah dengan memahami bahasa arab itu sendirik,terutamanya dari aspek balaghahnya..(some sort like sastera,gaya bahasa arab,)...sebabnya keunikan bahasa arab ialah setiap perkataan bahasa arab itu dapat menunjukkan intonasinya..for example :


sila makan - dengan berapa intonasi awak boleh baca perkataan ini??..
Saya rasa saya boleh pujuk,marah,suruh,ajak betul-betul,atau ajak-ajak ayam dengan dua-dua perkataan nih..

tapi dalam bahasa arab , bila Allah sebut `qul'..maksudnya : katakanlah! ( satu nada jerk iaitu nada suruh..)..

Jadik bila kita faham bahasa arab,barulah kita dapat paham..ayat quran yg kita baca tuh menunjukkan Allah marah ka,suruh ka,sindir ka..ini kalau baca terjemahan jerk,tak baca dengan intonasi yg sepatutnya mcm versi bahasa arab,jadik macam kita baca suratkhabarlah..baca jerk,setakat nak tahu,tapi takdak kesan,tak rasa di hati..

Jadik bila ustaz sebut pasal belajar bahasa arab,huhu..saya terfikir tentang bahasa arab yang 5 tahun saya belajar di sekolah dulu,tapi after 3,4 tahun,saya tak tahu dah hilang ke mana..tetiba saya terfikir,sesia jerk saya belajar bahasa arab dulu,habis jerk paper bahasa arab spm tuh,terus saya lupa pada bahasa arab,huhu..dulu kena hafal beberapa ayat dalam al-Quran,sebabnya nak guna nak jawab exam untuk menunjukkan contoh gaya bahasa arab..dan dulu saya hafal ayat-ayat al-Quran,sebabnya nak kena guna bila saya wakil sekolah syarahan agama,dalam syarahan bukan takat kena hafal,baca tapi jugak kena ulas ayat itu so that it's relevant with the points in the syarahan..but after sekolah,lupa terus..teruk-te
ruk..

Saya tahu saya teruk.Saya belajar bahasa arab dulu hanya untuk dapat A1 exam..memang itulah yg saya dapat,memang saya dapat A1 untuk bahasa arab SPM... berserabut kepala saya memikirkan mcm manalah saya boleh dapat A1 apabila karangan saya ada menyelitkan beberapa perkataan melayu,hahaha...terima kasih pemeriksa kertas,atas sijil SPM bahasa arab saya memang A1 tapi dalam hati saya rasanya B4 or C5..betullah..tak caya?Percayalah..

Memang salah saya,saya belajar time tuh kerana nak dapat 11A..tapi saya melihat ada sesuatu yg tidak kena tentang cara saya belajar di SMKA dulu...saya rasa kat SMKA lain pun ada jadik mcm nih gak..

Saya bukan SBP mahupun Integrasi mahupun SMAP...saya datang dari sekolah agama harian tidak berasrama penuh yang biasa..yg kecik..yg hanya ada 3 makmal untuk pelajar form 1 sampai form 5 seramai 800 orang lebih..yg tidak ada dewan berdinding pun,dewan kami hanyalah ruang lapang bersimen antara 2 bangunan sekolah,kecik,dan serba kekurangan..tapi saya sayang sekolah tuh sebab tuhlah saya tolak SMAP dan KISAS,dan tak apply langsung untuk sebarang MRSM..dan saya bersyukur saya dan 2 orang lagik classmate saya time sekolah dulu menjadik generasi pertama dari sekolah saya yg berada di UK..yeah-yeah maju-maju Kangar Islamic Girl School!!..

tapi..di zaman saya sekolah dulu,saya memang agak sedihlah dengan cara saya belajar bahasa arab.dan mungkin ini antara faktor yg membuatkan saya mudah jerk melupakan bahasa arab dan tak pernah dapat markah lebih dari 70 sebenarnya time exam biasa di sekolah tapi meloncat ke A1 time SPM..saya memang sure graf bahasa arab turun time tuh,huhu..

Baik,apa yg tak kenanya dengan bahasa arab di zaman saya?..saya merujuk kepada kes di kebanyakan SMKA yg saya tahu ya..KISAS dan SMAPS terkecuali kot di sini,sebab student, cikgu,dan sistem kat situ memanglah super-duper belaka..dan SMKA jugak lain drpd sekolah-sekolah agama negeri mcm Maktab Mahmud dan Sekolah-sekolah agama persendirian mcm MATRI dan Al-Maad di Perlis..biasanya silibus bahasa arab mereka lebih banyak,so that's a different case,not the situation that I'm going to explain below
..

Pertama : Walaupun sekolah agama(SMKA ),student lebih banyak memberikan tumpuan kepada subjek sains sebab dianggap much more important...baiklah..saya amik 11 subjek..physics,chem,bio,add maths memang antara subjek yg crucial..tapi syariah islamiah,quran sunnah,dan bahasa arab tinggi,silibusnya jugak banyak nak kena faham dan hapal..sebab banyak tumpuan diberikan kepada subjek sains tulen sebab nak senang masuk matrikulasi la,upu la..maka subjek PSY,PQS,dan BAT nih mcm kena tinggal kat belakang..memang,ramai jerk yg dapat cover semuanya dengan excellentnya..tapi disebabkan tumpuan kepada 3 subjek yg berkaitan al-Quran ini selalunya hanya diberikan menjelang exam,dan takder penerusan pulak after sekolah,sebab bila masuk kolej asyik sebut dgn phy-m3-chem,bio jerk..maka lupa habislah segala hukum-hukum,hadith-hadith,gaya bahasa arab yg pernah dipelajari dan difahami..ruginya!!...tak guna jerk dapat A dalam tiga-tiga subjek tuh padahal skrg dah lupa banyak..


Kedua : Silibus PQS,PSI,BAT memang banyak sedangkan masa yg diberikan sangat sedikit..saya rasa zaman saya,saya hanya belajar satu jam setengah seminggu untuk each PQS and PSI ( saya rasa ini standard..tak tahulah skolah lain sama ker tak)..BAT pulak 3 jam sebab subjek bahasa..cikgu-cikgu subjek-subjek ini pula kadang-kala sibuk,kursus itulah,inilah...mcm BAT tuh,ada sorang ustaz bahasa arab di sekolah saya yg selalu sibuk,selalu tak dapat masuk kelas,salah satu sebabnya dia ialah pemeriksa dan pembuat kertas soalan Bahasa Arab SPM or STPM...aduh,sering kali memikirkan..apalah gunanya kalau pembuat kertas soalan tak dapat mengajar anak-anak muridnya senirik supaya anak-anak muridnya dapat memahami bahasa Arab bukannya untuk EXAM tetapi untuk AL-QURAN..


Ketiga : Saya senirik memang sangat sibuk time sekolah,subjek2 sains tuh selalunya banyak homework,subjek2 PQS,PSI,BAT tuh selalunya takdak homework..maka saya pun selalunya hanya menyibukkan diri dengan subjek2 itu menjelang exam dan after exam jerk,maka Hi-Hi Bye-Bye,exam habis yeay yeay!!..-Ilmu pun habis,isk-

Keempat : Banyak Ilmu hafal jerk,amalnya tidak..

Menyesal sangat,saya rasa sangat-sangat menyesal..sebab saya lupa habis apa yg saya belajar time sekolah..padan muka saya...:(

Tapi saya rasa belum terlambat kan untuk bermula semula?..
Maka saya menyeru kengkawan saya ex-ex SMKAian terutamanya supaya mari belajar semula hadith-hadith,ayat-ayat,Bahasa Arab sementara masih ada sisa-sisa yg berbaki di dalam hati dan aqal..

Dan kepada kengkawan saya yg tidak amik subjek2 nih time sekolah dulu..maka marilah bermula dengan niat untuk memahami Islam,untuk mengamalkan,bukannya untuk exam..jangan jadik mcm saya,budak sekolah agama yg dari segi ilmu dan amal mungkin dah takder beza dgn budak bukan SMKA..sebab dah lupa..
Kepada kengkawan,kakak-kakak,akhi-akhi yg dah expert,maka ajarlah kami nih!!..:)


Saya risau dengan satu trend yg berlaku di kebanyakan SMKA sekarang termasuklah KIGS :
rAMAI pARENTS yG hANTAR aNAK-aNAK kE sMKA sebabnya pencapaian exam SMKA yg cemerlang..hmm..apa nak jadik dgn akhlak tak tahulah..risau saya dgn super junior say
a..

Kerisauan yg hanya mampu dipikirkan tapi tak mampu lagik nak buat apa-apa.

Hanya mampu berdoa supaya apa yg kita belajar skrg,apa sahaja,either in lectures or mosque,akan tersemat di hati sampai hembusan nafas terakhir..

Menarik nafas panjang selepas mengkritik diri sendiri.Sistem sekolah itu tidak salah,sayalah yg salah..syukur,saya masih hidup sekarang apabila saya menyedari bahawa saya yg salah dulu..maka harap saya mampu membetulkannya kembali sementara nafas masih ada.


Sekian.Full Stop.

p/s : Saya sayang SMKA (P ) Kangar!!!!...sAYANG uSTAZAH fUZIAH,uSTAZAH zARAH,uSTAZ sHAMsudin...

Saturday, 24 February 2007

A conversation with an atheist

Assalamualaikum...

Kutubad,PYY,and me were enjoying our lunch at Gemini after Douglas's lecture when we started to talk about the existence of God,The Creator,The Ruler..I'm not very sure how suddenly that topic arose,yet I'm confident that Kutubad initiated it,huhu..Salute to you Kutubad, you really prove what `Kutubad' is..:P.
.

* Dearest Kutubad,I have rearaanged the sequence if our conversation to make the flow smoother.

PYY,our coursemate admitted that he is an Atheist,not merely a free-thinker..so when speaking to him, throughout the conversation I always need to remind myself that he thinks about everything in the world based on science and logic..So,I need to follow his thought in order to change his perception about God..Yes,I may say that Islam teaches me this,Islam teaches is that,Allah is this,Allah is that..but what for?
I believe PYY would listen,try to understand,and might the explaination about Islam to be interesting,but most probably he wouldnt accept Islam to be true,coz his basic is : God does not exist,so how can he say Islam or Christianity or Buddhism or hinduism to be true??..Try to imagine yourself as a Muslim who hold firmly to al-Quran, when a Christian comes to you and starts a Bible story, you might stay to listen,to know,to understand,but not to accept,coz u strongly believe in al-Quran...so when speaking to PYY,me and Kutubad tried to make our conversation as scientific and logic as possible..

..
PPY said : I don't believe in God coz I don't feel,don't see its presence..well..PYY,don't u think that they must be someone who create us,our parents,our environments..we can't suddenly appear on earth,and appear for nothing except to grow,work,eat,sick,die,and eventually become dust in the grave..if that's is Y we are created,we have no difference from animals,whereas we believe that human is superior on animals..don't you think so PYY?..

wELL,me and Kutubad actually started with quite a vague statement..never mind,as this brought us to another chapter..


PYY : I come from my Parents,My Parents come from My grandparents,grandparents from greate grandaparents,and so forth..until u reach the first cell exist on the world..All of us are cells,and so,all of us must come from a cell,it's evolution beb..life starts with a cell that evolve by chance to produce numerous living forms that we have today..

Me and Kutubad : Well dOUBLE Y,at the first place,how can that first cell suddenly be there?..it's not coincide with principle of science that everyhing occurs by reason,by something..there must be something that allows the first cell to exist..and that must be the creator..

PYY : Remember Dr. Andrews said, No one know the origin of life,and if they say they know,means they fool on you..l,you see..that is what the present scientists reach to,we still don't know how can that cell exist,because we are of limited resources,technology,and researches..that thing happens billions of thousands years ago,and you just couldnt deduce that the cells come from God,for the time being you don't know..in far future perhaps scientists would find new facts about this cell,usually,that's how science develops..and now,no proof that God creates that cell,so better not to conclude..

That brough us to new chapter.It was getting interesting,I think our voices were quite loud since some customers at Gemini were looking at us..

My dearest PYY...ok,we don't know,fine..but you believe that the cell must come from something right?and that something must be so-so-so superior such that it is able to start the development of living forms that we have at present..or,if it is the cell that started it,don't you think that that first cell must be so-so powerful? it was able to choose which way it wanted to evolve to,that's amazing,superb,nothing controlled it..Not like us today,our cells controll something,yet they are also being controlled by another thing..but the first cell,it controlled its own evolution without being controlled,so it must be the Highest,The Creator,The Superpower.
.

Again,neither strong nor weak statement.Yet,we entered new chapter.


PYY : tHE first cell cannot be the God because it was subjected to its environment,to chemistry,physics,and biological laws and reactions..All these reactions controlled the cell..

Question : What determined that a reaction either inside our outside cells must occur in one particular way,and not in other ways?why if I burn a wood,why would it produce a flame,not water?


Sounds stupid..yet it's logic..

PYY : tHAT is science,and for the case of flame,that's thermodynamics..Scientist found the physic,chemistry,and biological laws via experiments..and these laws,such as the themodynamic law that control the first cell..you see,we learnt that organic molecules appear first before the cell..so it must be the reactions between these molecules that controlled the first cell,and the molecules react based on specific laws that they are entitled to..


Haha..we are entering sciece..science is always considered to logic,yet the origin of science itself is abstract..don't u readers think so?

Dearest Double Y :
aT the first place,how can scientist arrive at a law?How an scientists derive thermodynamic law?How can a theory be created and accepted?..Remember,theory comes from a proven hypothesis..hypothesis comes from an experiment,and experiment is started due to an inference,and inference comes from an OBSERVATION..Newton at Manchester saw the apple falling,that's y he deduced that there must a force attracting downwards,that's what we know as Gravity..let's say Newton saw that the apple was suddenly jumping upwards..logically,he would have deduced that there is a force acting upwards..right?..don't u ever think WHY THAT APPLE FALLING,NOT JUMPING UPWARDS?..WHY WHEN GALLILEO,IN HIS EXPERIMENT THREW AN OBJECT FROM THE LEANING TOWER OF PISA,WHY IT FELL DOWNWARDS,NOT FLYING UPWARDS?WHAT CONTROL THAT THE OBSERVED THING IS A, NOT B?...and back to the first cell,there are numerous ways that a cell can evolve to,WHY THE FIRST CELL EVOLVED IN A PARTICULAR WAY,NOT IN OTHER WAYS?..there must be something,that determines what we observed,what we see,..there must a very powerful controller that determines the route and the products of a reactions..we deduce scientific laws based on reactions that we observe,but at the first place,why the reactions are such that?......Dearest PYY,something should determine it,and that determiner must a very-very powerful superpower,superhero..and that must be our Controller,The God..


*Actually,me and Kutubad didnt talk as detail as above.this is my extended version*

Our conversation stopped there.I have to meet a friend.But I think all of us were satisfied with have we discussed about..but I hope,PYY would continue thinking,and searching...


You see..I think for atheist..it's not that they cannot think about the origin of life..If I am an atheist and I just think alone,I would have fall into a deep confusion,severe headaches,kepeningan dan keserabutan..and i would choose not to think about this at all,I'll be sick to keep thinking...that's what we must do to atheist..we must help them in their thinking,in their journey of exploring the truth,we must help them so ease their confusions,to cure their headaches which paracetamol wouldnt be able to..either they will become a muslim or christ or hindu,that is another story...we must convince them about the existence of God first before guiding them to choose the right religion..because like what my teacher said :

`All religions teach good things.And if all human hold firmly on their religions,then the world would be a very safe place to live'..

TruE.No doubt.I have no doubt that Islam is the truth,but I'm also confident that a good Christ is a good friend.You too right?

Taking a deep breath after a serious thought.
Till then.Full Stop
.

* This is a true conversation.All the explainations above are based on out own experience and opinions..I believe my opinion to be true,yet they might be wrong,or vague. Please correct or repair if so.*

Friday, 23 February 2007

Apabila marah menjadi kerja bodoh..

Assalamualaikum..

Semalam..hari Khamis,aku ada praktikal Physical pharmacy..salah satu kelas praktikal yg paling menakutkan sebab kena habis experiment,complere write-up sheet,and hand in the report within the provided 3.5 hours in the lab!!..to make it worse,kami tak belajar lagik topic practical tuh dalam lectures..jadi agak sakit otak apabila membaca directed reading yg selalunya penuh dgn term2 yg pelik-pelik dan unimaginable explainations..Tapi lecturer utk praktikal akan bermula minggu depan,hope I'll be better.

Experimen tuh sepatutnya senang jerk..kami kena prepare a serie of suspensions..tahu tak apa itu suspensions?Suspension is formed when insoluble solid is dispersed in water/oil..Caranya..amik serbuk bedak ker contohnya,pour into water in closed container,shake and invert..you'll see that the powder will be dispersed unformly throughout the whole suspension,tapi after some time,the dispersed particle will settle down forming sediment..if the suspension is ideal,the settling process would be rapid,and the sediment,afte reshaking,can be redispersed..Aku teringat dulu dekat pmacy,bila ada patient datang for antibiotics, kakak2 farmasi akan shake dulu bottle antibiotic tuh..huhu,after bertahun baru tahu itu suspension
..

Perancanganku yg serba lemah. Finally aku jadik org yg last jugak meninggalkan lab tuh.Demonstrator pun dah tinggalkan aku sebab memang dah closing time pun,dan aku pun menebalkan muka pergi mintak Dr.Pluen accept kerja aku yg ada graph2 yh horror..janganlah dia tolak 10 markah mcm yg dia buat lawak tuh!!...


Yer,aku akui memang aku lemah,slow dalam practical,dari dulu lagi..tapi kalaulah bukan kerana distraction yg bermacam-mcm,I could finish earlier..mcm manalah aku nak tulis report tuh dgn smooth kalo some of groupmates aku asyik tanya,asyik mintak explain,padahal aku taklah tahu sangat pun,aku hanya tahu apa yg BUKU kata(tuh pun kalo aku paham buku tuh).takkanlah tak bother diorang..and finally,diorang yg habis awal..and yg menambahkan kegeraman aku,banyak yg tak paham sangat pun apa yg kitaorang buat,but they finished earlier sebab asyik copy-copy drpd org lain!..apakah?Open plagiarism..Next time,don't expect me to bother you guys again!..

Teruk kan?kalo taknak kongsi ilmu dan kongsi serba sedikit apa yg kita tahu?but the time is so-so-so limited..and I was really dissapointed that I tried to help them but finally I was the last..

Tapi kan..aku cuba meletakkan situasi aku dalam keadaan yg berbeza..Dalam kes ini,aku ajar diorang,diorang ambil masa aku menyebabkan aku lambat,dan aku marah sebab aku habis lambat....tapi,Kalaulah aku ajar diorang dan aku tak habis lambat mcm praktikal tuh,aku rasa aku tak marah diorang pun..

Pelik kan?Dalam kedua-dua kes,kedua-duanya mengambil masa aku,tapi aku hanya marah apabila aku lambat..bila aku lambat,aku tak marah..


Jadik kenapakah aku marah sebenarnya
?Aku marah bukannya sebab groupmate aku amik masa aku,tapi aku marah sebab aku habis lambat..dan kenapa aku boleh habis lambat?Salah aku seniriklah,org lain yg dok explain kat org pun boleh habis awal...

Itulah,dalam banyak keadaan apabila kita marah kerana sesuatu yg berlaku ke atas kita,kita cenderung utk menyalahkan org lain kerana org lain itu secara tidak langsung terlibat dalam peristiwa itu,tapi asalnya,peristiwa itu menimpa kita kerana salah kita senirik..dalam keadaan marah,kita selalu menggunakan org lain sebagai objek yg patut dimarah,padahal diri senirik yg sebenarnya salah..tapi kita selalu menafikan hakikat bahawa diri sendiri yg salah,sebab manusia itu ada EGO
..

Saidina Ali dalam perang apa ntah.waktu lawan,.seorang daripada tentera pasukan musuh menghina dia ( dgn cara apa aku tak ingat)..kemudian Saidina Ali TAK JADI bunuh tentera itu..bila ditanya kenapa
:

` Pada mulanya aku ingin membunuh tentera itu atas jihad di jalan Allah. Tapi apabila dia menghina aku,aku menjadi marah.Aku ingin membunuhnya kerana AKU MARAH atas penghinaan itu'

* ayat yg direka senirik

See..betapa telitinya Saidina Ali,mengambil kira niat dalam semua keadaan,kerana niat adalah kerana Allah SWT bukan kerana yg lain..bila niat dah bertukar,maka dia tak jadik membunuh..

Tapi,selalunya..dalam keadaan marah,kita selalu keliru,kenapa sebenarnya kita marah?Dalam keadaan kita marah selalunya udah tidak ada space dalam akal utk memikirkan kenapa kita marah,hehe..

Jadik analyze baliklah bila kita marah kat seseorang...adalah kerja BODOH bila kita salahkan org lain yg menyebabkan kita marah,sedangkan kita sebenarnya marah atas kelemahan senirik..It's a WASTE to think about others who make us angry when we actually need to think about yourself!..


Saya harap,saya tak marah lagik dgn groupmates saya..sebab diorang tunggu sampai saya habis dan teman saya pergi jumpa Dr. Pluen..buat baik balas baik..

Sekian.Full Stop.

*Segala tentang marah di atas adalah pendapat saya sendirik,tidak ada kaitan dgn mana-mana fakta psikologi.Munces Gracias.*

Wednesday, 21 February 2007

Syukur,dia faham..saya harap kita pun faham..

Assalamualaikum..

Pada hari Selasa after kelas orientation to practice of pharmacy,saya,Kutubad,Mek,dan Hola-Lola telah dengan bersemangatnya pergi Gilds,agensi perkerjaan yg mmg telah sedia popular di kalangan student2 Manchester Darul Aman..the aim is to work during easter holiday,tapi saya pun tak tahu bilalah sebenarnya nak keja tuh..plan banyak sangat,huhu..tapi nak keja sebab nak mengkover balik duit-duit RAKYAT yg dah dibelanjakan sesuka hatinya untuk bershopping dan berjalan-jalan..duit orang tuh,taklehlah guna utk berpoya-poya..:P


Bila sampai sana,bukan group kami jerk yg ada,ada satu group lain yg tengah deal nak cari keja gak..jadik bila sampai turn kami,officer kat situ memang sangat excited,ramah..


`Wow, beautiful women are everywhere!Hi nice to see you'..


Satu ayat tipikal untuk menarik perhatian pelanggan membuatkan pelanggan kembang-kempis seketika walaupun statement itu ada probability more than 50% to be false..huhu..

Dia memberi kami satu borang..banyak gak benda yg nak kena isi..


`Well,before that, I'm sure that you ladies are Muslim right?'..


Soalan yg sudah obvious sangat jawapannya.Kami jawab tanpa memberikan sebarang jawapan.

`Ok..I must say that some work requires you to wear a scarf.....( saya lupa ayat dia,tapi yg saya paham,maksudnya saya kena pakai tudung yg ikat ke belakang,maybe nampak leher kat depan..)..some say Ok,no problem for me,some are not..and some work needs you to wear a skirt ( saya rasa dia maksudkan short skirt)..some are ok,but some say that they wouldnt do it,they only accept jobs which allow long pants..'..


Well..saya terima kenyataan ini dengan tangan terbuka.Yerlah,dah nak keja dgn org itu,ikutlah standard org tuh..kalo taknak,takyahlah keja tuh.
.

`..and I must also remind you that you'll be working with in environment with alcohol and pork.You see,we are in hospitality industry,so this is the environment,for any job,either waitress or room attendant. You wouldnt be asked to serve drinks or pork,but some guys do serve alcohols,they CHOOSE to do that'...

Kami terpaksa balik dulu sebab nak kena ada reference from tutor,baru boleh compelete that form..Cuak jugak,bolehkah kami bekerja?Tapi ramai jerk yg survive dalam kerja-kerja nih,so insya-Allah things would be ok.

Walaupun conversation kami dgn officer tuh tak sampai 5 minit,tapi saya syukur,kerana dia paham beberapa perkara..

Perhatikan ayat-ayat yg telah saya bold dgn colour hitam di atas..anda boleh nampakkah apa yg saya paham?..


Yer..yg saya notice..officer ( non-muslim nih..) dia tahu bahawa
walaupun Islam itu suruh semua muslimah melabuhkan tudung menutupi dada ( tak tahulah dia tahu kriteria tudung ker tak..) ,tapi kalau muslimah itu tak buat,maka sebab Muslimah itu sendiri yg pilih taknak buat..Mungkin dia juga tahu bahawa Muslimah kena menutupi seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan,tapi it's the choice of a muslimah to break this law..dan dia jugak mungkin tahu bahawa any muslim cannot be involved in alcoholic drink industry,either to serve or make,or distribute..but if Muslims Do,means Muslim CHOOSE to break this Law...

Dan oleh sebab itu,saya pun harap dia paham bahawa kalau Muslim itu memilih untuk break the law to be a terrorist..( The word Terrorist that the world use now is just a term introduced by masters of Terrorist in order to justify their terror actS, what I mean here is to be violent,unjustice,..)..maka tak semestinya Islam itu menyuruh kepada keganasan,maka Kalau Muslim itu teruk,tak semestinya Islam itu teruk..Tetiba saya rasa dia pun mungkin paham tentang konsep `jalan baik,jalan buruk' dalam Islam..kita pahamkah?

`Maka Dia Mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan.Sungguh beruntung orang-orang yg menyucikan jiwa itu.Dan sungguh rugi org2 yg mengotorinya..'
( As-Syams, 91 : 8-10)..


Saya rasa kita paham jerk pasal jalan baik buruk nih..tapi soalnya walaupun kita tahu kita patut jadik baik sebab kita nak menjadi orang2 yg beruntung,tapi tindakan kita ( saya ) hari-hari selalunya lebih ke arah mengotori jiwa ini,lebih ke kiri dari ke kanan.kerna jalan keburukan itu nampak lebih menyeronokkan dari jalan kebaikan yg udah dijanjikan penuh kesusahan..aduh,hampeh-hampeh,susah-susah.
Semoga Allah memudahkan jalan kebaikan.

Saya yang selalu hampeh.Full stop.

* Sesungguhnya saya semakin suka berblog walaupun kerja berkapal-kapal sekarang..sebab setiap peristiwa kecil hari-hari rupanya sangat bermakna*

Tuesday, 20 February 2007

Bodohnya saya kalau tidak paham..

Alhamdulillah,kali ini kelas Pharmaceutical Calculation berjalan dengan baik,tak mcm minggu lepas yang mana saya benar-benar `marah' dengan kelas itu..

Generally,in this class,what would we learn throughout the whole 2nd sem is about certain calculations which would be essential in our career soon ( that is,at least 4 years from now!!..)Never mind,I love maths,A lot..

But this maths class didnt turn out to be as what I expect. Like last week,we were given questions which required us to use semi-log graph paper and log-log graph paper..Oh..apakah kertas-kertas graf nih,bersemi-semi dan berlog-log pulak..saya sangat yakin yg saya tak belajar benda nih di a-level,dan mojoriti ( almost all actually ) tak tahu pun apa sebenarnya benda tuh.Kemudian kami try tanya demonstrators aka teachers yg ada sekali tuh,tapi masalahnya mereka hanya memberikan formula,terangkan benda2 yg patut ada FOR THAT PARTICULAR QUESTIONS whithout really explaining..sAYA marah,saya tak paham,saya bodoh,saya tak mampu paham hanya dengan disuap formula,maka saya tak mampu menulis apa-apa,dan saya bertindak memblahkan diri selepas sign register..saya balik bilik,google,jumpa dalam internet,lagik paham daripada apa yg demonstrator dalam kelas tadik tuh explain..

Saya tahu,ramai jerk yg yg lepas dapat kertas,sign register,terus blah..tapi,itu bukanlah cara saya,saya rasa tak patut untuk meninggalkan kelas yg sudah cuba diset-up untuk anda,at least cubalah untuk duduk,memahami,dan gunakan sepenuhnya kelas tuh..tapi soalnya saya memang tak paham,and I couldnt stand it anym
ore!!..

Saya tidak datang ke universiti untuk menghafal formula,saya tak datang ke uni untuk berlatih menjawab soalan,dan saya jugak tak datang ke uni untuk melupakan segala yg telah saya belajar selepas exam habis ( tapi ini memang berlaku skrg,huhu..)..saya datang ke Uni untuk belajar memahami sebanyak mungkin,dan cuba aplikasikannya dalam kehidupan seharian..dan bila tak paham,maka apa gunanya saya datang ke Uni?Apa gunanya saya berada dalam kelas tuh?.
.

Tapi,itulah..bila jadik mcm nih,saya memang sangat-sangat heran dengan diri saya,heran sangat..saya sangat marah dan sedih bila saya tak paham apa yg saya belajar,tapi saya tak pernah sedih pun sebab tak tahu makna tasyahud yg saya baca 5x sehari dalam solat tuh..Saya rasa susah hati bila tak dapat habiskan directed reading untukk certain lectures,tapi saya tak sedih pun bila saya tak dapat habiskan baca terjemahan or tafsir quran sedangkan seluruh al-Quran tuh ialah a directed-reading for Muslims,tambah hadith lagik satu..saya selalu cuba mengejar lecturer after lecture untuk tanya soalan supaya saya tambah paham,tapi jaranglah saya kejar ustaz after ceramah untuk tanya balik points2 yg telah saya miss out..

`Biarlah,dah terlepas point tuh..'`Ntahlah,aku pun tak tahu ustaz cakap apa..'

Chee,itulah antara ayat2 yg selalu terkeluar dari mulut saya dan juga mulut2 yg lain..Teruk tol,takdak inisiatif nak poie tanya..

Anda mesti heran kan?Saya lagilah heran dgn diri sendiri..saya heran sebab saya kata saya nih full time devoter to Allah,part time student/future pmacist..tapi saya selalu meletakkan kerja part time tuh pada rank yg lebih tinggi daripada keja full time tuh...teruk-teruk,saya cakap tak serupa bikin..

Saya memang heran,dengan kebodohan saya,untuk tidak cuba memahami,apa yg sepatutnya saya paham.
.

Sunday, 18 February 2007

Anda suka menangis?

Menangislah di bahuku..(Firdaus)


kau datang pada ku seperti biasa
ku sambut bahagia dgn tgn terbuka
kau balas dgn senyum seadanya
ku tahu ada sesuatu yg berbeza

oh..oh...oh..oh...

kau hanya diam seribu bahasa
hanya matamu yang cuba berbicara
bahawa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

korus:
cuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
derailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua


menangislah...kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia ada di dunia

menangislah di bahuku
kau berikan kukepercayaan
bahawa laramu adalah haru biru ku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...menangislah...

....sombongkah kalau tidak menangis?..Well,ada banyak pendapat..

1. Sesetengah orang tidak pandai menangis di hadapan orang kerana baginya menangis itu tanda hati,semangat yg lemah..menangis takkan menyelesaikan apa-apa masalah selain menambahkan lagi lara dan haru-biru yg sedia bersarang dalam diri..tapi selalunya bila sendiri,dia memang mudah sangat menangis..ya,mungkin dia lebih selesa begitu,menangis biar hanya disaksikan oleh Allah yg maha Berkuasa mengubah segala-galanya dan mendatangkan ketenangan...

2. Sesetengah org memang tak suka menangis sebab dia taknak menyusahkan orang lain di sekelilingnya..Masalah yg ditanggung sudah cukup berat,dan orang lain pun ada masalah masing-masing..jadik daripada menambahkan beban org lain dgn masalah sendiri,baiklah menyusahkan diri sendiri saja,takyahlah menyusahkan org lain..

3.Sesetengah org tidak suka menangis kerna dia tidak mahu meraung kuat di masa hadapan..ya,bila hari,hidup makin bertambah,maka level masalah pun makin bertambah..kalaulah dgn masalah yg kecik sekarang pun dah menangis,apakah dia hendak meraung atau biul atau sewel atau weng-weng di masa hadapan yg menjanjikan ujian yg semakin besar??...

Mungkin ada banyak lagik sebab kenapa manusia tak suka menangis,sedangkan air mata dicipta bukannya sia-sia..dan ada banyak jugak sebab kenapa manusia menangis,menggunakan sepenuhnya nikmat air mata..yup,manusia memang berbeda,jadik pikir pun tak sama..soalnya,kenapalah kita selalu menangis dan tidak menangis atas perkara yg tak sepatutnya?...Kita selalu menangis kerana kekacauan dalam urusan dunia,tapi jarang terdetik utk menangis memikirkan kekacauan persediaan utk akhirat..Saya terpikir..kalaulah nyawa saya ditarik sewaktu coret-coret ini,adakah waktu ini baru saya menangis memikirkan akhirat saya,sedangkan tangisan itu dah tak mampu mengubah apa-apa..?

Friday, 16 February 2007

Saya Harap Teratai Ini Takkan Layu Di Tasik Madu..

Assalamualaikum wbt..
Akhirnya..saya datang ke dunia Blogger..Hi Kawan-kawan Blogger sekalian,Selamat Berkenalan!!..
Saya harap saya akan terus bisa mencoret dalam blog ini,tak seperti FriendsterBlog yang telah lama saya tinggalkan..
Saya pasti semua akan tertanya-tanya..kenapa saya terlalu obses dengan Teratai?Di mana-mana saja saya gunakan Lotus..di status YM,di nama Friendster saya..apalah yang ada pada Lotus?Kalau kereta Lotus tuh,oklah juga ( Sesungguhnya saya tak pernah tengok kereta Lotus pun..)..
Jangan tanya saya tentang obsesi saya terhadap Lotus.Ibu saya yg terchinta yang mengajar saya `gila' terhadap Teratai..

`Mak,awat mak suka teratai?Takdak nama lain ka? '..

`Cuba tengok bunga teratai..kat mana-mana pun,dia boleh hidup..asainya dia idup di sungai,tapi kalau kita ambik dari sungai dan pi buang dalam tempat berayaq yg lain,dia masih boleh bertahan..lebih lama daru bunga-bunga yg lain..That's what I want my Teratai to be..Strong,Stand,Survive,in any situation..sama ada susah atau senang,Teratai takkan layu..'..

Betui.Faktanya memang begitu.Dulu waktu Tokwan masih ada,saya selalu ikut dia pi umah TokWa dekat Kampung Sanglang..Umah TokWa ada banyak pokok teratai kat depan umah dia..TokWan amik satu,dan bawak balik,letak dalam kolah mandi..seriously,it survived for a couple of days,without any nutrient..( Habuk adalah kot..)..

Yup,saya memang `gila' dengan teratai,saya obses dengan teratai..kerna saya mau jadik seperti teratai,yang takkan jatuh walaupun sekelilingnya menolak,yang tetap berdiri walau hati sudah tak tertahan lagik..yang tetap survive dalam keadaan-keadaan yang menyempitkan,menyesakkan,yang takkan mengaku kalah dalam perjuangan untuk hidup,yang sentiasa menerima penderitaan sebagai booster untuk bergembira,yang tidak berkeluh kesah kerna kesusahan itu membuatkan hidup lebih bermakna,yang takkan layu walau di mana pun dicampakkan..

Lotus saya yang tersayang memang selalu susah..saya doakan dia survive..we need each other right Lotus??..

Doa saya..harapnya Blog ini menjadik refleksi semangat Lotus yang takkan pernah tunduk,kecuali tunduk kepada Kehendak Pencipta..

Wassalam...