Menangislah di bahuku..(Firdaus)
kau datang pada ku seperti biasa
ku sambut bahagia dgn tgn terbuka
kau balas dgn senyum seadanya
ku tahu ada sesuatu yg berbeza
oh..oh...oh..oh...
kau hanya diam seribu bahasa
hanya matamu yang cuba berbicara
bahawa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu
korus:
cuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
derailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua
menangislah...kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia ada di dunia
menangislah di bahuku
kau berikan kukepercayaan
bahawa laramu adalah haru biru ku
kerna ku adalah sahabatmu
menangislah...menangislah...
....sombongkah kalau tidak menangis?..Well,ada banyak pendapat..
1. Sesetengah orang tidak pandai menangis di hadapan orang kerana baginya menangis itu tanda hati,semangat yg lemah..menangis takkan menyelesaikan apa-apa masalah selain menambahkan lagi lara dan haru-biru yg sedia bersarang dalam diri..tapi selalunya bila sendiri,dia memang mudah sangat menangis..ya,mungkin dia lebih selesa begitu,menangis biar hanya disaksikan oleh Allah yg maha Berkuasa mengubah segala-galanya dan mendatangkan ketenangan...
2. Sesetengah org memang tak suka menangis sebab dia taknak menyusahkan orang lain di sekelilingnya..Masalah yg ditanggung sudah cukup berat,dan orang lain pun ada masalah masing-masing..jadik daripada menambahkan beban org lain dgn masalah sendiri,baiklah menyusahkan diri sendiri saja,takyahlah menyusahkan org lain..
3.Sesetengah org tidak suka menangis kerna dia tidak mahu meraung kuat di masa hadapan..ya,bila hari,hidup makin bertambah,maka level masalah pun makin bertambah..kalaulah dgn masalah yg kecik sekarang pun dah menangis,apakah dia hendak meraung atau biul atau sewel atau weng-weng di masa hadapan yg menjanjikan ujian yg semakin besar??...
Mungkin ada banyak lagik sebab kenapa manusia tak suka menangis,sedangkan air mata dicipta bukannya sia-sia..dan ada banyak jugak sebab kenapa manusia menangis,menggunakan sepenuhnya nikmat air mata..yup,manusia memang berbeda,jadik pikir pun tak sama..soalnya,kenapalah kita selalu menangis dan tidak menangis atas perkara yg tak sepatutnya?...Kita selalu menangis kerana kekacauan dalam urusan dunia,tapi jarang terdetik utk menangis memikirkan kekacauan persediaan utk akhirat..Saya terpikir..kalaulah nyawa saya ditarik sewaktu coret-coret ini,adakah waktu ini baru saya menangis memikirkan akhirat saya,sedangkan tangisan itu dah tak mampu mengubah apa-apa..?
4 comments:
saya sentiasa bersedia dengan bahu saya untuk anda menangis meskipun sy tidak mampu mengubah apa pa yg ada pada anda..kerana sahabat itu sentiasa bersama di waktu mnangis atau ceria..jika aku tidak berkata kata..tidak bermkna aku lupa untuk berdoa..:P..peace in iman!
aku tau..hang mesti tak bagi aku menangis kat bahu hang..takpa2..aku paham...
Raihh..hang nak nangih kat bahu aku memang taklehlah,kot nak gheyau dekat telinga aku,aku sedia ja :)
seronok sggh melihat teman2 asma ni akrab belaka, saling menyokong satu sama lain
tp kdgkala ada teman yg tidak mahu mempamerkan kesedihan, menangis dlm hati saja
maka, mga kita jd teman yg baik, bisa alert keadaan/perasaan org di sekeliling walau tanpa bicara
aku sayang kamu (utk hanis n nadiah)
Post a Comment