Friday 23 February 2007

Apabila marah menjadi kerja bodoh..

Assalamualaikum..

Semalam..hari Khamis,aku ada praktikal Physical pharmacy..salah satu kelas praktikal yg paling menakutkan sebab kena habis experiment,complere write-up sheet,and hand in the report within the provided 3.5 hours in the lab!!..to make it worse,kami tak belajar lagik topic practical tuh dalam lectures..jadi agak sakit otak apabila membaca directed reading yg selalunya penuh dgn term2 yg pelik-pelik dan unimaginable explainations..Tapi lecturer utk praktikal akan bermula minggu depan,hope I'll be better.

Experimen tuh sepatutnya senang jerk..kami kena prepare a serie of suspensions..tahu tak apa itu suspensions?Suspension is formed when insoluble solid is dispersed in water/oil..Caranya..amik serbuk bedak ker contohnya,pour into water in closed container,shake and invert..you'll see that the powder will be dispersed unformly throughout the whole suspension,tapi after some time,the dispersed particle will settle down forming sediment..if the suspension is ideal,the settling process would be rapid,and the sediment,afte reshaking,can be redispersed..Aku teringat dulu dekat pmacy,bila ada patient datang for antibiotics, kakak2 farmasi akan shake dulu bottle antibiotic tuh..huhu,after bertahun baru tahu itu suspension
..

Perancanganku yg serba lemah. Finally aku jadik org yg last jugak meninggalkan lab tuh.Demonstrator pun dah tinggalkan aku sebab memang dah closing time pun,dan aku pun menebalkan muka pergi mintak Dr.Pluen accept kerja aku yg ada graph2 yh horror..janganlah dia tolak 10 markah mcm yg dia buat lawak tuh!!...


Yer,aku akui memang aku lemah,slow dalam practical,dari dulu lagi..tapi kalaulah bukan kerana distraction yg bermacam-mcm,I could finish earlier..mcm manalah aku nak tulis report tuh dgn smooth kalo some of groupmates aku asyik tanya,asyik mintak explain,padahal aku taklah tahu sangat pun,aku hanya tahu apa yg BUKU kata(tuh pun kalo aku paham buku tuh).takkanlah tak bother diorang..and finally,diorang yg habis awal..and yg menambahkan kegeraman aku,banyak yg tak paham sangat pun apa yg kitaorang buat,but they finished earlier sebab asyik copy-copy drpd org lain!..apakah?Open plagiarism..Next time,don't expect me to bother you guys again!..

Teruk kan?kalo taknak kongsi ilmu dan kongsi serba sedikit apa yg kita tahu?but the time is so-so-so limited..and I was really dissapointed that I tried to help them but finally I was the last..

Tapi kan..aku cuba meletakkan situasi aku dalam keadaan yg berbeza..Dalam kes ini,aku ajar diorang,diorang ambil masa aku menyebabkan aku lambat,dan aku marah sebab aku habis lambat....tapi,Kalaulah aku ajar diorang dan aku tak habis lambat mcm praktikal tuh,aku rasa aku tak marah diorang pun..

Pelik kan?Dalam kedua-dua kes,kedua-duanya mengambil masa aku,tapi aku hanya marah apabila aku lambat..bila aku lambat,aku tak marah..


Jadik kenapakah aku marah sebenarnya
?Aku marah bukannya sebab groupmate aku amik masa aku,tapi aku marah sebab aku habis lambat..dan kenapa aku boleh habis lambat?Salah aku seniriklah,org lain yg dok explain kat org pun boleh habis awal...

Itulah,dalam banyak keadaan apabila kita marah kerana sesuatu yg berlaku ke atas kita,kita cenderung utk menyalahkan org lain kerana org lain itu secara tidak langsung terlibat dalam peristiwa itu,tapi asalnya,peristiwa itu menimpa kita kerana salah kita senirik..dalam keadaan marah,kita selalu menggunakan org lain sebagai objek yg patut dimarah,padahal diri senirik yg sebenarnya salah..tapi kita selalu menafikan hakikat bahawa diri sendiri yg salah,sebab manusia itu ada EGO
..

Saidina Ali dalam perang apa ntah.waktu lawan,.seorang daripada tentera pasukan musuh menghina dia ( dgn cara apa aku tak ingat)..kemudian Saidina Ali TAK JADI bunuh tentera itu..bila ditanya kenapa
:

` Pada mulanya aku ingin membunuh tentera itu atas jihad di jalan Allah. Tapi apabila dia menghina aku,aku menjadi marah.Aku ingin membunuhnya kerana AKU MARAH atas penghinaan itu'

* ayat yg direka senirik

See..betapa telitinya Saidina Ali,mengambil kira niat dalam semua keadaan,kerana niat adalah kerana Allah SWT bukan kerana yg lain..bila niat dah bertukar,maka dia tak jadik membunuh..

Tapi,selalunya..dalam keadaan marah,kita selalu keliru,kenapa sebenarnya kita marah?Dalam keadaan kita marah selalunya udah tidak ada space dalam akal utk memikirkan kenapa kita marah,hehe..

Jadik analyze baliklah bila kita marah kat seseorang...adalah kerja BODOH bila kita salahkan org lain yg menyebabkan kita marah,sedangkan kita sebenarnya marah atas kelemahan senirik..It's a WASTE to think about others who make us angry when we actually need to think about yourself!..


Saya harap,saya tak marah lagik dgn groupmates saya..sebab diorang tunggu sampai saya habis dan teman saya pergi jumpa Dr. Pluen..buat baik balas baik..

Sekian.Full Stop.

*Segala tentang marah di atas adalah pendapat saya sendirik,tidak ada kaitan dgn mana-mana fakta psikologi.Munces Gracias.*

2 comments:

Anonymous said...

kalau semua berfikir macam ni.. takdelah isteri marahkan suami; anak sendiri dibunuh,,takdelah marahkan warden, sekolah dibakar; takdelah buli di sekolah2 dan maktab tentera..dan sebagainya.

Anonymous said...

aduh nadiah
menterjemahkan perasaan dlm tulisan

byk kne koreksi diri nih, asma pun suke marah2 jugak..esp ble jadual yg dirancang teraleh..sbb mse yg berlalu xbleh diganti..
cme klu time malas2 tuh, mse tu bole ssuke hati je dibiarkn cm xbrharga..pastu marah balik diri sndri sbb kne catchup byk bende, mgkn juga waktu tu akn marah pd org laen, kononnye penyebab diri lmbt, pdhal mmg dh lmbt

hidup ini sering brmain dgn perasaan, krn perasaanlah org kate kita hidup

smga kesabaran kita
dlm berdpn dgn org lain
mahupun dgn diri sndri
dan keje2 yg mnimbun
ada nilaiannya tersendri

la taghdob~