Assalamualaikum warahmatullah..
Saya baru sahaja pulang dari kelas pengajian tadik,dengan Ustaz..Ustaz ada sebut pasal banyak perkara,antaranya tentang cara-cara untuk berinteraksi dengan al-Quran..ada 5 cara kesemuanya,tapi saya taknak senaraikan lagik di sini sebabnya ustaz baru kasik 4,tunggu dah lengkap nanti baru saya list out in one special entry,hehe..
Salah satu langkah yang perlu dilakukan supaya al-Quran itu dapat memberi kesan kepada hati kita ialah dengan memahami bahasa arab itu sendirik,terutamanya dari aspek balaghahnya..(some sort like sastera,gaya bahasa arab,)...sebabnya keunikan bahasa arab ialah setiap perkataan bahasa arab itu dapat menunjukkan intonasinya..for example :
sila makan - dengan berapa intonasi awak boleh baca perkataan ini??..
Saya rasa saya boleh pujuk,marah,suruh,ajak betul-betul,atau ajak-ajak ayam dengan dua-dua perkataan nih..
tapi dalam bahasa arab , bila Allah sebut `qul'..maksudnya : katakanlah! ( satu nada jerk iaitu nada suruh..)..
Jadik bila kita faham bahasa arab,barulah kita dapat paham..ayat quran yg kita baca tuh menunjukkan Allah marah ka,suruh ka,sindir ka..ini kalau baca terjemahan jerk,tak baca dengan intonasi yg sepatutnya mcm versi bahasa arab,jadik macam kita baca suratkhabarlah..baca jerk,setakat nak tahu,tapi takdak kesan,tak rasa di hati..
Jadik bila ustaz sebut pasal belajar bahasa arab,huhu..saya terfikir tentang bahasa arab yang 5 tahun saya belajar di sekolah dulu,tapi after 3,4 tahun,saya tak tahu dah hilang ke mana..tetiba saya terfikir,sesia jerk saya belajar bahasa arab dulu,habis jerk paper bahasa arab spm tuh,terus saya lupa pada bahasa arab,huhu..dulu kena hafal beberapa ayat dalam al-Quran,sebabnya nak guna nak jawab exam untuk menunjukkan contoh gaya bahasa arab..dan dulu saya hafal ayat-ayat al-Quran,sebabnya nak kena guna bila saya wakil sekolah syarahan agama,dalam syarahan bukan takat kena hafal,baca tapi jugak kena ulas ayat itu so that it's relevant with the points in the syarahan..but after sekolah,lupa terus..teruk-teruk..
Saya tahu saya teruk.Saya belajar bahasa arab dulu hanya untuk dapat A1 exam..memang itulah yg saya dapat,memang saya dapat A1 untuk bahasa arab SPM... berserabut kepala saya memikirkan mcm manalah saya boleh dapat A1 apabila karangan saya ada menyelitkan beberapa perkataan melayu,hahaha...terima kasih pemeriksa kertas,atas sijil SPM bahasa arab saya memang A1 tapi dalam hati saya rasanya B4 or C5..betullah..tak caya?Percayalah..
Memang salah saya,saya belajar time tuh kerana nak dapat 11A..tapi saya melihat ada sesuatu yg tidak kena tentang cara saya belajar di SMKA dulu...saya rasa kat SMKA lain pun ada jadik mcm nih gak..
Saya bukan SBP mahupun Integrasi mahupun SMAP...saya datang dari sekolah agama harian tidak berasrama penuh yang biasa..yg kecik..yg hanya ada 3 makmal untuk pelajar form 1 sampai form 5 seramai 800 orang lebih..yg tidak ada dewan berdinding pun,dewan kami hanyalah ruang lapang bersimen antara 2 bangunan sekolah,kecik,dan serba kekurangan..tapi saya sayang sekolah tuh sebab tuhlah saya tolak SMAP dan KISAS,dan tak apply langsung untuk sebarang MRSM..dan saya bersyukur saya dan 2 orang lagik classmate saya time sekolah dulu menjadik generasi pertama dari sekolah saya yg berada di UK..yeah-yeah maju-maju Kangar Islamic Girl School!!..
tapi..di zaman saya sekolah dulu,saya memang agak sedihlah dengan cara saya belajar bahasa arab.dan mungkin ini antara faktor yg membuatkan saya mudah jerk melupakan bahasa arab dan tak pernah dapat markah lebih dari 70 sebenarnya time exam biasa di sekolah tapi meloncat ke A1 time SPM..saya memang sure graf bahasa arab turun time tuh,huhu..
Baik,apa yg tak kenanya dengan bahasa arab di zaman saya?..saya merujuk kepada kes di kebanyakan SMKA yg saya tahu ya..KISAS dan SMAPS terkecuali kot di sini,sebab student, cikgu,dan sistem kat situ memanglah super-duper belaka..dan SMKA jugak lain drpd sekolah-sekolah agama negeri mcm Maktab Mahmud dan Sekolah-sekolah agama persendirian mcm MATRI dan Al-Maad di Perlis..biasanya silibus bahasa arab mereka lebih banyak,so that's a different case,not the situation that I'm going to explain below..
Pertama : Walaupun sekolah agama(SMKA ),student lebih banyak memberikan tumpuan kepada subjek sains sebab dianggap much more important...baiklah..saya amik 11 subjek..physics,chem,bio,add maths memang antara subjek yg crucial..tapi syariah islamiah,quran sunnah,dan bahasa arab tinggi,silibusnya jugak banyak nak kena faham dan hapal..sebab banyak tumpuan diberikan kepada subjek sains tulen sebab nak senang masuk matrikulasi la,upu la..maka subjek PSY,PQS,dan BAT nih mcm kena tinggal kat belakang..memang,ramai jerk yg dapat cover semuanya dengan excellentnya..tapi disebabkan tumpuan kepada 3 subjek yg berkaitan al-Quran ini selalunya hanya diberikan menjelang exam,dan takder penerusan pulak after sekolah,sebab bila masuk kolej asyik sebut dgn phy-m3-chem,bio jerk..maka lupa habislah segala hukum-hukum,hadith-hadith,gaya bahasa arab yg pernah dipelajari dan difahami..ruginya!!...tak guna jerk dapat A dalam tiga-tiga subjek tuh padahal skrg dah lupa banyak..
Kedua : Silibus PQS,PSI,BAT memang banyak sedangkan masa yg diberikan sangat sedikit..saya rasa zaman saya,saya hanya belajar satu jam setengah seminggu untuk each PQS and PSI ( saya rasa ini standard..tak tahulah skolah lain sama ker tak)..BAT pulak 3 jam sebab subjek bahasa..cikgu-cikgu subjek-subjek ini pula kadang-kala sibuk,kursus itulah,inilah...mcm BAT tuh,ada sorang ustaz bahasa arab di sekolah saya yg selalu sibuk,selalu tak dapat masuk kelas,salah satu sebabnya dia ialah pemeriksa dan pembuat kertas soalan Bahasa Arab SPM or STPM...aduh,sering kali memikirkan..apalah gunanya kalau pembuat kertas soalan tak dapat mengajar anak-anak muridnya senirik supaya anak-anak muridnya dapat memahami bahasa Arab bukannya untuk EXAM tetapi untuk AL-QURAN..
Ketiga : Saya senirik memang sangat sibuk time sekolah,subjek2 sains tuh selalunya banyak homework,subjek2 PQS,PSI,BAT tuh selalunya takdak homework..maka saya pun selalunya hanya menyibukkan diri dengan subjek2 itu menjelang exam dan after exam jerk,maka Hi-Hi Bye-Bye,exam habis yeay yeay!!..-Ilmu pun habis,isk-
Keempat : Banyak Ilmu hafal jerk,amalnya tidak..
Menyesal sangat,saya rasa sangat-sangat menyesal..sebab saya lupa habis apa yg saya belajar time sekolah..padan muka saya...:(
Tapi saya rasa belum terlambat kan untuk bermula semula?..
Maka saya menyeru kengkawan saya ex-ex SMKAian terutamanya supaya mari belajar semula hadith-hadith,ayat-ayat,Bahasa Arab sementara masih ada sisa-sisa yg berbaki di dalam hati dan aqal..
Dan kepada kengkawan saya yg tidak amik subjek2 nih time sekolah dulu..maka marilah bermula dengan niat untuk memahami Islam,untuk mengamalkan,bukannya untuk exam..jangan jadik mcm saya,budak sekolah agama yg dari segi ilmu dan amal mungkin dah takder beza dgn budak bukan SMKA..sebab dah lupa..
Kepada kengkawan,kakak-kakak,akhi-akhi yg dah expert,maka ajarlah kami nih!!..:)
Saya risau dengan satu trend yg berlaku di kebanyakan SMKA sekarang termasuklah KIGS :
rAMAI pARENTS yG hANTAR aNAK-aNAK kE sMKA sebabnya pencapaian exam SMKA yg cemerlang..hmm..apa nak jadik dgn akhlak tak tahulah..risau saya dgn super junior saya..
Kerisauan yg hanya mampu dipikirkan tapi tak mampu lagik nak buat apa-apa.
Hanya mampu berdoa supaya apa yg kita belajar skrg,apa sahaja,either in lectures or mosque,akan tersemat di hati sampai hembusan nafas terakhir..
Menarik nafas panjang selepas mengkritik diri sendiri.Sistem sekolah itu tidak salah,sayalah yg salah..syukur,saya masih hidup sekarang apabila saya menyedari bahawa saya yg salah dulu..maka harap saya mampu membetulkannya kembali sementara nafas masih ada.
Sekian.Full Stop.
p/s : Saya sayang SMKA (P ) Kangar!!!!...sAYANG uSTAZAH fUZIAH,uSTAZAH zARAH,uSTAZ sHAMsudin...
Tuesday, 27 February 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kangar ada smka?? uuuuuu kat mana tu??
assalamualaikum warahmatullah..betul nadiah, kita juga rasa rugi yg amat sgt, sungguhpun mungkin tak sedalam apa yg nadiah blaja, rasa sedih bila ilmu agama dan ilmu2 lain tu cepat sgt lupa..mungkin sbb tak mendidik diri belajar bukan utk exam:(..jadi, saya mahu berubah, tambah ilmu yg bermanfaat dan menggunakannya utk tujuan islam dan juga utk mengajarkan kpd yg lain agar masa yg saya tlh spend selama ni utk ilmu itu tidak sia2 dan agar ilmu yg saya ajarkan itu dapat menyelamatkan saya kelak, di waktu tidak ada yg lain dpt menolong..kita doa sesama ya:)
True. Even i (in fact, many of us), the science students kat uia pun rasa ruginyaa...rugi. rindunya nak blajar balik. bila pi kuliah2 hadith, rasa mcm pernah dgr tp dia mana ya...
Syariah, Quran Sunnah tu patutnya dah ada strong basic. tp takdak, sbb blajaq utk exam.
salam..
isk2..nama sekolahku dimentionkan sebanyak beberapa kali..hmm..mmg sindrom tu melanda sume skolah rasanya..xkesah la,mrsm ke..sbp ke..(termasuk la kisas)..bljr hanya utk exam..kesanya ilmu x melekat di dlm dada..xpe nadiah..masih blum terlambat lg..so, bila kesedaran tu dh smpai..lps ni..bljr smata2 krna Allah..sbbnya keberkatan ilmu tu yg kte nk..wallahua'lam..
sma2la kita belajar dari pengalaman
dan mengajarkannya kpd org laen, agar yg masih brpeluang berada di skolah agama itu memnfaatkan sepenuhnya peluang yg ada
nadiah.. ive got this from fowarded msg.. but i think it relates to this topic..
Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "
Bertudung labuh ayu sentiasa,
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.
Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.
Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,(especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"
Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"
Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."
Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.
Orang cakap budak ......... berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.
Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat
luar!"
Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.
Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.
Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.
Post a Comment